Saturday 29 September 2018

TUALA WANITA (pakai buang) BENARKAH PENYEBAB KANSER?

Tuala wanita tidak dapat dipisahkan dari kaum hawa. Benarkah tuala wanita ini penyebab kanser?



Saya pun pernah berfikir suatu ketika dulu bab ini. Saya sendiri takut untuk menggunakan tuala wanita yang dikatakan penyebab kanser serviks. Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi.

Jom ikuti kupasan dari Doktor Fyda mengenai isu tuala wanita ini.
.
.

Isu ini ialah salah 1 isu kontroversi sebenarnya, terutamanya lepas keluar tuala wanita mengandungi herba yang didakwa boleh mencegah kanser serviks.

Katanya kerana tuala wanita  ini dibuat daripada kertas kitar semula & menggunakan bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser, iaitu dioxin.

Para doktor perubatan tentulah menentang kenyataan ini kerana tiada bukti yang kukuh & tiada kajian dibuat untuk membuktikan tudunan ini.

Kerana penyebab utama kanser serviks masih lagi virus HPV. Dan virus HPV ni disebarkan melalui hubungan seksual.

Tapi still.. kanser ni jugak boleh terjadi sebab kerosakan sel akibat bahan2 penyebab kanser. Dalam kes tuala wanita  ni, bahan yang didakwa ialah dioxin.

Mari kita bincang pasal dioxin ya..

Dioxin tu memang bahan beracun & berbahaya kepada kesihatan manusia. Dioxin dikaitkan dengan peningkatn risiko penyakit kanser, diabetes, endometriosis, tiroid & macam2 lagi. Dioxin ni sejenis pencemaran dari alam sekitar & dikaitkan dengan industri kilang & pembakaran bahan buangan kita.

Dalam memproses tuala wanita yang gunakan kertas yang dikitar semula, ia memerlukan klorin dalam suhu yang tinggi & proses ni akan hasilkan dioxin. Lagi tinggi suhu, lagi banyak dioxin keluar.

Tapi ni isu dah lama sebenarnya & banyak pembaharuan telah dilakukan untuk mengurangkan dioxin dalam tuala wanita. Dan sekarang banyak manufacturer gunakan elemental chlorine free (ECF) termasuk lah Kotex (sebab aku guna Kotex 😅).

Dan sebenarnya mereka dinilai oleh makmal berkecuali di Amerika sejak 1995 dan tak menemui bahan toksik dioxin dalam produk mereka.

Manusia boleh terdedah kepada dioxin bila makan makanan yang tercemar dengan bahan itu. Dan menurut data, takda kes keracunan dioxin daripada penggunan tuala wanita (kalau ya pun ada dioxin dalam tuala wanita)

Kalau betul bahan kimia dalam tuala wanita tu, tentu dah lama syarikat2 tuala wanita  tu kena saman.

Kalau nak pilih tuala wanita  yang kain ka, yang kapas ka, tuala wanita  semulajadi ke apa, obviously atas pilihan sendiri, tapi untuk katakan tuala wanita  itu ada bahan kimia & boleh menyebabkan kanssr adalah tidak tepat.

Namun, harus diingat sebab darah haid tu mungkin boleh mengandungi macam2 sel & mungkin juga boleh jadi sumber pembiakan kuman, so macam mana kita handle situasi tu adalah lebih penting.

1. Cuci tangan sebelum & selepas mengendalikan tuala wanita. Cuci tuala wanita sebelum dibuang adalah digalakkan. Walaupun ada orang kata darah haid tu hukumnya sama je dengan darah2 lain. Tapi untuk kebersihan, lebih baik cuci dulu.

2. Pilih tuala wanita  yang belum koyak plastiknya. Mana tau kalau plastik dah terbukak, ada tumbuh kulat ka, ada kuman ke.

3. Kerap tukar tuala wanita . Walaupun mungkin darah tak banyak, tapi janganla 1 hari pakai yang sama. Setiap 2-3 jam, tukar lah yang baru.

4. Pakai seluar longgar kerana boleh beri keselesaan & pengudaraan yang baik.

Semoga sharing ini boleh bantu kaum wanita untuk berjaga-jaga & elakkan diri dari terdedah kepada kanser serviks.

#CervicalCancerbyDocFyda



FB: Saadiah Arbain
ID: 1174411
IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

No comments:

Post a Comment