Thursday 4 May 2017

Zakat menyucikan jiwa dan harta

Zakat dari segi bahasa ialah Bersih dan Suci. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan kerana dengan mengeluarkan zakat maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih. Bersih daripada sesuatu yang haram dimiliki iaitu hak- hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya,  serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati Allah.

                      

Dari segi Syarak pula bermakna mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu setelah mencukupi nisabnya dan sampai masanya satu tahun atau sempurna menuai ( bagi tanam- tanaman)

Orang yang mampu dan cukup hartanya wajib mengeluarkan zakat. Manakala sebaliknya orang Islam yang tidak berkemampuan,  tidak wajib mengeluarkan zakat.

πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€
HIKMAH MENGELUARKAN ZAKAT.
πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€

Antara hikmah mengeluarkan zakat ialah :

✅ Satu cara pengabdian diri terhadap Allah SWT dengan cara mengeluarkan sebahagian harta untuk diberikan kepada orang lain yangvkurang bernasib baik seperti fakir miskin agar dapat turut sama mengecapi nikmat Allah.

✅ Kesanggupan mengeluarkan sebahagian kecil daripada harta yang, disanyangi dianggap sebagai satu amalan jihad ( pengorbanan)  melalui harta benda demi menegakkan salah satu rukun Islam yang lima.

✅ Membersihkan perasaan dendam dan hasad dengki orabg fakir dan miskin  terhadap golongan berada.  Seterusnya untuk membersihkan segolongan alhi masyarakat umum dari kekecewaan,  yang merasakan duru mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya

✅ Melenyapkan sikap cintakan harta,  bakhil dan kedekut.

✅ Mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT dengan menyumbangkan sebahagiannya demi agama Allah.

Golongan berada dan mewah membantu golongan yang daif dan mampu merapatkan silarurrahim diantara mereka serta mengasihani antara satu sama kain.

Zakat juga mampu membersihkan harta benda daripada perkara yang boleh merosakkan,  sesuai dengan hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya,  nescaya akan hapuslah segala perkara yang, boleh merosakkan hartanya"

Harta benda yangvtelah dikeluarkan zakatnya akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan terpelihara daripada segala bencana kemusnahan manakala pemilikny pula akan mendapat kesajahteraan dunia dan akhirat.
                   

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
PERBEZAAN ZAKAT DAN SEDEKAH.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

🌴 Jmlah atau nilai.
Jumlah atau nilai sedekah terpulang kepada hasrat si pemberi ( penderma)  sama ada sedikit ataubpun banyak. Disamping itu,  sedekah yang diutamakan ialah sedekah yang tersembunyi sehingga dianjurkan agar masyarakat umum tidak mengetahui siapa penyumbangnya.

🌴 Perbezan bentuk.
Sedekah boleh dibuat dalam pelbagai bentuk sama makanan,  pakaian,  ubat- ubatan dan sebagainya.  Sedangkan zakat pula adalah dalam bentuk yang lebih khusus seperti zakat fitrah,  zakat binatang ternakan,  bijian - bijian ( bijirin)  perniagaan dan emas/ perak.

🌴 Faktor Masa
Faktor masa juga membezakan zakat dan sedekah.  Zakat mempunyai masa-masa tertentu patut dikeluarkan seperti zakat fitrah / badan dikeluarkan bermula awal Ramadan hingga sebelum solat sunat hariraya Aidilfitri. Ia menjadi sedekah biasa, jika dikeluarkan selepas solat sunat Aidilfitri dan haram dikeluarkan selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidilfitri.

Sedekah pula boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sama ada oleh orang, lelaki,  perempuan,  orang tua ataupun kanak-kanak sedangkan zakat pula tertakluk kepada beberapa syarat tertentu.

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿
JENIS-JENIS ZAKAT
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

Zakat terbahagi kepada dua jenis.

1. Zakat " badaniah" iaitu zakat tubuh badan atau zakat fitrah.

2. Zakat "maliah" iaitu zakat harta benda seperti wabg perniagaan,  binatang ternakan dan sebagainya.

Zakat fitrah iaiti zakat tubuh badan dieajibkan semoena berakhirnya bulan Ramadan mengikut syarat-syaratnya yang ditentukan.

Syarat wajib zakat Fitrah
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

✏ Islam
✏ Merdeka
✏ Mempunyai harta lebih

Waktu dan hukum membayar zakat fitrah.

✏ HUKUM- Dibolehkan dari awal Ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan.
✏ Wajib - Selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.
✏ Afdal - Selepas solat subuh sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidilfitri
✏ Haram - Selepas solat sunat Hari Raya Aidikfitri.

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

✅  Kadar bayaran mengikut cara asal ialah 1 gantang Bagdhad makanan asasi sesuatu tempat seperti beras dan gandum.

✅  Mengikut sukatan/ timbangan sebanyak 2.27 kilogram bersamaan nilai mengikut kadar nilai matawang semasa.

ZAKAT HARTA
πŸŒ‚πŸŒ‚πŸŒ‚πŸŒ‚πŸŒ‚πŸŒ‚πŸŒ‚

Zakat harta seperti wang, simpanan,  emas dan perak,  binatang ternakan,  biji-bijian dan perniagan pada asanya mempunyai syarat-syaratnya yang sama seperti:

~ Islam
~ Sempurna
~Merdeka
~ Cukup nisab
~ Cukup haul

πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’
GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT.
πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’

✅ Orang Fakir
✅ Orang Miskin
✅ Amil
✅ Muallaf
✅ Hamba
✅ Mereka yang berhutang
✅ Fi Sabilillah
✅ Ibn Sabil

~ info Indahnya Hidup Bersyariat ~


FB: Saadiah Arbain
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827
Cod : Teluk Intan,  Hutan Melintang, Bagan Datuk,  Sg Besar dan Sabak Bernam.
Postage: Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment