Saturday 22 September 2018

Cara efektif menguruskan stress

Teknik mengurangkan stress

Stress adalah tekanan dan penyakit emosi. Stress berlaku apabila seseorang mendapat tekanan  dari sesuatu pekerjaan atau perkara- perkara yang menyukarkan termasuklah dari segi psikologi, emosi kognitif dan perubahan tingkah laku.



Anda dikatakan mengalami stress apabila tidak dapat mengawal diri dan tidak lagi berupaya menghadapi tekanan yang dialami.

Orang yang paling banyak mengalami stress adalah GURU.  Kenyatan berdasarkan kajian kumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia ( UPM) seperti yang didedahkan bekas Persatuan Psikiatri Malaysia, Prof. Dr. Zuraida Zainal yang dipetik dari Utusan Malaysia pada 26 Julai lalu. Kajian selama lapan tahun itu juga mendedahkan beban kerjaya punca utama yang mengakibatkan sekitar 71 peratus guru di Kuala Lumpur dan Selangor stress dan dengan satu pertiga daripada guru yang stress berhadapan dengan masalah kemurungan.

Bagaimana mengetahui sekiranya anda stress?

Berlaku perubahan pada individu dari segi fizikal, tingkah laku, emosi, kognitif, pekerjaan dan kesihatan.

Perubahan dari segi fizikal adalah peningkatan degupan jantung, sakit kepala, kenaikan bacaan tekanan darah, tapak tangan berpeluh, sakit dada, anggota badan menggigil, cirit birit, keletihan yang kronik dan mengalami kerisauan.

Perubahan dari segi tingkahlaku pula adalah seseorang individu akan bertindak agresif, peningkatan terhadap pengambilan alkohol dan merokok, menyendiri, mudah marah, bercakap laju, penurunan terhadap keinginan seks, sukar tidur dan sering cuai dalam melaksanakan sebarang tugasan atau pekerjaan, bersosial dengan rakan dan keluarga, ketegangan pada emosi, merasa keadaan persekitaran sentiasa mengganggu, sentiasa melihat masalah- masalah ringan yang berlaku di sekeliling adalah sesuatu yang membebankan, sentiasa risau dan sering takut, menyesal akan diri sendiri dan cepat merasa letih.

Perubahan dari segi emosi pula adalah individu menjadi tidak sabar, rendah diri, rasa tidak berguna, syak wasangka yang berlebihan, sentiasa merasa sedih.

Perubahan dari segi kognitif adalah cepat lupa, hilang tumpuan dan fokus, terlalu sensetif, sukar untuk membuat keputusan dan kurang produktiviti.



Perubahan pada profession pula adalah sering ponteng kerja, penurunan kepuasan diri dalam kerja yang disandang, cuai di tempat kerja, konflik dalaman dan kurang memberikan komitmen.

Apabila didatangani stress maka penyakit akan mudah menyerang seperti asma, sakit kepala, masalah kulit, penyakit jantung koronari dan sering mendapat selsema, tekanan darah tinggi dan diabetis

Apakah faktor penyebab stress?

Terdapat banyak faktor penyebab stress antaranya apabila berlaku kematian ahli keluarga tersayang, perceraian, penyakit masalah tempat kerja, masalah kewangan, menghadapi pemeriksaan, penyesuaian diri di tempat kerja yang baru dan juga apabila terpaksa berhadapan dengan deadlines.

Faktor luaran seperti suasana yang bising, pencahayaan yang kurang baik, perhubungan yang kurang menyenangkan dan berhadapan dengan pelbagai peraturan yang ketat sama ada di tempat kerja mahupun di rumah atau di sekolah.

Faktor dalaman adalah pengambilan diet yang tidak seimbang, kurang melakukan senaman fizikal, memandang sesuatu masalah atau perkara dengan terlalu serius, tidak berupaya mengurus dan menyesuaikan diri pada situasi baru. Dari segi kognitif rasa diri terancam, kecewa, berlaku konflik dalam diri serta membayangkan keadaan fantasi yang menakutkan.

Bahagian stress

1. Stress yang baik dikenali sebagai Eustress.
Eustress ini berpotensi memberikan elemen- eleman yang positif dalam kehidupan.

