Friday 30 November 2018

Kesihatan semakin meningkat dan tiada lagi kulit kusam dengan vitamin shaklee

LEBIH YAKIN DENGAN PENAMPILAN DAN KESIHATAN KULIT

Dalam usia 4 siri, kulit wajah sudah mula timbul masalah kulit, garis-garis halus dan penuaan. Masalah ini jika tidak dikawal atau tudak dirawat akan menyebabkan kulit wajah lebih tua dari usia sebenar.



Kini skincare YOUTH shaklee mampu memulihkan masalah kulit wajah anda dalam masa sebulan. YOUTH  akan menjadikan kulit wajah anda muda 10 tahun dari usia sebenar. Ini telah diakui oleh pengguna YOUTH sendiri.

Marilah ikuti cerita dari Puan Raizaulrishah bt Mohd Shaharuddin, bagaimana beliau merawat kulit wajah kusam dan parut jerawat semakin pudar serta turun berat badan.

Alhamdulillah. Itulah ayat pertama yang dapat diungkap apabila bertanyakan bagaimana kehidupan saya dengan Shaklee. Syukur dengan nikmatNYa kerana asbab dengan bertemankan Shaklee saya dapat menikmati kesan yang baik dan sangat mempengaruhi kehidupan kini.
.

Saya Rizatulrishah bt. Mohd Shaharuddin seorang isteri berumur 44 tahun merupakan seorang ibu kepada 3 anak perempuan comel yang berbagai peringkat usia dari umur 13thn, 3thn dan 1thn 7 bulan. Kehadiran permata hati ini memerlukan saya memiliki kecergasan dari segi mental dan fizikal yang sihat untuk menjadi ibu atau ummi yang hebat untuk mereka serta mengimbangi kehidupan seharian mereka yang sentiasa cergas serta masih menyusukan anak ketiga.
.

Jika saya lemah, cepat letih, tidak bertenaga bagaimana saya perlu menjaga mereka di samping kerjaya hakiki saya yang juga memerlukan komitmen yang tinggi. Dari situlah saya belajar tentang produk Shaklee yang dapat membantu saya dalam mendapatkan keperluan nutrient serta menjadikan penampilan saya yang lebih sihat selepas saya dikurniakan lagi dua orang anak kecil yang comel dan bijak.
.

Anak sulung juga sangat menyokong kerana melihat Ummi yang nampak dah macam makcik makcik bawang....hahahaha....serabai, mula gemuk dan kusam. “Ok...Ummi have to do something.”....AND now...” I made it girls”


.

YOUTH Skincare...yes!!!! Memang fall in love lah kata orang. Saya memang mencari-cari produk yang selamat dan bebas dari bahan-bahan kimia yang berbahaya. Saya sangat berhati-hati dalam memilih produk skincare kerana kulit saya jenis yang sensitive dan dalam masa yang sama masih menyusu.
.


Pernah di zaman remaja masa belajar saya terjebak dengan produk yang akhirnya membuatkan kulit saya asyik naik jerawat dan berminyak. Nyesal tau masa tu. Dengan YOUTH Skincare kulit kusam, jerawat saya dapat dipulihkan. Parut jerawat pon dan pulih. Jeragat yang dah mula melambai-lambai nak menghiasi kulit pun dah tiada.
.

Bila dan masuk usia 44 tahun dah tentu garis-garis penuaan atau wrinkle dah mula wujud kan....Alhamdulillah dengan Youth keadaan ini dapat diatasi. Saya dapat lihat perbezaan dengan ketara. Memang tidak salah saya memilih YOUTH tambahan saya pula jenis spesies yang tidak suka bermekap tebal untuk menutup cela. Kini dah 1 bulan lebih saya menggunakan YOUTH. Jika ada yang tercari-cari set skincare bagi saya YOUTH lah jawapannya.
.

Well...apa yang boleh saya katakan keperluan vitamin atau supplement  itu perlu untuk menampung kekurangan nutrient yang kita dapat dari makanan. Dapatkan panduan yang betul dan Shaklee adalah pilihan saya.
.

Alhamdulillah saya dah berjaya turunkan berat 3.5kg, kulit yang lebih sihat, kulit wajah yang berseri, tidak lagi kusam, kasar dan naik jerawat lagi, minda cergas dan bertenaga.
.

Saya juga belajar gaya hidup yang lebih sihat serta berpengetahuan tentang kesihatan. Terima kasih Allah atas segala-galanya. Terima kasih Shaklee kerana jadi ‘teman nutrient’ saya.

