Tuesday 23 May 2017

Sembelit jangan sampai kronik

Perut kembung dan tidak selesa tetapi tetap juga tidak boleh membuang air besar.  Itulah tanda diri mengalami sembelit.  Jangan risau jika mengalami sembelit. Bukan anda seorang sahaja yang menderita.  

                         

Wanita kerap mengalami sembelit.  Masalah ini mungkin boleh sisebabkan pergerakan perlahan makanan dalam usus wanita.  Ia juga mungkin kesan hormon wanita pada saluran pencernaan.

Air diserap daripada makanan yang, anda, makan semasa ia bergerak dalam usus, besar. Apa yang tinggal selepas itu adalah bahan buangan atau najis.  Apabila otot dalam usus besar mengecut,  ia menyebabkan najis ditolak ke bawah menuju ke dalam dubur.

Apabila otot usus besar tidak aktif dan lembap,  usus menyerap terlalu banyak air menyebabkan najis menjadi keras dan kering. Ini membuatkan najis sukar untuk dikeluarkan.  Kesannya pergerakan usus menjadi sukar dan menyakitkan.  Akhirnya sembelit berlaku.

PENYEBAB SEMBELIT

Sembelit boleh disebabkan oleh beberapa sebab berikut:
•  Pemakanan yang rendah serat.
•  Tidak minum air secukupnya.
•  Tidak mengendahkan keinginan untuk melakukan pergerakan usus.
•  Perubahan dalam rutin seperti melancong.
• Perubahan dalam hidup seperti kehamilan.
•  Usia yang, semakin tua.
• Penyakit kronik.
•  Sedang sembuh daripada pembedahan.
• Pengambilan ubatan tertentu.
• Ubatan penyebab sembelit.

Terdapat bebetapa jenis perubatan yang menyebabkan sembelit.  Sebagai contoh pesakit yang mengambil ubatan seperti ubat tahan sakit ( narkotik atau opoid)  untuk mengawal sakit,  sama ada selepas pembedahan atau sebab-sebab lain,  akan mengalami sembelit.

Ubatan penyebab sembelit lain termasuklah:
• Antasid yang mengandungi aluminium.
• Ubat anti kejang atau anti soasmodik.
• Ubat anti kemurungan.
• Penenang.
• Makanan tambahan mengandungi zat besi.
• Anti sawan untuk penyakit sawan.
• Ubat anti Parkinson.
• Penghalangcsaluran kalsium.

Jika anda telah mencuba pelbagai rawatan dan pengubahsuaian gaya hidup tidak berjaya,  dan sembelit tidak hilang, dan telah berlanjutan sepanjang tempoh 12 bulan atau lebih,  anda mungkin mengalami sembelit kronik.

Turut dikenali sebagai idiopatik atau asal tidak diketahui,  sembelit kronik boleh dikaitkan dengan pengambilan cecair dan serat yang tidak mencukupi,  penyakit rektal seperti buasir,  penyakit rengsa,  masalah- masalah usus seperti masalah, saraf dalam usus besar atau kawalan hormon.

Warga emas mudah mengalami masalah sembelit kronik kerana disebabkan usia mereka,  berlakunya pengurangan dalam fungsi usus,  pemakanan rendah serat, Kekurangan aktiviti fizikal dan penggunaan ubat yang merangsang sembelit.

Apa yang perlu dilakukan jika mengalami sembelit?

Cubalah langkah berikut jika mengalami sembelit:
•  Minum dua atau empat gelas air tambahan dalam sehari( kecualilah doktor anda memberitahu had pengambilan cecair atas sebab kesihatan)
• Cuba minum air suam,  terutamnya pada wakru pagi.
• Makan lebih buah- buahan dan sayuran dalam pemakanan anda.
• Makan buah prin dan bijiran bran.
• jika perlu,  ambik ubat pelembut, najis yang, boleh dibeli di kaunter farmasi atau penjulap. Tetapi jangan guna penjulap lebih dari dua minggu tanpa nasihat doktor. Ini kerana terlebih mengambil julao boleh membuatkan gejala- gejala bertambag teruk.

Bagaimana mengelak sembelit?

Dalam kebanyakan kes mereka mengalami sembelit boleh melakukan perkara - perkara berikut:

• Ambil makanan seimbang dengan memperbanyakkan serat.  Sumber baik serat adalah buah- buahan,  sayur-sayuran,  legume, rori bijian penuh dan bijirin terutamnya bran.
• Minum air dengan banyak sehari. Serat air adalah gabungan baik untuk memastikan anda tidak mengalami sembelit.
• Elakkan minum kopi kerana ia boleh menyebabkan dedihidrasi
• Sesetangah orang mungkin perlu mengelak minum susu kerana produk  tenusu bokeh menyebabkan sembelit.
• Bersenam dengam kerap.
• Segera ke, bikik air jika terasa  ingin membuang air besar.
• Tingkatkan pengambailan serat perlaha-perlahan bagi mengelakkan angin dan kembung.
• Air membantu serat melepaskan najis.  Oleh itu minumlah sekurabg- kurangnya dua hingga empat gelas tanbahan air, seriap hari. Jangan mengharap keputusan dalam semalaman.  Keputusan boleh diperolehi selepas beberapa hari pengambilan serat dengan kerap.

~ info kesihatan mw~

• Anda juga disarankan untuk mengambil suplimen seperti herba lax,  ostematrix  dan omega guard shaklee bagi melembutkan najis, dan membantu saraf  usus bekerja dengan baik serta melegakan sembelit.

Anda  bokeh dapatkan  suplimen ini dari sid, yang, sah dan aktif, disekitar kawasan anda.

Atau ingin membuat tempahan terus hubungi kak yong pm/ wasap 019-4961827.

FB: Saadiah Arbain
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827
Cod: Teluk Intan, Hutan Melintang, Bagan Datuk,  Sg Besar dan Sabak Bernam.
Postage: Seluruh Malaysia, Singapore  dan Brunei.

No comments:

Post a Comment