Contoh apabila seseorang yang ingin menghadapi peperiksaan, stress yang ada akan membantu mereka ulang kaji pelajaran bagi menghadapi situasi tersebut serta akan mendapat hasil yang cemerlang.

2. Stress yang memudaratkan
Stress jenis ini akan menyebabkan seseorang menjadi lebih agresif dan juga perubahan terhadap psikologi dan biokimia badan yang mana penyakit kronik akan mudah dihinggapi.

Cara mengurangkan stress

1. Belajar mengenali dan mengawal tahap stress dalam diri apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

Contoh adakah anda dari jenis tidak suka menunggu dan ingin semuanya pantas berlaku, mudah hilang kawalan apabila merasa marah, mudah marah apabila terdapat kedilapan yang dilakukan oleh orang lain, bercakap dengan suara yangvkuat dan nada yangvkeras, suka melakukan kerja dengan cepat dan tergesa- gesa dan jenis yang tidak noleh duduk diam sentiasa melakukan aktiviti, sekiranya tidak melakukan aktiviti mudah merasa bersalah. Individu jenis ini lebih mudah mengalami stress yang teruk jika mengalami keadaan yang sulit.

2. Menangani stress meliputi berbagai teknik antaranya ialah bantu diri sendiri iaitu belajar bagaimana mengawal  kemarahan , cabar diri untuk mengawal perasaan, latih diri bagaimana untuk menjadi seseorang yang sentiasa berfikiran positif, belajar teknik komunikasi yang berkesan, assertiveness sangat penting dalam komunikasi dan tiada assertiveness akan mengalami keresahan tekanan emosi yang teruk, keresahan dan kebimbangan yang melampau.

3. Teknik senaman dan regangan otot serta senaman pernafasan.
Teknik mampu membantu mengurangkan stress. Teknik relaksasi juga adalah kompenan penting dalam menangani stress. Teknik relaksasi akan membantu meregangkan tekanan sekaligus memberikan kesan baik terhadap perubahan fisiologi badan apabila berhadapan dengan stress yang berpanjangan.



4. Belajarlah bagaimana mendapat pandangan yang raelistik dan positif.
Tetapkan impian dan menerima proses bagi mencapai impian dan berlapang dada daripada memikirkan hasilnya.

Berhenti memikirkan sesuatu perkara yang diluar kemampuan diri dan yang tidak boleh diubah lagi seperti keputusan peperiksaan.

5. Gembirakan diri anda
Apabila anda merasa sedih dengan tiba- tiba segeralah caribpenyelesaian  dan buat sesuatu yang boleh menggembirakan, bersenam, amalkan diet seimbang dan bernutrisi dan luangkan masa beriadah bersama keluarga.

6. Jangan mengingati kisah lampau.
Kerana ini akan membuatkan anda rasa kecewa. Gunakan prinsip yang lepas biarlah berlalu dan teruskan kehidupan.

7. Belajar sanyangi diri sendiri.
Katakan pada diri sendiri, anda hebat dan ingin berjaya.

8. Gunakan pengurusan masa yang baik
Pengurusan masa yang baik dapat membantu anda menangani stress kerana kita bijak menyusun jadual kerja dengan lebih baik.

9. Dapatkan sokongan ahli keluarga dan rakan- rakan
Sokongan dari keluarga dan rakan- rakan dapat meringankan stress. Anda dapat berkongsi masalah bersama mereka, kaedah ini dapat memberikankekuatan dan merasa diri tidak keseorangan.

10. Dekatkan diri dengan Allah
Sokongan dari segi spiritual iaitu dengan mendekatkan diri dengan Allah adalah cara terbaik dan harus dipratikan. Perkara ini dapat memberi kekuatan  dan supaya anada dapat berlapang dada dan berfikiran positif.

Semua ini diri anda yang menentukannya. Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda  dan anda sedia menerima sesuatu masalah. Sedar dan bersyukur bahawa segala segala berlaku adalah ketentuan dari Maha Pencipta dan ada hikmah disebaliknya.

Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Allah untuk mengatasi masalah mendatang. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

Credit: majalah isihat

FB: Saadiah Arbain
ID:1174411
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

No comments:

Post a Comment