Biasanya sireh junjung dibuat dengan beberapa kompenan iaitu daun sireh, buah pinang, gambir, tembakau dan kapur sireh. Sireh junjung juga dibentuk gubahan mengikut kreativiti masing-masing.
Pada zaman dahulu sireh dianggap sebagai pembuka bicara atau dikenali juga sebagai "pembasah mulut". Oleh itu ketua rombongan merisik atau meminang akan membawa sireh junjung sebagai ketua rombongan dan wakil berbicara dengan pihak perempuan dalam menyampaikan sesuatu hajat kedatangn mereka.
Makna tersirat dalam sireh junjung
Beberapa kompenan dalam sireh junjung membaea maksud tersirat, dimana setiap pasangan pengantin bila bernikah bermulanya penghidupan baru.
Sireh bermaksud memuliakan orang lain.
Gambir rasanya yang kelat melambangkan kecekalan hati melayari gerbang perkahwinan.
Kapur yang berwarna putih melambangkan kesucian hati pasangan tersebut.
Pinang melambangkan keturunan yang mulia lagi berbudipekerti yang tinggi.
Tembakau sebagai lambang sanggup berkorban dan tabah menghadapi dalam segala hal.
Walaubagaimanapun pada zaman sekarang sireh sudah jarang menjadi santapan orang melayu. Mudah- mudahan adat ini berterusan sehingga ke anak cucu sebagai lambang istiadat melayu dalam majlis merisik atau meminang.
FB: Saadiah Arbain
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827
Cod:Teluk Intan, Hutan Melintang, Bagan Datuk, Sg Besar dan Sabak Bernam.
Postage: Seluruh Malaysia, Singapore dan Brunei Darussalam.
No comments:
Post a Comment