Sunday 25 November 2018

10 cara lindungi anak daripada rabun jauh

10 CARA LINDUNGI ANAK DARIPADA RABUN JAUH
SEPTEMBER lalu, VISTA Eye Specialist telah mengadakan program Pengawalan Miopia bagi menyedarkan ibu bapa terhadap risiko dan cara mengawal perkembangan miopia dalam kalangan anak-anak.
Ia berikutan statistik yang menganggarkan, menjelang 2050, dianggarkan 50 peratus masyarakat dunia dijangka bakal mengalami miopia atau dikenali sebagai rabun jauh.



          Miopia atau rabun jauh merupakan masalah yang disebabkan pembentukan imej di hadapan retina. Bagi mata normal, imej sesuatu objek  akan terbentuk tepat di atas retina,membuatkan imej terhasil dengan jelas.
         Dr. Vienne Tai Pih Yih, Pakar Perunding Oftalmologi di VISTA Eye Specialist yang ditemui di majlis pelancaran program tersebut menyatakan, antara punca perkwmbangan miopia ialah penggunaan gadjet berlebihan, postur yang salah ketika membaca dan kekurangan tidur.
           Selain itu, kornea mata juga boleh rosak apabila anda menggosok mata dengan kasar, membaca di dalam gelap, pemakaian cermin mata yang salah dan tidak mengambil nutrisi yang cukup.
            Bagi kanak-kanak yang telah mengalami miopia, mereka disarankan manjalani rawatan khusus untuk mengawal perkembangan rabun tersebut. Antaranya ialah dengan menggunakan ubat titis mata Atropine setiap malam sebelum tidur.
            Melalui program pengawalan miopia, ahli oftalmologi VISTA Eye specialist akan mempreskripsikan kanta kaca mata kawalan rabun jauh atau kanta lekap Ortho-K yang dipercayai dapat melewatkan perkembangan miopia sehingga 40peratus.
             Dr. Tai turut menyarankan kanak-kanak untuk beraktiviti di luar rumah bagi mendapatkan cahaya matahari. Hal ini kerana cahaya matahari dapat memberi manfaat kepada mata dan kesihatan keseluruhannya.
             Anda boleh mencuba tip-tip di bawah, walaupon tidak mampu memulihkan penglihatan seperti asal, tetapi mungkin mampu mengelakan penglihatan anak anda daripada menjadi lebih teruk.

1. Melakukan aktiviti luar
         Dalam satu kajian yang diterbitkan ResearchGate terhadap pelajar berbangsa Cina di Singapura dan Australia, 29 peratus pelajar berbangsa Cina di Singapura mengalami miopia manakala hanya 3 peratus pelajar Cina di Australia mwngalami masalah sama.
          Hal ini disebabkan pelajar-pelajar di Australia lebih kerap melakukan aktiviti luar berbanding pelajar-pelajar di Singapura. Melalui aktiviti luar, mereka terdedah kepada cahaya matahari yang merangsang pelepasan hormon Dopamin ke kawasan retina lantas mengurangkan risiko miopia.
            Dalam satu kajian klinikal di Guangzhou, 25peratus kes baru miopia dapat dikurangkan dengan menambah 45minit kepada masa yang telah dikhususkan untuk aktiviti luar setiap hari. Oleh itu, pastika  anak anda memperuntukkan masa mereka untuk bermain di luar rumah dan tidak melayari Internet sepanjang masa.

2.Hadkan penggunaan gajet
          Berdasarkan kajia  oleh Pew Research Center pada tahun 2016, Malaysia merupakan negara yang kesembilan dengan pemilikan telefon pintar tertinggi dengan 65peratus daripada golongan dewasa negara ini memiliki telefon pintar. Pemilikan telefon pintar di Malaysia mengatasi Jerman (60 peratus) dan Rusia (45peratus).
           Selain ketagihan, penggunaan gajet bagi jangka masa lama boleh menyebabkan Sindrom Penglihatan Komputer (CVS) yang mengakibatkan sakit kepala, sakit mata, penglihatan jarak jauh menjadi kabur dan mata menjadi kering. Oleh itu, pastikan anda memantau penggunaan gajet anak anda dengan mngehadlan penggunaan maksimum dua jam sehari.

