Kanser servik merupakan kanser ke-2 tertinggi di kalangan wanita di Malaysia. Ia merupakan ketumbuhan berbahaya yang yang tumbuh dipangkal rahim atau servik.
Sebenarnya jangkitan HPV terhadap orang dewasa merupakan suatu perkara biasa. Jangkitan ini selalunya akan hilang dengan sendirinya. Tetapi adalalanya jangkitan ini akan menyebabkan ketuat kelamin serta kanser servik.
Biasanya mereka yang menghidapai kanser servik ini dijangkiti HPV melalui pasangan suami yang ada atau individu yang mengamalkan sek bebas.
Secara amnya antara faktor- faktor risiko yang boleh menyumbang kepada kanser servik termasuklah merokok, mempunyai bilangan pasangan ( multiple partner)
Memulakan hubungan seks pada usia yang muda dan pariti tinggi iaitu wanita yang telah melahirkan anak yang ramai, terang Dr Ernie Haryati Shaharuddin Pakar Sakit Puan Klinik Keluarga dan Pakar Wanita Asyfa.
Kanser servik dan seks bebas
Zaman yang semakin maju ini, menyebabkan ada diantara kanak- kanak seawal 12 tahun sudah mula mengenal apa iri seks.
Lebih membinbangkan apabila ramai di antara mereka mendapat ilmu mengenai seks hanya melalui internit dan laman sosial tanpa mengetahui kesan buruk daripada perbuatan mereka.
Pendehan terlalu awal kepada seks juga menjadi salah satu punca seseorang individu itu boleh terkena virus HPV sekaligus menambahkan risiko bagi dirinya untuk terkena kanser serviks ini semakin tinggi.
Ini disebabkan apabila seseorang itu telah terdedah kepada hubungan seks luar nikah potensi untuk dia mengulanginya kembali adalah tonggi.
Tambahan pula di usia muda dan penuh dengan perasaan ingin tahu menambahkan kemungkinan mereka untuk berganti pasangan individu seperti ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan HPV lebih- lebih lagi jika mereka tidak mengamalkan seks selamat.
Tanamkan kesedaran
Langkah pencegahan yang boleh dilakulan oleh wanita bagi mengurangkan risiko mereka mendapat kanser servik ialah dengan tanamkan kesedaran dalam diri orang ramai pentingnya menjalani ujian saringan kesihatan.
Sama seperti kanser lain tidak banyak simptom yang ditunjukkan oleh penghidap kanser serviks, sehinggalah ia tiba pada peringkat membimbangkan.
Oleh itu kaum wanita harus sedar tentang pentingnya melakukan ujian saringan untuk memastikan diri mereka bebas daripada penyakit merbahaya. Virus HPV ini bukan sahaka menjadi punca kepada penyakit kanser servik, tetapi juga penyakit lain seperti kanser vagina, kanser anus seeta penyakit keruat kelamin.
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Hanya dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, dapat merendahkan risiko kaum wanita unruk terkena penyakit berbahaya sebegini.
Lakukan Pap smears paling kurang sekali dalam tiga tahun. Doktor boleh mengesan jika terdapat apa- apa peruvaham di pangkal rahim mereka. Dan jika ada masalah ia masih boleh dirawat kerana msih di peringkat awal.
Simptom kanser serviks rahim
• Pendarahan yang tidak normal. Pendarahan antara haid atau Pendarahan selepas hubunagan kelamin
• Discaj atau lelehan yang banyak keluar dan berbau dari faraj
• Keluar darah setelah menopause
• Rasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin
• Sakit di sekitar kawasan pelvis
Langkah pencegahan yang boleh dilakukan
• Dapatkan sunrikan vaksin HPV ia melindungi wanita daripada dari dijangkiti HPV yang sering menyebabkan kanser serviks
• Lakuknan ujian saringan seperti pap smear secara berkala bagi mengesan peruvaham pada pangkal rahim dan mengesan sel-sel serviks yang tidak normal
• Jangan merokok kerana merokok berkait rapat dengan risiko kanser serviks
• Amalkan seks yang selamat dan halal.
• Amalkan juga pengambilan supplement yang selamat dengan set asa kesihatan’
FB: Saadiah Arbain
ID:1174411
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827
No comments:
Post a Comment