Friday 9 November 2018

Lala goreng berlada

Pagi tadi pergi pasar hajat dihati hendak membeli ikan dan sayur. Ternampak pulak ada orang jual lala. Sepinggan RM 5.00 lupa nak snap gambar tadi masa kat pasar. Walaupun lala tu kecik- kecik, saya beli juga, dah lama tak makan lala ni. Tengok lala tu masih segar dan masih hidup, saya belilah sepinggan.

Lala yang masih segar hasil tangkapan kat pasar pagi tadi hehehe..

Sudah dapat lala mesti nak pulak. Tak tau nak masak apa yang special maka saya masaklah “lala goreng berlada”

Bahan- bahan untuk masak lala goreng berlada

Lala
Bawang merah
Cili padi
Serai dititik/ diketuk
Asam keping
Garam
Minyak untuk menumis


Cara- caranya

1. Bersikan lala terlebih dahulu
2. Bawang dan cili dikisar. Terpulanglah nak kisar kasar atau kisar halus
3. Panaskan minyak dan gumiskan bahan yang dikisar tadi hingga naik bau.
4. Masukkan serai dan asam keping. Kacau rata hingga bahan tadi menjadi garing.
5. Kemudian masukkan lala kedalam bahan tadi . Kacau rata. Masukkan garam seculup rasa. Tidak perlu masukkan air sebab lala akan keluarkan yang banyak. Kacau hingga lal masak.
6. Bila sudah masak bolehlah dihidang.

Lala yang sudah siap dimasak

Saya guna bahan-  bahan yang ada saja. Dan lagi satu saya suka campak- campak tidak guna sukatan. Sekiranya suka pedas letaklah banyak cili.

Bagi anda yang ada penyakit gout kena berhati- hati bila memakan lala. Lala salah satu makanan yang bercenkerang yang boleh menyebabkan gout.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

FB: Saadiah Arbain
ID: 1174411
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

No comments:

Post a Comment