3. MAGIS 20-20-20
          Apakah yang dimaksudkan dengan magis 20-20-20? Mudah sahaja. Setiap 20minit anak anda  melihat skrin atau membaca buku, pastikan mereka rehatkan mata selama 20saat dan alihkan pandangan kepada objek yang terletak 20 kaki jauh.
          Supaya lebih mudah, anda bokeh  memasang aplikasi Eye Care 20 20 20 dalam telefon pintar untuk mengingatkan anak anda agar berehat setiap 20minit. Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi Pomodoro yang bertindak sebagai pembahagi masa untuk rehat dan bekerja setiap 25minit.
          Aktiviti ini memberi peluang kepada otot mata untuk relaks setelah tertumpu pada objek dekat terlalu lama. Bukan itu sahaja, teknik ini juga membantu anak agar lebih fokus untuk mengulang kaji setelah mendapat rehat yang cukup. Oh ya, pastikan juga skrin komputer ataupon gajet yang digunakan bersih daripada kotoran kerena skrin yang kotor akan membebankan mata.

4.Jarak dan postur yang baik
             Postur tubuh juga memainkan peranan yang penting untuk mengelakkan miopia. Menariknya di China, ada sekolah yang memasang pengadang besi di atas meja untuk mengelakkan para pelajar membaca buku terlalu dekat.
             Postur yang paling baik semasa membaca buku atau menggunakan komputer adalah dengan menegakkan badan dan meletakkan kedudukan bahan bacaan pada paras mata. Jika perlukan sokongan, gunakan bantal yang sesuai dengan lengkungan tulang belakang.
             Jarak mata dengan skrin juga haruslah tidak kurang daripada 20 inci. Secara mudahnya, luruskan tangan ke arah skrin dan pastikan skrin gajet berada di luar capaian tangan. Lebih besar skrin gajet, lebih besar jarak mata dengan skrin.

5. Pencapaian yang baik  
             Elakkan membaca di kawasan yang malap. Kurangnya pencahayaan ketika membaca akan membuatkan pupil mata membesar dan memberi tekanan kepada mata untuk bekerja lebih keras. Situasi ini menyumbangkan kepada risiko miopia.
              Sebaliknya, dapatkan pencahayaan optimum dan lembut pada mata sama ada dengan cahaya semula jadi mahupun lampu meja yang teduh. Jika menggunakan lampu meja, pastikan ia diletakkan pada kedudukan yang iaitu atas aras mata.
             “ Sumber cahaya sebaiknya tidak dapat dilihat secara terus,” kata Paul Marantz, perunding pencahayaan di Jules Fisher & Paul Marantz Inc. di Manhattan.
             Tambahnya lagi, untuk mengelakkan terjadinya bayang semasa menulis dan membaca, letakkan lampu di sebelah kanan meja jika anak anda kidal dan di sebelah kiri meja jika sebaliknya.

6.Jangan gosok mata
             Sedar atau tidak tindakan menggosok mata mempunyai risiko yang tersendiri. Apabila mata digosok, salur darah di sekitar permukaan mata boleh pecah dan menyebabkan mata menjadi merah. Selain itu, bakteria pada tangan boleh menyebabkan jangkitan pada mata.
             Seperti organ lain, kecederaan pada kornea juga bersifat kekal. Gosokan kasar ke atas mata  juga boleh mencalarkan dan menipiskan kornea. Penipisan kornea ataupun keratokonus boleh menjejaskan penglihatan dengan mengubah imej sebenar sesuatu objek. Sebagai alternatif, gunakan kain yang dibasahkan dengan air sejuk bagi mengurangkan kegatalan.