LOVE by RIZZ💖


FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Thursday 29 November 2018

Berjaya hamil dan turunkan berat badan dengan set kesuburan shaklee

Berkongsi pengalaman Puan Nur Atiqah Zaaba, bagaiamana beliau berjaya hamil dan turunkan berat badanya setelah berikhtiar dengan set kesuburan shaklee.

Kisah saya dengan shaklee bermula dari tahun 2013 lagi.. Tapi set yang sangat terkesan pada saya ialah set ikhtiar hamil yang saya ambil selepas saya bernikah.
.


Kisahnya bermula bila lebih dari 48 hari selepas nikah saya tak period. Mulanya dah gembira kononnya hamil. Tapi bila buat ujian kehamilan keputusannya negatif..Lebih dari 10 ujian saya cuba.Dari murah hingga lah mahal..Pertama kalikan teruja lebih.
.

Selepas mendapat pandangan dari rakan sekerja, mereka cadangkan saya cuba buat pemeriksaan doktor pakar sakit puan.Beberapa ujian di jalankan antaranya ujian ultrasound dan ujian darah.
.

Hasil daripada kedua-duanya mengesahkan saya mendalami Polysistic ovarian cyst (pcos) dimana punca utama daripada berat badan yang meningkat secara tiba-tiba yang mengganggu hormon di dalam badan.
.

Lebih hormon  luteinising (LH) dihasilkan berbanding hormon perangsang folikel (FSH), yang menyebabkan folikel-folikel pada ovari menghasilkan lebih banyak hormon testosteron (hormon lelaki) berbanding hormon wanita iaitu estrogen.
.

Kelenjar adrenal juga mula meningkatkan penghasilkan testosteron.Terlalu banyak testosteron menghalang ovulasi, di samping simptom-simptom lain yang berkaitan dengan sindrom ini.
.

Estrogen masih lagi dihasilkan, tetapi oleh kerana folikel-folikel yang dihasilkan tidak mencapai tahap kematangan yang mencukupi sewaktu progesteron mula meningkat, ia menyebabkan wanita yang mengalami PCOS akan mendapati mereka kekurangan hormon progesteron.Sekaligus sukar untuk hamil.
.

Doktor mensarankan saya untuk mengambil ubat bagi membetulkan semula hormon dalam badan. Tapi salah satu akibatnya period takkan datang selagi ubat itu di ambil. Selain itu doktor juga mensarankan saya mula menjaga makan juga bersenam secara berkala.
.

Disebabkan oleh ubat itu akan memberi kesan sampingan lain, saya cuba berikhtiar dengan set kesuburan shaklee. Alhamdulillah berkat usaha, menjaga makan kebetulan bulan puasa masa itu saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg.
.

Usaha yang tidak putus asa disamping berdoa semoga dipermudahkan semuanya.. 2 minggu selepas raya result ujian kehamilan saya positif.Kalau ikutkan tak habis lagi set kehamilan yang saya ambil tu saya sambung makan sepanjang tempoh hamil.



FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Wednesday 28 November 2018

10 fakta tentang Anggur Muscadine

Kebaikan anggur muscadine

Anggur Muscadine mengandungi resveratrol dan tinggi antioksidan. Antioksidan sangat diperlukan untuk melawan serangan radikal bebas penyebab pelbagai penyakit. Jadi kita perlu memakan makanan yang mengandungi tinggi antioksidan dari sekarang, jangan tunggu sudah sakit baru kita ambil makanan ini,



Dimanakah untuk mendapatkan Anggur Muscadine ini? Anggur muscadine adalah salah satu ramuan dalam VIVIX SHAKLEE.


10 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG ANGGUR MUSCADINE( SALAH SATU RAMUAN UTAMA DI DALAM VIVIX)

🍇Tumbuh di kawasan PANAS & LEMBAP

Anggur muscadine tumbuh semulajadi ditempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.

Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik dan cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak resveraterol dan polifenol. Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati dapat hidup dalam cuaca yang ekstrem. Semakin buah anggur terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resveraterol yang tinggi.

🍇SAIZ SEBESAR BOLA GOLF

Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sebesar BOLA GOLF! Saiz yang lebih besar berbanding anggur biasa yang berdiameter sekitar 5cm atau seakan-akan sebiji buah plum.

