Alhamdulillah sampai juga hajat anak murid ingin buat jamuan akhir tahun mereka. Walaupun gurunya terlalu sibuk dengan tugasan. Kami ambil kata sepakat buat majlis ala kadar. Mereka inginkan suasana luar waktu sekolah.
Kami pun ambil kata putus malam ini iaitu Jumaat malam Sabtu. Kami tempah kedai makan Aziah Tomyam sebagai lokasi jamuan akhir tahun Srar Taqiuddin.
Mereka nampak gembira dan ceria sekali. Inilah wajah anak- anak kampung. Mereka semua bukan dari keluarga yang berada. Tetapi itu bukan halangan bagi mereka menikmati keseronokan bersama rakan sebaya. Mencipta kenangan dialam kanak- kanak.
Ini anak murid saya yang rajin menolong kawan- kawannya disekolah. Ada sifat kepimpinan dan tanggungwab terhadap kawan- kawan dan adik- adiknya. Siap tapau chicken chop untuk adik-adiknya dirumah. Dia menggunakan duit yang dikumpulnya sendiri. Dia juga mahu adiknya merasa chicken chop yang dia makan dikedai tadi. ðŸ˜
Pesanan buat Murid Tahun 6 2018. “Apabila kalian keluar dari Srar Taqiuddin teruskanlah amalkan apa yang telah kalian pelajari. Jangan tinggalkan solat dan membaca alquran walau dimana kalian berada. Hormati ibubapa dan guru, jagalah auratmu dan jagalah budi pekerti mu.”
Sedih dan sebak didada, 😠kalian akan melangkah alam remaja diluar sana. Dan banyak lagi yang perlu kalian pelajari. Ustazah doakan” semoga kalian semua menjadi anak soleh dan solehah serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT selalu hendaknya” aamiin
Berakhir sudah majlis jamuan akhir tahun bagi murid Tahun 5 dan 6 Srar Taqiuddin 2018.
Maafkan ustazah kerana terpaksa simpan foto kalian didalam ini sebagai kenangan.
Salam sayang
Ustazah Saadiah
G.B Srar Taqiuddin
FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827
No comments:
Post a Comment