7. Pakai cermin mata sesuai 
         Pemakaian cermin mata yang salah mungkin tidak bebahaya bagi penglihatan orang dewasa, kanak-kanak, pemilihan lensa yang salah boleh menjejaskan penglihatan mereka.
         Pemilihan lensa amat penting untuk mengelakkan miopia kanak-kanak menjadi semakin teruk. Hal ini kerana perkembangan bebola mata mereka masih berlaku sehingga mencapai usia baligh.
         Lensa yang salah akan memberi tekanan kepada mata lantas mengganggu proses tumbesaran tersebut. Akibatnya, miopia menjadi semakin teruk.

8. Tidur yang mencukupi 
          Pastikan anak anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti kerana ia mempengaruhi tumbesaran yang baik termasuklah perkembangan mata anak-anak. Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, pastikan persekitaran tempat tidur bersih dan selesa.
           Di samping itu, hentikan penggunaan gajet anak-anak sejam sebelum waktu tidur untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Hal ini kerana cahaya biru daripada gajet akan mengahalang penghasilan hormon melatonin yang berfungsi untuk memberi tidur berkualiti dengan mengatur kitaran waktu tidur mengikut jam biologi.

9. Nutrisi
            “Pernah tengok arnab pakai cermin mata? Kalau tak pernah, makan lobak jika tak mahu rabun” “kalau nak mata cantik macam arnab makan lobak”
            Ayat-ayat ini sering diucapkan ibu bapa yang ingin memastikan si anak makan sayur. Sejauh mana kebenarannya? Adakah omong kosong semata?
             Lobak merah kaya dengan beta-karoten, sejenis pigmen yang diperlukan untuk menghasilkan vitamin A. Vitamin A pula membantu menukar cahaya kepada isyarat untuk dihantar ke otak, membolehkan kita melihat walau kekurangan cahaya. Jadi, memang benar lobak merah boleh membantu meningkatkan daya penglihatan. Bahkan, sayuran lain yang mengandungi vitamin A juga boleh memberi kesan yang sama.
            Antara nutrisi lain yang penting untuk kesihatan mata ialah vitamin C, vitamin E, zink, kromium, selenium, omega-3 dan lutein serta zeaxanthin. Zat-zat ini berupaya melindungi mata daripada rabun malam, katarak dan kerosakan retina. Antara makanan yang melindungi zat-zat ini ialah jagung, kekacang, bayam beras perang dan ikan salmon.

10.Rawatan Intensif miopia 
               Akhir sekali, jika anak anda mengalami miopia yang berkembang dengan cepat, anda boleh membawa mereka untuk rawatan komprehensif khusus untuk merawat masalah ini. Doktor akan memberikan ubat titis mata atropine untuk dipakai setiap malam.
               Selain itu, anak anda akan diberikan cermin mata khusus bagi  mengawal miopia atau kanta lekap Ortho-K yang bertindak merawat dan membentuk semula kornea ketika tidur. Program selama setahun ini akan memantau perkembangan kesihatan mata dan melambatkan proses perkembangan miopia daripada menjadi semakin teruk.
               Sepanjang tempoh itu, ujian mata akan dibuat setiap kali lawatan untuk memastikan perkembangan miopia terkawal.


SARANAN PEMERIKSAAN MATA 

  • Kanak-kanak (6bulan-12bulan) - Pemeriksaan bermula pada usia enam bulan, diikuti pemeriksaan tahunan apabila usia tiga tahun ke atas.
  • Remaja (13 tahun - 18 tahun) - setiap tahun atau seperti disarankan ahli aftalmologi
  • Dewasa (18 tahun ke atas) 
  • 18-60 -setiap dua atau satu tahun seperti yang disarankan ahli oftalmologi 
  • 61 tahun ke atas - setiap tahun atau seperti yang di sarankan ahli oftalmologi



FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

No comments:

Post a Comment