Friday 23 November 2018

Kelebihan membaca surah al lkahfi pada hari Jumaat

Buat ingatan diri sendiri dan juga sahabat alam maya. Saya simpan kelebihan membaca ayat 1-10  dan 100-110 surah alkahfi setiap hari Jumaat. Sebaiknya membaca surah. Al kahfi bermula selepas waktu asar hari Khamis sehingga selepas waktu maghrib hari Jumaat. Jadi marilah kita sama-sama amalkan surah ini supaya terpelihara dari fitnah dajjal.




Salah satu tanda akan berlaku kiamatnya dunia adalah turunnya seorang makhluk yang disebut Dajjal yang akan bermaharajalela di dunia sebelum kiamat dunia. Ketibaan Dajjal adalah satu daripada tanda-tanda dunia akan kiamat. Fitnah Dajjal disebut oleh Nabi S.A.W sebagai fitnah yang terbesar akan menimpa manusia.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda (yang bermaksud) : “Sejak penciptaan Adam sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)





Antara Manfaat Mengamalkan Surah Al-Kahfi:

1. Terhindar dari Fitnah Dajjal
Nabi Muhammad bersabda bahawa sesiapa yang rajin membaca surah ini pada hari Jumaat akan terhindar dari fitnah dajjal. Dajjal merupakan salah satu tanda-tanda kiamat. Fitnah dajjal sangat kejam dan mampu membawa kepada kesesatan dan seksa neraka Jahanam.

“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapat zaman dajjal) hendaknya Ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.” (HR Muslim)
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR Muslim)

2. Memperoleh Pengampunan Dosa Diantara Dua Jumaat
Jaminan setiap dosa akan diampunkan, bermula pada hari Jumaat surah Alkahfi dibaca sehingga pada hari Jumaat yang berikutnya.

“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)

3. Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Kaabah
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul’Atiq (Kaabah).”
(Sunan Ad-Darimi, no. 3273)

4.Dipelihara Daripada Gangguan Syaitan
Salah satu usaha mendekatkan diri pada Allah SWT adalah dengan membaca dan mengamalkan Al Qur’an dan membaca surat Al Kahfi termasuk di dalamnya. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal, menyatakan bahawa sebuah rumah yang selalu dibacakan surat Al-Khafi dan surat Al-Baqarah maka rumah itu tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam tersebut.

Tip Mudah Habiskan Bacaan Surah Al-Kahfi:
Surah Al Kahfi ini agak panjang dan agak memerlukan masa untuk dihabiskan secara berterusan.Pasti rasa agak ‘berat’ untuk membaca surah sebanyak 110 ayat ini. Rasa seperti tak mampu nak habiskan baca sekali gus.

Antara tip & cara mudah untuk lengkapkan bacaan Surah Al Kahfi ini adalah dengan membahagikan 110 ayat surah Al Kahfi ini kepada beberapa sesi. Satu sesi hanya perlu membaca 20-30 ayat sahaja. Kalau mulakan selepas Asar hari Khamis, bacaan dapat dilengkapkan sebelum Asar hari Jumaat. Jadi setiap sesi hanya memerlukan masa yang singkat. Mudah bukan?

Selamat Mengamalkannya dan  turut menyampaikannya kepada orang lain.


FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

No comments:

Post a Comment