Tuesday 2 October 2018

Tanda - tanda sakit buah pinggang.

Buah pinggang ialah satu organ penting dalam tubuh kita yang berbentuk kacang merah.



Fungsi buah pinggang adalah untuk menapis darah dan membuang toksid , membuang bahan kumuhan dan membuang lebihan cairan yang berlebihan dari tubuh manusia.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ni boleh membawa maut kepada pengidapnya.


Data pesakit buah pinggang pada 2013 menunujukkan 23 orang bagi setiap satu juta penduduk Malaysia menghidap sakit buah pinggang. Hasil kajian kerajaan, terus menunjukkan kebimbangan kerana dijangkakan pada 2040 ada lebih 2.5 juta orang.

Ketahui tanda- tanda sakit buah pinggang.

1. Kekerapan pembuangan air kencing

Anda perlu tahu perubahan dalam pembuangan air kencing sama ada terlalu kerap atau kurang dari kebiasaan. Periksa juga sama ada air kencing ada bercampur darah atau air kencing menjadi keruh.

2. Mengalami keletihan yang melampau

Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.


3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan

Kegagalan buah pinggang juga akan menyebabkan  pembengkakan pada sebahagian anggota badan terutama kaki dan muka. Ini berlaku buah pinggang tidak mampu mengeluarkan lebihan cecair dari tubuh anda.


4. Mengalami kegatalan yang teruk

Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

5. Sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda

Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Mengalami loya dan muntah-muntah

Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Berasa sejuk sepanjang masa

Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.


8. Kesukaran untuk bernafas
Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.


9. Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah

Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.


10. Kerap berasa pening kepala

Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

 Sekiranya anda atau ahli keluarga anda ada tanda- tanda ini segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa anda.


FB: Saadiah Arbain
ID:174411
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-4961827

No comments:

Post a Comment