Thursday 20 September 2018

Resepi bubur asyura Perak

RESEPI BUBUR ASYURA

Biasanya bubur asyura ni dibuat pada 10 Muharam sempena  meperingati peristiwa bahtera Nabi Noh berlabuh dan tiada makanan untuk dimakan.

Nabi Noh memerintahkan rakyatnya untuk mengumpul apa saja makanan yang ada dan dimasak. Maka terjadilah bubur asyura dari berbagai jenis makanan yang dimasak dalam satu periuk dan dimakan beramai-ramai.

Amalan ini hanyalah sebagai satu adat sahaja bukan ada dalil yang mengatakan wajib dilakukan. Ingat hanya satu adat sahaja dan dijadikan amalan bersedekah kepada jiran tetangga.

Ok saya kongsikan disini resepi bubur asyura




Bahan-Bahannya:
1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacang tanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara-Cara
1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter
air,kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun
pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan
garam.
4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda,
jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan
kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan

dan sejukkan sebelum dipotong.

Sebenarnya bahan- bahan bubur asyura ni boleh ikut citarasa masking- masking jam bubuh apa saja. Yang pasti ia tetap sedap dimakan.

FB: Saadiah Arbain
ID: 1174411
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

No comments:

Post a Comment