🍇MEMPUNYAI KULIT YANG BESAR & KERAS

Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .

🍇BOLEH MELINDUNGI DIRI DARIPADA BAKTERIA & KULAT

Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia  kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.

Hal ini kerana anggur ini mengandungi resveraterol yang merupakan phytoalexin di mana ia dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa jenis tumbuhan apa diserang pathogen seperti bakteria dan fungi.

🍇 MEMPUNYAI 20 PASANG KROMOSOM

Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom , anggur muscadin mempunyai 20 pasang lebih 1 kromosom daripada biasa yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan burung.

Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis antipenuaan khas. Malah kandungan kompaun polifenol dalam buah anggur ini adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah. Ianya menyediakan lebih banyak faedah kepada kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan bersifat antioksidan yang tinggi.

🍇TIDAK MEMERLUKAN SEMBURAN RACUN PEROSAK

Bukan itu sahaja kerana ia merupakan satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak!!

🍇MEMPUNYAI ORAC PALING TINGGI

Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham , Massachusetts pada tahun 2003, anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding BLUEBERRIES

🍇KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN

Kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins(OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.

🍇MENGANDUNGI RESVERATEROL 6X LEBIH TINGGI

Ia mempunyai kadar RESVERATROL  6x lebih tinggi dari anggur merah.

🍇ANTIKANSER & ANTIRADANG

Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – antikanser dan antiradang.

🌹 Kalau anda nak tahu, sekilo buah anggur muscadine ni mencecah ratusan ringgit. Sebab tu la Vivix ni agak mahal harganya. Walau pun harganya mahal, masih ramai yang mengamalkannya kerana kesannya terhadap tubuh badan sangat SUPERB

Vivix mampu tembusi hingga keperingkat sel DNA.
.
Badan kita, terdiri dari berbillion2 sel yang membina tissue, kemudian membina otot dan organ. Begitu juga dengan darah, terbina dari berbillion sel darah merah, sel darah putih, dan sebagainya.
.
Sel sel yang rosak dan abnormal jika tidak dirawat dan dibaiki akan menyebabkan ia merebak dan menjadi semakin teruk. Ini lah yang mengakibatkan penyakit-penyakit kronik seperti pelbagai jenis kanser, kerosakan buah pinggang, jantung dan lain lain lagi.
.
4 cara vivix bertindak dengan sel DNA
🍇Melindungi Sel
🍇Membaiki Sel
🍇Tingkatkan prestasi sel
🍇Memberikan tenaga kepada sel
.


FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Monday 26 November 2018

Alternatif rawatan masalah saraf dengan vivix shaklee

Cara atasi masalah saraf dengan berkesan tanpa pembedahan

Saraf yang sihat membolehkan anggota tubuh bekerja dengan baik, tetapi jika saraf ada masalah semua kerja tidak dapat dilaksanakan dengan mudah. Dalam anggota tubuh manusia mempunyai beribu- ribu saraf yang melengkapi antara satu sama lain.



Ikuti  cerita kawan saya ibunya telah mengalami saraf melekat . Akibat dari itu jari manis ibunya tidak dapat digerakkan dan kakinya pun tidak dapat bergerak dengan nomal.Doktor telah menyarankan membuat pembedahan untuk membetulkan saraf tersebut.

Beliau tidak mahu ibunya menjalani sebarang pembedahan dan sebaliknya beliau mengambil altenatif untuk memberikan vivix shaklee kepada ibunya.

Alhamdulillah selepas 2 minggu amalkan vivix dengan konsisten, ibu beliau sembuh dan jarinya dapat digerakkan seperti biasa.

Testimoni masalah saraf ibu sembuh dengan ikhtiar vivix dari Puan Abidatul Mu’tadillah binti Motolani.

[KESIHATAN IBU SEMAKIN MENINGKAT SELEPAS AMALKAN VIVIX SHAKLEE]
.

Pada 1 September 2016 kami sekeluarga dilanda kebimbangan apa bila mak saya tidak sihat. Mak tiba-tiba jadi lemah sebelah badan sebelah kiri. Berjalan pun seret kakinya. Hati mana yang tak risau. Macam-macam benda difikirkan.
.

Pada keesokan hari adik bawa mak jumpa doktor. Alhamdulillah tidak serius. Mula-mulanya mak ada bagi tahu jari manis sebelah kirinya tak boleh dibengkok. Ingat biasa-biasa je lah. Rupanya dia melibatkan sarafnya melekat. Bila dah jumpa doktor jadi kita tahulah kan apa sebabnya.
.

