Tuesday 18 September 2018

9 penyebab kaki bengkak dan cara mengatasinya

KAKI BENGKAK PETANDA PENYAKIT KRONIK?

Masalah kaki Bengkak sering dikaitkan dengan ibu hamil. Sebenarnya banyak penyebab masalah kaki bengkak yang perlu anda ketahui bagi memastikan diri tidak mengalami masalah kesihatan yang tersembunyi.



Malah jika salah satu kaki atau kedua- kedua bahagian kaki membengkak, ia akan menyukarkan anda bergerak. Malah kaki bengkak boleh amat menyakitkan. Tidak diketahui mengapa perkara ini berlaku. Tetapi beberapa masalah kesihatan boleh menjadi puncanya. Ayuh kenali apakah apakah yang boleh menjadi punca kepada masalah kaki bengkak.

PENYEBAB KAKI BENGKAK.

Diantara punca- punca yang menyebabkan kaki bengkak:

1.  Edema
Keadaan ini berlaku apabila tubuh menahan terlalu banyak air. Ia boleh menjadikan kaki mengembang. Keadaan ini juga berlaku pada tangan dan muka. Anda boleh mengalami keadaan ini selepas berada dalam perkembangan yang agak panjang atau lama. Kadangkala wanita mengalaminya dalam masa tempoh haid.

Biasanya keadaan ini akan hilang dengan sendirinya. Tetapi kadangkala la boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan seperti tahap protein rendah, kegagalan jantung, penyakit buah pinggang atau penyakit hati.

2. kecederaan

Jika anda terjatuh atau tersilap langkah, kaki bengkak boleh menjadi tanda tulang itu patah atau terseliuh. Terseliuh adalah keadaan apabila tisu mudah lentur yang menyambung tulang disekeliling buku lali itu terkoyak. Kaki dan buku lali akan membengkak apabila darah mengalir ke kawasan itu bagi menyembuhkannya. Segeralah berjumpa doktor jika kaki terseliuh itu menyebabkan anda tidak boleh berjalan atau terlalu sakit.

3. Kehamilan

Kaki boleh bengkak sebagai satu proses semulajadi dalam kehamilan. Ini kerana tubuh wanita hamil menahan air lebih banyak apabila mereka sedang hamil. Ia boleh menjadi lebih teruk pada penghujung hari atau selepas berdiri lama. Ia bukannya tanda atau masalah pada ibu atau bayi tetapi boleh menimbulkan rasa tidak selesa.

4. Praeklampsia

Bagi ibu hamil yang mengalami bengkak kaki, bila pembengkakan itu had it bersama sakit kepala, kita, masalah pernafasan atau sakit perut, our boleh menjadi tanda kepada masalah praeklampsia. Praeklampsia bermula pada minggu ke 20 kehamilan dan la dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Keadaan ini boleh merosakkan hati atau buah pinggang. Ia boleh membawa kepada masalah serius jika tidak dirawat.

5. Limfedema

Limfedema berlaku apabila satu atau lebih nodus limfa ( kalenjer kecil dalam sistem imun) telah rosak atau dibuang. Lymphedema berlaku semasa rawatan kanser. Kesan daripada masalah ini, tubuh kurang membuang air dan ia boleh membawa kepada pembengkakan kaki dan tangan.

Salah satu rawatan untuk masalah ini dikenali sebagai pemampatan pneumatik. Pesakit akan memakai sarung pada bahagian bahagian anggota tubuh yang membengkak. Udara akan dimasukkan me dalam sarung ini dengan kerap bagi memberi tekanan di dalam sarung itu. Cara ini akan membantu membuang air yang terkumpul. Selain itu senaman, urusan, dan stoking pemampatan juga boleh membantu.

6. Kekurangan vena kronik

Darah daripada kaki dan kaki mengalir semula ke jantung melalui vena dalam injap satu hala. Cara ini memastikan darah tidak mengalir semula ke bahagian bawah anggota tubuh. Vena-vena ini boleh rosak apabila anda berumur atau jika anda berdiri atau duduk terlalu lama. Jika darah tidak kembali semula ke jantung seperti sepatutnya, ia boleh terkumpul pada kaki dan boleh menyebabkan pembengkakan.

