Wednesday 12 September 2018

MAKANAN YANG PERLU DIAMBIL DAN DIELAKKAN OLEH IBU MENYUSU

Ibu menyusu dalam tampoh berpantang sering dalam delima memilih makanan atau diet buat mereka yang sedang menyusukan bayi, ditambah pula dengan pantang larang yang banyak diwarisi secara turun temurun.



Sebenarnya ibu yang menyusukan bayi perlukan makan makanan yang banyak dan seimbang bagi keperluan bayi dan keperluan ibu itu sendiri.

Ibu juga tidak perlu risau dengan penurunan berat badan ketika menghilangkan bayi. Ini kerana ada satu kajian yang menunjukkan bahawa ibu yang menyusukan bayi akan mengalami penurunan berat badan sekitar 0.8 kg seminggu tanpa mengurangkan kalori dalam diet.

Pengambilan kalori bagi ibu menyusukan bayi sangat diperlukan dan  la akan menghasilkan kualiti susu kerana komposisi asid lemak dan mineral seperti selenium, iodin dan sesetengah vitamin B yang penting di dalam susu ibu adalah bergantung kepada pengambilan diet ibu itu sendiri.

Polisi Kebangsaan Penyusuan Ibu  menyatakan  bahawa semua ibu digalakkan menyusukan bayi mereka sehingga 6 bulan pertama dan meneruskan penyususuan sehingga 2 tahun. Makanan tambahan diberikan apabila bayi berusia 6 bulan keatas.

Susu ibu mempunyai kebaikan kepada ibu dan bayinya. Antara kebaikan susu ibu antaranya:

1. Mempercepatkan pengecutan rahim kepada saiz asalnya
2. Membantu menurunkan berat badan yang ideal
3. Mampu mencegah kanser payudara dan ovari

Antara kebaikan susu ibu kepada bayi

1. Lengkap, seimbang dan optimum bagi bagi bayi yang baru lahir hingga 6 bulan.

2. Susu ibu mengandungi jenis protein yang mudah dicerna oleh bayi dan proteinnya lebih rendah dari susu formula di Pasaran.

3. Susu ibu mengandungi antibodi semulajadi dan DHA yang penting bagi perkembangan optimum sistem saraf bayi.
Mendapat kajian bahawa bayi yang diberi susu ibu mempunyai perkembangan minda dan IQ yang lebih tinggi.

4. Mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi.

5. Susu ibu juga mampu mencegah masalah alergi atau alahan oleh bayi.

Bagaimana menghasilkan susu ibu yang berkualiti?

Bagi menghasilkan susu ibu yang berkualiti tinggi

1. Ibu mestilah memastikan diet yang diambil memenuhi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi.

Amalan berpantang yang keterlaluan akan menjejaskan kualiti susu ibu.

2. Purata penghasilan susu ibu ialah sebanyak 750ml Sahari. Penghasilan setiap 100ml susu ibu memerlukan 85 kalori tenaga. Oleh itu, diet seimbang dan mencukupi adalah penting bagi penghasilan susu ibu.

Berdasarkan RNI Malaysia 2005 ibu yang menyusukan bayi memerlukan sebanyak 500 kalori Sahari.  Apabila keperluan tenaga bertambah, pengambilan sumber karbohidrat juga bertambah menggantikan glukosa yang hilang semasa pembentukan laktosa susu.

Contoh sumber berasaskan karbohidrat.
Nasi,roti,pasta, spageti, biskut krim kraker, bun, mi, mihun,tose dapat dan idli.



3. Pengambilan protein juga meningkat sebanyak 20gm dari pengambilan biasa. Protein juga amat penting bagi menghasilkan susu ibu yang berkualiti.

Contoh protein yang perlu diambil oleh ibu menyusu

Daging, ayam itik, ikan, udang, spring, yogurt, telor, tauhu,soya, fucuk, kacang panggang, tempe, dan kacang kuda.

4. Pengambilan lemak omega 3 (DHA) dan omega 6 juga perlu diambil oleh ibu menyusu bagi perkembangan minda dan  retina bayi.