Saya yang duduk di Gopeng ni bergegas pergi branch Ipoh pergi beli sebotol Vivix. Tak fikir lain dah. Nak mak sihat. Terus hantar kat mak. Disamping itu kami hantar mak berurut 3 hari berturut -turut untuk membetulkan urat-urat yang bermasalah.
.

Alhamdulillah selepas 2 minggu mak dah nampak cergas. Muka yang sebelum ni nampak mcm turun pipinya dah kembali asal balik dan yang seronok nya mak dapat pergi berjalan-jalan ke Pulau Pinang.
.

Selepas kejadian tu saya usaha untuk bagi mak konsisten minum Vivix. Alhamdulillah hari ini jari mak dah boleh lipat sepenuhnya tanpa sebarang pembedahan dan cucuk seperti yang disarankan doktor.
.

Hari ini mak punya muka merah pink je,ceria dan cergas. Mak ni pantang sihat suka lah dia berkemas di tepi rumah sambil membelai pokok-pokok bunganya.
.

Terima kasih Vivix, terima kasih Shaklee. Alhamdulillah.



FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Sunday 25 November 2018

10 cara lindungi anak daripada rabun jauh

10 CARA LINDUNGI ANAK DARIPADA RABUN JAUH
SEPTEMBER lalu, VISTA Eye Specialist telah mengadakan program Pengawalan Miopia bagi menyedarkan ibu bapa terhadap risiko dan cara mengawal perkembangan miopia dalam kalangan anak-anak.
Ia berikutan statistik yang menganggarkan, menjelang 2050, dianggarkan 50 peratus masyarakat dunia dijangka bakal mengalami miopia atau dikenali sebagai rabun jauh.



          Miopia atau rabun jauh merupakan masalah yang disebabkan pembentukan imej di hadapan retina. Bagi mata normal, imej sesuatu objek  akan terbentuk tepat di atas retina,membuatkan imej terhasil dengan jelas.
         Dr. Vienne Tai Pih Yih, Pakar Perunding Oftalmologi di VISTA Eye Specialist yang ditemui di majlis pelancaran program tersebut menyatakan, antara punca perkwmbangan miopia ialah penggunaan gadjet berlebihan, postur yang salah ketika membaca dan kekurangan tidur.
           Selain itu, kornea mata juga boleh rosak apabila anda menggosok mata dengan kasar, membaca di dalam gelap, pemakaian cermin mata yang salah dan tidak mengambil nutrisi yang cukup.
            Bagi kanak-kanak yang telah mengalami miopia, mereka disarankan manjalani rawatan khusus untuk mengawal perkembangan rabun tersebut. Antaranya ialah dengan menggunakan ubat titis mata Atropine setiap malam sebelum tidur.
            Melalui program pengawalan miopia, ahli oftalmologi VISTA Eye specialist akan mempreskripsikan kanta kaca mata kawalan rabun jauh atau kanta lekap Ortho-K yang dipercayai dapat melewatkan perkembangan miopia sehingga 40peratus.
             Dr. Tai turut menyarankan kanak-kanak untuk beraktiviti di luar rumah bagi mendapatkan cahaya matahari. Hal ini kerana cahaya matahari dapat memberi manfaat kepada mata dan kesihatan keseluruhannya.
             Anda boleh mencuba tip-tip di bawah, walaupon tidak mampu memulihkan penglihatan seperti asal, tetapi mungkin mampu mengelakan penglihatan anak anda daripada menjadi lebih teruk.

1. Melakukan aktiviti luar
         Dalam satu kajian yang diterbitkan ResearchGate terhadap pelajar berbangsa Cina di Singapura dan Australia, 29 peratus pelajar berbangsa Cina di Singapura mengalami miopia manakala hanya 3 peratus pelajar Cina di Australia mwngalami masalah sama.
          Hal ini disebabkan pelajar-pelajar di Australia lebih kerap melakukan aktiviti luar berbanding pelajar-pelajar di Singapura. Melalui aktiviti luar, mereka terdedah kepada cahaya matahari yang merangsang pelepasan hormon Dopamin ke kawasan retina lantas mengurangkan risiko miopia.
            Dalam satu kajian klinikal di Guangzhou, 25peratus kes baru miopia dapat dikurangkan dengan menambah 45minit kepada masa yang telah dikhususkan untuk aktiviti luar setiap hari. Oleh itu, pastika  anak anda memperuntukkan masa mereka untuk bermain di luar rumah dan tidak melayari Internet sepanjang masa.

