Thursday 4 May 2017

Panduan langsing tanpa diet

Menurunkan berat badan sering dikaitkan dengan diet serta aktiviti fizikal. Namun anda sebenarnya boleh menurunkan berat badan dengan beberapa teknik mudah tanpa perlu mengamalkan rejim diet yang memberatkan seperti makan dengan perlahan dan sebagainya. Berikut disenaraikan beberapa panduan yang boleh anda cuba.

                

1. UKUR WAKTU ATAU TEMPOH ANDA MAKAN
Pertama sekali,  cuba anda kira tempoh yang anda ambil untuk makan. Cuba sediakan waktu 20 minit untuk sekali makan.  Latih diri untuk makan secara perlahan. Cara ini sebenarnya memberi kesan yang efektif untuk menurunkan berat badan tanpa perlu mengamalkan diet yang berat. Nikmati setiap kunyahan anda. Cara ini membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang walau dengan kuantiti makanan yang sedikit.

2. TAMBAH JAM TIDUR
Menurut para pengkaji dari University of Michigan,  menambah waktu tidur sebanyak satu jam sehari merupakan cara yang efektif untuk menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram setahun.  Jam tidur yang lebih ini dapat menggantikan waktu bermalas-malas yang sering anda habiskan dengan mengambil kudap-kudapan tanpa kawalan. Selain itu,  ada bukti yang menunjukkan bahawa kurang tidur boleh menimbulkan selera makan yang tinggi dan sering membuat anda terasa lapar.

                              

3. BANYAKKAN MAKAN SAYUR DAN BUAH.
Cuba mengambil tiga jenis sayur sekali gus dalam sekali makan. Cara ini boleh membantu menambah pengambilan sayur anda. Makan banyak sayur dan buah merupakan cara efektif untuk menurunkan berat badan. Ini kerana kandungan serat dan air di dalam makanan sebegini akan membuat anda berasa kenyang dengan lebih lama sehingga boleh mengurangi pengambilan kalori.

4. SUP SEBAGAI PEMBUKA SELERA.
Cuba tambahkan sup di dalam menu anda.  Ini membantu mengurangkan pengambilan kalori harian anda. Mulakan dengan pengambilan sup sayuran yang ditambah dengan pelbagai makanan sihat.  Berhati-hati dengan sup berkrim yang tinggi lemak dan tinggi kalori.

5. PILIH BIJIRIN
Bijirin penuh seperti beras merah,  oat dan gandum merupakan sahabat baik anda yang boleh membantu menurunkan berat badan. Makanan ini bersifat mengenyangkan dengan kandungan kalori yang sangat sedikit. Selain itu,  makanan ini juga berfungsi untuk memperbaiki kadar kolesterol.

                         

6. PILIH PIZZA SAYUR
Berbanding piza dengan topping daging. Lebih baik anda cuba tukar selera anda kepada piza dengan topping sayur-sayuran. Cara ini membantu anda mengurangkan 100 kalori. Selain itu,  pilihlah piza dengan sapuan keju yang kurang atau dengan keju rendah lemak.

                
7. KURANGKAN GULA
Gantikan minuman bergula anda seperti air soda dengan air yang ternyata banyak memberi manfaat terhadap kesihatan,  iaitu air putih. Cara ini anda telah pun mengurangkan 10 sudu teh gula untuk sekali minum. Namun sekadar penambah rasa,  cubalah tambahkan sedikit lemon,  mint atau straberi beku ke dalam air putih.  Gula cair di dalam soda mengganggu signal normal tubuh sehingga akan membuat anda makan dengan lebih banyak lagi.

                             
8. GUNAKAN GELAS TINGGI
Ada baiknya anda menggunakan gelas jenis ini berbanding gelas lebar dan pendek.  Cara ini membantu mengurangkan kalori cair dan berat badan tanpa perlu berdiet.  Anda akan minum jus,  soda atau minuman lain sebanyak 20-30% lebih sedikit dengan menggunakan gelas ini.

~ info MW~

Ini kerana melalui kajian yang dilakukan oleh Brian Wansink di Cornell University,  isyarat visual boleh mengelabui mata anda untuk makan lebih banyak atau sedikit. Kajian tersebut merumuskan bahawa minum di dalam gelas yang lebar dan pendek akan membuatkan orang menuang air dengan lebih banyak berbanding di dalam gelas yang langsing dan tinggi. 

                 
                        Set diet shaklee

Tetapi sekiranya anda terlalu sibuk dan tiada masa untuk menyediakan jenis makanan ini,  anda juga boleh amalkan set lengkap shaklee untuk turunkan berat badan dengan berkesan. Anda hanya perlu konsisten dalam pengamalannya. Pasti anda akan gembira dengan hasil yang menakjubkan.


                 
   ,                      Testimoni. 1


                 
                           Testimoni.  2
Untuk tempahan vitamin anda boleh terus klik link wasap dibawah
http://www.wasap.my/60194961827

FB: Saadiah Arbain
 IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827
Cod: Teluk Intan,  Hutan Melintang, Bagan Datuk,  Sg Besar dan Sabak Bernam
Postage: seluruh Malaysia.







No comments:

Post a Comment