Sunday 16 September 2018

Resepi Pajri Kedondong/amra

Semalam adik ada bawa balik buah kedondong ke kampung. Disebabkan anak-anak tidak pandai makan buah tersebut, saya pun ambil keputusan untuk masak pajeri.

Ihsan gambar dari google

Sebenarnya saya  belum pernah  makan pajeri kedondong ni. Pernah dengar cerita orang pajeri kedondong rasanya sangat sedap.Jadi pagi tadi pergi pasar cari baham- bahan untuk masak pajeri kedondong.

Disebabkan pagi tadi terlalu padat jadual dengan aktiviti outdoor adik beradik, balik je terus masak menggunakan bahan yang ada. Saya pun terlupa nak snap buah kedondong dan bahan- bahan yang diperlukan. Tetapi jangan risau , saya tetap akan kongsikan dengan anda semua resepi ini.

Sebenarnya resepi saya ambik dari google. Saya pun lupa siapa punya resepi ni. Tapi serius memang sedap resepi pajeri kedondong ni. Kepada tuan punya resepi, kalau ada baca entry ni, saya mohon halalkan ilmu dan cara masak pajeri kedondong ini.

Ini bahan- bahan yang diperlukan untuk membuat pajeri kedondong.

Bahan-bahan

30 biji buah kedondong @ amra
5 ulas bwg merah
2 ulas bawang putih
stgh inci halia
4 sudu serbuk kari daging
2 sudu besar kerisek / ikut suka lebih pun boleh.
2 sudu besar udang kering (tumbuk halus)
rempah empat sekawan
minyak untuk menumis
2 cwn santan
garam, perasa,gula secukup rasa
5 sudu besar air asam jawa

Cara menyediakan dan memasak:

Buah kedondong dibuang kulit dan direbus separuh masak. Kemudian buang air rebusan tadi.
panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan sehingga naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris halus sehingga wangi.  (Saya blend bawang merah, putih dan halia. )
masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air asam jawa dan masukkan udang kering
kacau sehingga pecah minyak dan tumisan menjadi garing
masukkan santan dan kacau lagi. masukkan juga buah kedondong, garam, perasa dan akhir skali kerisek
masak sehingga pekat dan reneh sehingga pecah minyak
boleh tambah lada merah untuk hiasan jika suka.. saya tak bubuh sebab cili merah tak de stok.

Pajeri kedondong

Selamat Mencuba

Boleh share resepi ini kepada sesiapa sahaja yang teringin nak buat pajeri kedondong . Silakan


FB: Saadiah Arbain
ID:1174411
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-4961827

No comments:

Post a Comment