Sumber DHA ialah ikan laut  dalam seperti tuna, sardin,salmon,dan kembung,

Sumber dari tumbuhan pula ialah lacing walnut, almond, serta supplement dari minyak ikan.

Bagi mengelakkan pengambilan lemak berlebihan, ibu perlu memilih masakan yang dimasak  mengunakan minyak yang sedikit,sup,panggang, tumis, bakar dan rebus.

5. Ibu hendaklah mengambil 2 atau 3 hidangan buah- buahan dan 3 hidangan sayur-sayuran dalam Sahari. Buah dan sayuran banyak mengandungi vitamin dan serat bagi mengelakkan sembelit yang kerap berlaku dikalangan ibu berpantang.

6.  Ibu menyusu juga digalakkan mengambil kalsium bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Ini kerana ibu semasa hamil banyak kekurangan kalsium.

6. Keperluan kalsium ibu hamil dan berpantang ialah 1,000mg sehari . Oleh itu ibu dinasihatkan meminum 3 gelas susu sehari.

Kalsium  boleh diperolehi dari hasil susu dan tenusu, kalsium juga terdapat didalam ikan  bilis, soya dan tempe.

Zat besi amt diperlukan oleh ibu berpantang bagi menggantikan zat besi yang hilang semasa hamil. Fungsi say besiadalah mengangkat oksigen dalam darah.dan otot ssterusnya dapat mengelakkan anemia.

Say besi daripada sumber haiwan adalah lebih mudah diserap oleh badan manakala sumber daripada tumbuhan tidak mudah diserap.

Contoh sumber zat besi
Daging, ayam,itik, sotong,ketam, telur,hati,kekacang,hasil bijirin,bayam, brokoli, dan kismis serta vitamin c.
Ibu juga dilarang mengambil minuman berkafein seperti kopi dan teh kerana la akan mengganggu penyerapan zat besi.

7. Iodin dalam susu ibu amat penting bagi perkembangan fizikal dan mental  bayi. La juga mampu mencegah penyakit ' goitre'atau beguk.

Sumber makanan yang mengandungi iodin ialah makanan laut dan hasil tenusu.

8. Keperluan mineral dan zink semakin meningkat bagi ibu menyusu.
 Sumber Zink dari produk penuh bijirin, daging, telur, susu, kekacang dan sayuran berdaun hijau.

9. Ibu menyusu memerlukan vitamin B1,B2,B6,folate,B12,A dan D bagi menghasilkan susu yang berkualiti.

Sumber vitamin B boleh didapati dalam bijirin penuh,dan hasilnya diperkaya dengan vitamin B, empeng jagung dan oat, susu, hasil tenusu yogurt dan keju,kacang muda,lacing panggang dan kacang Meath,sayuran berdaun hijau.

Contoh vitamin A pula ialah sayuran berwarna jingga dan sayur berdaun hijau,hati,dan minyak hati ikan dan  kuning telur.

Vitamin D pula boleh didapati dari sumber makanan seperti susu, kuning telur,minyak hati ikan kod dan juga sumber selain cahaya matahari.

Ibu perlu meminum air kosong yang banyak bagi mencegah kekurangan air atau dehidrasi. Keperluan air untuk sehari 2.5 hingga 3.0 liter atau 10 hingga 12 gelas sehari.

10. Ibu juga digalakkan mengambil supplement set breastfeeding dari shaklee bagi menghasilkan susu yang berkualiti dan kecergasan ibu semasa berpantang.


Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi dan ingin membuat tempahan boleh terus call/ wasap klik link wasap dibawah
http://www.wasap.my/60194961827

Setiap pembelian vitamin dari kami,  anda layak free consultant dan kami akan guide anda cara makan yang betul.

Kami juga menyediakan perkhidmatan cod ke kawasan yang berhampiran hospital Teluk Intan, Anson Bay , Pekan Teluk Intan,  Hutan Melintang, dan Sabak Bernam.  Kami juga akan cod hingga ke pintu rumah anda .

Bagi anda yang jauh dari kami, kami juga menyediakan perkhidmatan pos laju, gdex dan sebagainya keseluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.

FB: Saadiah Arbain
ID:1174411
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

No comments:

Post a Comment