2.Hadkan penggunaan gajet
          Berdasarkan kajia  oleh Pew Research Center pada tahun 2016, Malaysia merupakan negara yang kesembilan dengan pemilikan telefon pintar tertinggi dengan 65peratus daripada golongan dewasa negara ini memiliki telefon pintar. Pemilikan telefon pintar di Malaysia mengatasi Jerman (60 peratus) dan Rusia (45peratus).
           Selain ketagihan, penggunaan gajet bagi jangka masa lama boleh menyebabkan Sindrom Penglihatan Komputer (CVS) yang mengakibatkan sakit kepala, sakit mata, penglihatan jarak jauh menjadi kabur dan mata menjadi kering. Oleh itu, pastikan anda memantau penggunaan gajet anak anda dengan mngehadlan penggunaan maksimum dua jam sehari.

3. MAGIS 20-20-20
          Apakah yang dimaksudkan dengan magis 20-20-20? Mudah sahaja. Setiap 20minit anak anda  melihat skrin atau membaca buku, pastikan mereka rehatkan mata selama 20saat dan alihkan pandangan kepada objek yang terletak 20 kaki jauh.
          Supaya lebih mudah, anda bokeh  memasang aplikasi Eye Care 20 20 20 dalam telefon pintar untuk mengingatkan anak anda agar berehat setiap 20minit. Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi Pomodoro yang bertindak sebagai pembahagi masa untuk rehat dan bekerja setiap 25minit.
          Aktiviti ini memberi peluang kepada otot mata untuk relaks setelah tertumpu pada objek dekat terlalu lama. Bukan itu sahaja, teknik ini juga membantu anak agar lebih fokus untuk mengulang kaji setelah mendapat rehat yang cukup. Oh ya, pastikan juga skrin komputer ataupon gajet yang digunakan bersih daripada kotoran kerena skrin yang kotor akan membebankan mata.

4.Jarak dan postur yang baik
             Postur tubuh juga memainkan peranan yang penting untuk mengelakkan miopia. Menariknya di China, ada sekolah yang memasang pengadang besi di atas meja untuk mengelakkan para pelajar membaca buku terlalu dekat.
             Postur yang paling baik semasa membaca buku atau menggunakan komputer adalah dengan menegakkan badan dan meletakkan kedudukan bahan bacaan pada paras mata. Jika perlukan sokongan, gunakan bantal yang sesuai dengan lengkungan tulang belakang.
             Jarak mata dengan skrin juga haruslah tidak kurang daripada 20 inci. Secara mudahnya, luruskan tangan ke arah skrin dan pastikan skrin gajet berada di luar capaian tangan. Lebih besar skrin gajet, lebih besar jarak mata dengan skrin.

5. Pencapaian yang baik  
             Elakkan membaca di kawasan yang malap. Kurangnya pencahayaan ketika membaca akan membuatkan pupil mata membesar dan memberi tekanan kepada mata untuk bekerja lebih keras. Situasi ini menyumbangkan kepada risiko miopia.
              Sebaliknya, dapatkan pencahayaan optimum dan lembut pada mata sama ada dengan cahaya semula jadi mahupun lampu meja yang teduh. Jika menggunakan lampu meja, pastikan ia diletakkan pada kedudukan yang iaitu atas aras mata.
             “ Sumber cahaya sebaiknya tidak dapat dilihat secara terus,” kata Paul Marantz, perunding pencahayaan di Jules Fisher & Paul Marantz Inc. di Manhattan.
             Tambahnya lagi, untuk mengelakkan terjadinya bayang semasa menulis dan membaca, letakkan lampu di sebelah kanan meja jika anak anda kidal dan di sebelah kiri meja jika sebaliknya.

6.Jangan gosok mata
             Sedar atau tidak tindakan menggosok mata mempunyai risiko yang tersendiri. Apabila mata digosok, salur darah di sekitar permukaan mata boleh pecah dan menyebabkan mata menjadi merah. Selain itu, bakteria pada tangan boleh menyebabkan jangkitan pada mata.
             Seperti organ lain, kecederaan pada kornea juga bersifat kekal. Gosokan kasar ke atas mata  juga boleh mencalarkan dan menipiskan kornea. Penipisan kornea ataupun keratokonus boleh menjejaskan penglihatan dengan mengubah imej sebenar sesuatu objek. Sebagai alternatif, gunakan kain yang dibasahkan dengan air sejuk bagi mengurangkan kegatalan.

