Restoran ini berada diatas air. Bila ombak datang memukul pantai, restoran ini turut bergoyang seperti menaiki kapal atau bot. Sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepaoi bahasa dan menjamah makanan laut yang disediakan., kami juga dijamu dengan pemandangan yang indah alam semulajadi.
Menu utama di restoran Terapung ini ialah KARI IKAN SEMBILANG DAN KETAM LEMBUT. Ramai yang sukakan KETAM LEMBUT GORENG TEPUNG. Harga juga murah dan berbaloi. Menu lain juga ada disediakan disini.
Total makan direstoran ini seramai 21 orang sebanyak RM 280.00 Sangat berbaloi dan murah makan seramai 21 orang.
Lupa pulak nak bagitau, sebenarnya group ini group mini reunion suami saya 😊 Kami bagaikan satu keluarga bila sesekali berjumpa. Tidak puas bersembang ditempat kenduri, sambung pulak di restoran terapung ini. Begitulah kami eratkan silaturrahim antara satu sama lain.
Maaflah gambar beramai- ramai tiada dalam simpanan saya.
Anak kami ambik gambar ini sebelum memasuki restoran terapung. Mulanya gayat jugak nak masuk tu hehehe...melalui jambatan yang bergoyang bila dipijak beramai- ramai.
Sekiranya anda berkunjung ke Bagan Serai, Batu kurau atau Kerian jangan lupa singgah ke restoran ini.
Meh la kome ke JS MUARA RESTORAN TERAPUNG KUALA GULA,
FB: Saadiah Arbain
ID: 1174411
IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827
No comments:
Post a Comment