7. Kegagalan jantung

Kegagalan jantung berlaku apabila jantung tidak dapat mengepam darah seperti sepatutnya. Jika darah tidak mengalir semolina ke arah yang betul, ia boleh terkumpul dalam kaki dan menyebabkan rasa tidak selesa jika berbaring, atau jantung akan berdegup kencang daripada ritma kebiasaan, atau anda sukar untuk bernafas. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda ini.

8. Penyakit buah pinggang

Buah pinggang menapis bahan buangan daripada darah. Jika buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan sempurna disebabkan masalah seperti diabetis atau tekanan atau tekanan darah tinggi, ia boleh menyebabkan tertinggalnya terlalu banyak garam dalam darah. Keadaan ini menjadikan tubuh menahan air lebih banyak daripada sepatutnya. Graviti akan menarik air ke bahagian bawah dan akan menyebabkan kaki dan buku lali bengkak.

9. Penyakit hati atau hepar

Jika anda mengalami hepatitis atau keradangan pada hati atau anda minum alkohol terlalu banyak, ini membuatkan hati terpaksa membaikinya semula berkali- kali. Ini boleh menyebabkan tisu berparut menggantikan tisu sihat. Hati anda juga boleh berhenti berfungsi seperti sepatutnya. Jika ini berlaku terlalu banyak cecair akan berkumpul pada perut dan kaki. Ini akan menjadikan bahagian tersebut membebgkak.

Bagaimana hendak atasi kaki bengkak.?

1. Kaedah RICE atau rehat, ais, pemampatan dan peninggian.

Cara ini amat berguna pada tulang patah atau terseliuh. Tetapi pada masa yang sama ia boleh juga digunakan untuk membantu masalah kaki bengkak. Jika anda berehat dan meletakkan kaki pada pada bahagian tinggi, cecair akan mengalir daripada kaki ke bahagian lain.

Apabila anda meletakkan ais, ia akan membantu memastikan vena darah menjadi sempit sekaligus menghadkan pengaliran darah. Ini akan membantu mengurangkan rasa sakit. Selain itu, stoking ketat yang dikenali sebagai stoking pemampatan boleh membantu menolak cecair daripada kaki.

2. Berjalan

Jika anda berjalan setiap jam atau lebih, ia membuatkan cecair agak sukar berkumpul pada satu tempat dan memastikan darah mengalir ke seluruh tubuh. Sebarang pergerakan pada lutut dan pergerakan pada buku lali akan membantu masalah ini.

3. Ubatan.

Sesetengah ubat yang digunakan bagi merawat tekanan darah tinggi, diabetes dan keradangan boleh membuatkan kaki membengkak. Ubatan lain yang dikenali sebagai diuretik membuang air adalah melalui pembuangan air kecil atau kencing. Berbincanglah dengan doktor sebelum anda mengubah atau menghentikan ubatan yang diambil.

4. Ambil magnesium

Anda boleh membantu tubuh membuang cecair lebih mudah jika anda menambah 200 hingga 400 ml magnesium dalam pemakanan harian. Makanan tinggi mineral ini termasuk mil oat, pisang, badam, brokoli, dan ubi bit. Berbincanglah dengan doktor sebelum mengambil suplemen ini kerana la boleh menyebabkan masalah buah pinggang atau jantung, atau jika anda mengambil ubatan untuk masalah kesihatan lain.

Bila perlu berjumpa doktor?

Dapatkan rawatan perubatan dengan cepat jika kaki anda membengkak dan anda sukar bernafas dan sakit dada. Keadaan ini boleh menjadi tanda- tanda cecair atau darah beku dalam paru-paru. Segera berjumpa doktor jika berlaku simptom- simptom berikut.

1. Apabila ditekan, akan timbul kesan berlubang kaki mengurangkan.

2. Kulit pada sekeliling kawasan membengkak itu kelihatan meregang.

3. Rasa sakit dan membengkak yang tidak hilang.

Credit: info kesihatan mingguan wanita

Berhati-hatilah sekiranya simptom-simptom ini ada pada diri anda. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan atau untuk mengambil apa-apa supplement.


FB: Saadiah Arbain
ID: 1174411
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

No comments:

Post a Comment