Tuesday 9 October 2018

Kolesterol tinggi dan Cara tingkatkan risiko penyakit kardiovaskular .

Di Malaysia penyakit tidak berjangkit (NCD)  adalah punca kematian utama yang menyebabkan kira- kira 73 peratus dari jumlah kematian. Penyumbang utamanya adalah penyakit kardiovaskular yang termasuk serangan jantung dan strok.



Menurut tinjauan kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, kira- kira 47.7 peratus dari rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi( hiperkolesterolemia)

Pengumpulan kolesterol di dalam arteri menyebabkan aterosklerosis yang boleh mengakibatkan infarksi miokardium
( serangan jantung)  atau strok.

Kolesterol wujud dalam dua bentuk, low density lipoprotein (LDL ) atau "berbahaya" dan high density lipoprotein ( LDL)  atau kolesterol " tidak berbahaya"

LDL  membawa kolesterol ke tisu yang boleh menyebabkan sekatan kepada saluran darah ,justeru , tahap kolesterol LDL yang tinggi diiktiraf sebagai faktor risiko tinggi bagi penyakit kardiovaskular .

Amalkan gaya hidup sihat

Pakar Runding Kardiologi Cardiac vascular Sentral Kuala Lumpur , Dr Choo Gim Hooi berkata rawatan baru Repatha, antibodi monoklon manusia penuh mampu menurunkan paras kolesterol tinggi.

Repatha rawatan suntikan jenis perencat PCSK9 ini mengandungi bahan aktif, evolocumab yang direka untuk bergabung dengan molekul PCSK9,yang akan mengurangkan kebolehan hati untuk menyerap kolesterol.

Suntikan ini dapat meningkatkan jumlah kolesterol yang diserap hati dan seterusnya menurunkan paras koesterol dalam darah .

"preskipsi statin sahaja adalah tidak mencukupi untuk sesetengah pesakit menurunkan paras kolesterol tinggi mereka.

" Jadi dengan adanya perencat PCSK9 seperti evolocumb ( Repatha )dapat meningkatkan keberkesanan penurunan tahap kolesterol LDL di kalangan pesakit yang tidak dapat mencapai keputusan optimum menerusi terapi piawai dengan statin" ujarnya.

Menurut Dr Choo lagi,  kombinasi Repatha dan terapi statin dapat mengurangkan kolesterol berbahaya (LDL ) dalam darah sehingga 77 peratus berbanding pengambilan terapi statin sahaja .

Namun begitu,  katanya rawatan ini perlulah secara berterusan seiring dengan penjagaan diet dan gaya hidup yang sihat.

Repatha boleh didapati di kebanyakakan hospital swasta di seluruh negara.  Rawatan ini akan diberikan secara  subkutabeus pada dos 140 mg setiap dua minggu atau 420 mg sekali sebulan.

Kaitan kolestrol berbahaya dan kardiovaskular.

Paras kolesterol LDL yang tinggi diiktiraf sebagai faktor risiko penting bagi penyakit jantung.  Faktor risiko penting yang lain termasuk merokok dan tekanan darah tinggi.

Menurut Pakar Runding Kardiologi institut Jantung Negara (IJN)  Datuk Dr Ahmad Khairuddin Mohammed  Yusof berkata Hiperkolesterolemia famili (FH)  ialah penyakit keturunan yang menyebabkan paras LDL-C tinggi semasa lahir,  dan serangan jantung pada usia muda .

Jelasnya lagi,  kebanyakan orang muda di Malaysia tidak sedar bahawa mereka mengalami hiperkolesterolemia atau individu yang mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi.  Sejauh mana tahap hiperkolesterolemia yang dihidapi seseorang itu hanya akan dapat diketahui melalui ujian darah .

Kelainan genetik keturunan ini wujud dalam bentuk Heterozygous familial hrpercholestrolemia (HeFH )

HeFH berlaku apabila mutasi genetik diwarisi daripada hanya salah seorang ibu bapa manakala HoFH versi yang diwarisi daripada kedua- dua ibubapa .

" Mereka yang menghidap hiperkolestrolemia yang serius atau familial hiperkolestrolemia biasanya akn mengalami kelainan pada anggota badan,  ada mendapan lemak atau benjolan ditangan,  benjolan disendi lutut , mendapat lemak dikelopak mata" terang Datuk Ahmad Khairudfin.

Fakta mengenai penyakit kardiovaskulae

Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan sekumpulan penyakit salur darah dan jantung.


Antaranya termasuk penyakit jantung koronari atau iskemia,  strok ,tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan penyakit jantung reumatik.

CVD ialah punca kematian utama di peringkat global dan di Malaysia . Kira- kira 17.7 juta orang meninggal dunia daripada CVD pada 2015, mewakili 31 peratus daripada kematian global.

Menueut Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO ) 2014 kadar kematian di Malayaia bagi penyakit kardiovaskular  ialah 36 peratus .

info kesihatan MW .

Jadi dari info diatas kita kenalah kurangkan  pengambilan pemakanan yang mengandungi kolesterol dan amalkan gaya hidup sihat. Dan jangan lupa juga amalkan suplement untuk singkirkan kolesterol dalam badan.

FB: Saadiah Arbain
ID: 1174411
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

No comments:

Post a Comment