Sunday 7 October 2018

Diabetis diusia muda.


Diabetis diusia muda.

Penyakit diabetis atau kencing manis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira usia, lelaki atau perempuan.




Malah penyakit ini muncul seiring dengan usia. Walau bagaimanapun perlu diingat, diabetis boleh berlaku pada usia muda, lebih- lebih lagi kepada lelaki obesiti.

Bagi menggelakkan risiko pada usia muda, anda perlu perhatikan perkara ini.

Obersiti

Obersiti adalah penyebab utama Diabetis. Keadaan ini boleh menyebabkan gangguan pada badan,pengeluaran testoran dan mencegah badan bertindak balas dengan insulin.

Jalan terbaik untuk menurunkan risiko diabetis adalah dengan menurunkan lemak- lemak dalam badan.

Keturunan

Ini adalah sumbangan terbesar yang boleh menyebabkan anda mengalami Diabetis. Namun peluang ini tidak 100 peratus berlaku kerana diabetis boleh berlaku jika anda tidak menerapkan gaya hidup sihat. Disamping itu, jika ada ahli keluarga yang terkena diabetis, anda perlu berjaga  - jaga dan kurangkan pengambilan gula dalam badan setiap hari.

Kurang tidur dan stress

Kebanyakan lelaki muda lebih suka melakukan aktiviti pada waktu malam sehingga menyebabkan badan mengalami stress dan kadar metabolisme akan terganggu. Keadaan stress akan membawa anda untuk makan lebih banyak dan tidak mengambil tahu tentang kandungan nutrisi yang masuk dalam badan.

Pola makan tidak teratur

Perhatikan apa yang anda makan setiap hari. Ini kerana apabila kadar gula darah dalam badan terus tinggi. Kemungkinan badan anda boleh memberi rintangan terhadap insulin yang akan meninggi. Cara terbaik gunakan gula rendah kalori dan tidak mengambil nasi putih terlalu banyak.

Malas bersenam.

Lelaki yang malas bersenam dan kurang melakukan aktiviti fizikal akan mebgalami gangguan dalam badan. Keadaan ini juga boleh menjurus kepada obersiti. Jadi amalkan senaman secara rutin sekurang- kurangnya tiga kali sehari.

Pilih lemak baik.

Lemak baik adalah lemak yang terdapat dalam kacang, biji- bunian dan minyak nabati cair dapat mencegah anda daripada penyakit diabetis.

Elakkan daging merah

Beberapa penelitian mendapati pengambilan daging merah dan daging yang diproses dapat meningkatkan risiko diabetis. Ini kerana kandungan zat besi tinggi dalam daging merah dapat mengurangkan keberkesanan insulin dan merosakkan sel-sel yang menghasilkan insulin.

Sumber mingguan wanita.


FB: Saadiah Arbain
ID:1174411
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

1 comment: