Monday 29 May 2017

Kenali fibroid dan cara mengatasinya.

Fibroid sejenis ketumbuhan bukan kanser yang terdapat dalam rahim atau sekitarnya. Saiznya juga berbeza- beza,  bersaiz kecil dan boleh juga bersaiz besar sehingga boleh mengubah saiz rahim. Wanita yang mengalaminya kelitan seperti orang hamil.

                         
Punca fibroid.

Fibroid dipengaruhi oleh paras hormon estrogen dan progesteron yang dihasilkan oleh kalenjar ovari. Adakalanya fibroid membesar ketika hamil. Dan mengecut apabila setelah melahirkan anak.

Apabila fibroid membesar semasa kehamilan kemungkinan wanita tersebut tidak mampu untuk bersalin normal dan terpaksa bersalin secara czer.

Fibroid diketegorikan kepada 4.
1. Fibroid subserosa -jenis ini tumbuh diluar dinding rahim.
2. Fibroid submukosa - jenis ini tumbih dipermukaan rahim namun dapat tumbuh menjalar ke dalam rahim.
3. Fibroid miometrial - jenis ini dapat ditemukan pada dinding otot rahim
4. Fibroid pedunkulata  - jenis ini tumbuh diluar rahim, namun menempel pada dasar rahim.

Symptom- symptom fibroid
1. Wanita berusia antara 30- 50 tahun
2. Wanita yang mengalami senggugut yang teruk.
3. Wanita yang mengalami perut yang buncit,  rasa tidak selesa pada abdomen atau rasa sakit kejang abdomen bawah.
4. Wanita yang mengalami sembelit ( akibat tekanan fibroid pada saluran najis)  dan rasa kerap buang air kecil( akibat tekanan pada pundi kencing)
5. Wanita yang sering mengalami keguguran dan mengalami masaalah sukar hamil.

Jom ikuti kisah dari puan Nurhayatul Nira bt Ramli
.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nama saya Nurhayatul Nira binti Ramli, berusia 37 tahun dan baru sahaja melahirkan anak keempat Januari yang lepas.
.

Saya berkenalan dengan Shaklee dah lama, cuma tidak secara konsisten sebelum ni. Saya selalu mengadu pada kawan saya, Azlinda Ismail (SID 866459) tentang penat dan sakit-sakit badan yang saya alami. Beliau mengesyorkan saya mengambil multivitamin, Vitamin c dan kalsium disebabkan jadual kerja dan pemakanan saya yang tidak menentu. Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan lebih bertenaga. Niat saya mengambil suplemen adalah untuk sihat, serta kesihatan itu dapat saya gunakan untuk beribadat dengan lebih sempurna.
.

Bagaimanapun, saya mendapat "kesan sampingan" daripada pengambilan suplemen tersebut. Saya bukan sahaja semakin sihat, namun saya juga disahkan hamil di kala anak bongsu saya waktu itu berumur 5 tahun. Saya tidak langsung merasa penat di awal kehamilan sedangkan ketika itu saya berada di dalam lawatan kerja di sekitar United Kingdom selama 2 minggu.
Pasangan mana yang tak gembira bila dikhabarkan tentang zuriat yang bakal mereka timang. Bertambah gembira pada waktu scan, doktor mengatakan ada 2 kantung di situ!
.

Namun, selepas detailed scan dilakukan, doktor mengesahkan, kantung itu bukanlah kembar seperti yang disangkakan. Malang sekali ianya adalah cyst sebesar 5.2 cm. Tidak mahu putus asa, kami mendapatkan nasihat pakar seterusnya. Lebih memilukan, rupa-rupanya ia bukan cyst, namun active fibroid yang sebesar 6.7 cm kini berada dalam kandungan saya. Doktor menasihatkan agar saya melalui pembedahan caesaeran berikutan saiz fibroid yang semakin membesar dan membahayakan diri saya.
.

Saya tak mahu putus asa. Saya selalu mendengar kehebatan tonik ajaib di wall sahabat saya. Saya nekad mencuba di atas risiko sendiri. Maka bemulalah episod saya dan Vivix. Ketika check up keempat, saiz fibroid hampir 10 cm dan saya teruskan ambil Vivix dengan konsisten dan yakin. Sahabat saya turut mencadangkan Omega Guard yang bertindak anti-radang sebagai menggantikan Vivix.
.

Alhamdulillah, pada 19 December 2016, checkup dengan pakar menunjukkan fibroid mengecil kepada 4.7 cm. Checkup terakhir pada Januari 2017 pula, pakar mengesahkan saiz fibroid ialah 4.2 cm dan lebih menggembirakan saya tidak perlu menjalani sebarang pembedahan kerana kepala bayi pun telah engaged.
.

Mengimbas kembali detik-detik kelahiran anak keempat saya. Kelahiran yang mudah dan paling cepat pernah saya rasakan. Pagi itu, saya mengalami kontraksi dan laluan cuma 2cm. Saya sempat bersolat jemaah Maghrib di masjid sebelum ke hospital malam itu. 9 malam, saya didaftarkan di Hospital Serdang. Saya sudah bersedia untuk melahirkan pada jam 9.30 malam.
Akhirnya pada 10:05 malam, 29 Januari 2017, lahirlah Ainur Mardhiah binti Abdul Muttalib ke dunia.Tanpa pembedahan, tanpa sebarang koyakan. Alhamdulillah.
.

Selepas je bersalin, saya terus minum 3 sudu Vivix supaya lebih bertenaga dan mahukan recovery yang cepat. Pada 30 Januari 2017, jam 6.30 pagi, doktor memeriksa saya dan akhirnya dibenarkan discharge pada jam 10 pagi itu juga. 13 jam sahaja di hospital, rekod untuk kelahiran semua anak-anak saya!
.

Saya masih lagi berpantang ketika testimoni ini ditulis, berpantang sendiri sambil menguruskan anak-anak seramai 4 orang yang masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah. Namun kita sendiri yang memudahkannya dengan pengambilan suplemen yang betul dan berkualiti.
.

Terima kasih kerana dipertemukan dengan suplemen yang sangat berkualiti ini.



FB: Saadiah Arbain
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827
Cod: Teluk Intan,  Hutan Melintang,  Bagan Datuk,  Sg Besar dan Sabak Bernam.
Postage : Seluruh Malaysia,  Singapore  dan Brunei.

No comments:

Post a Comment