7. Pakai cermin mata sesuai 
         Pemakaian cermin mata yang salah mungkin tidak bebahaya bagi penglihatan orang dewasa, kanak-kanak, pemilihan lensa yang salah boleh menjejaskan penglihatan mereka.
         Pemilihan lensa amat penting untuk mengelakkan miopia kanak-kanak menjadi semakin teruk. Hal ini kerana perkembangan bebola mata mereka masih berlaku sehingga mencapai usia baligh.
         Lensa yang salah akan memberi tekanan kepada mata lantas mengganggu proses tumbesaran tersebut. Akibatnya, miopia menjadi semakin teruk.

8. Tidur yang mencukupi 
          Pastikan anak anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti kerana ia mempengaruhi tumbesaran yang baik termasuklah perkembangan mata anak-anak. Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, pastikan persekitaran tempat tidur bersih dan selesa.
           Di samping itu, hentikan penggunaan gajet anak-anak sejam sebelum waktu tidur untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Hal ini kerana cahaya biru daripada gajet akan mengahalang penghasilan hormon melatonin yang berfungsi untuk memberi tidur berkualiti dengan mengatur kitaran waktu tidur mengikut jam biologi.

9. Nutrisi
            “Pernah tengok arnab pakai cermin mata? Kalau tak pernah, makan lobak jika tak mahu rabun” “kalau nak mata cantik macam arnab makan lobak”
            Ayat-ayat ini sering diucapkan ibu bapa yang ingin memastikan si anak makan sayur. Sejauh mana kebenarannya? Adakah omong kosong semata?
             Lobak merah kaya dengan beta-karoten, sejenis pigmen yang diperlukan untuk menghasilkan vitamin A. Vitamin A pula membantu menukar cahaya kepada isyarat untuk dihantar ke otak, membolehkan kita melihat walau kekurangan cahaya. Jadi, memang benar lobak merah boleh membantu meningkatkan daya penglihatan. Bahkan, sayuran lain yang mengandungi vitamin A juga boleh memberi kesan yang sama.
            Antara nutrisi lain yang penting untuk kesihatan mata ialah vitamin C, vitamin E, zink, kromium, selenium, omega-3 dan lutein serta zeaxanthin. Zat-zat ini berupaya melindungi mata daripada rabun malam, katarak dan kerosakan retina. Antara makanan yang melindungi zat-zat ini ialah jagung, kekacang, bayam beras perang dan ikan salmon.

10.Rawatan Intensif miopia 
               Akhir sekali, jika anak anda mengalami miopia yang berkembang dengan cepat, anda boleh membawa mereka untuk rawatan komprehensif khusus untuk merawat masalah ini. Doktor akan memberikan ubat titis mata atropine untuk dipakai setiap malam.
               Selain itu, anak anda akan diberikan cermin mata khusus bagi  mengawal miopia atau kanta lekap Ortho-K yang bertindak merawat dan membentuk semula kornea ketika tidur. Program selama setahun ini akan memantau perkembangan kesihatan mata dan melambatkan proses perkembangan miopia daripada menjadi semakin teruk.
               Sepanjang tempoh itu, ujian mata akan dibuat setiap kali lawatan untuk memastikan perkembangan miopia terkawal.


SARANAN PEMERIKSAAN MATA 

  • Kanak-kanak (6bulan-12bulan) - Pemeriksaan bermula pada usia enam bulan, diikuti pemeriksaan tahunan apabila usia tiga tahun ke atas.
  • Remaja (13 tahun - 18 tahun) - setiap tahun atau seperti disarankan ahli aftalmologi
  • Dewasa (18 tahun ke atas) 
  • 18-60 -setiap dua atau satu tahun seperti yang disarankan ahli oftalmologi 
  • 61 tahun ke atas - setiap tahun atau seperti yang di sarankan ahli oftalmologi



FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Saturday 24 November 2018

Rawat sembelit sebelum menular menjadi kanser usus

Sembelit punca kanser usus

Sembelit jangan dipandang remeh. Walau ia perkara biasa- biasa je. Sekiranya anda mengalami sembelit 2@3 hari tidak membuang, kena ambil inisiatif supaya pembuangan kita lancar setiap hari.


Apa itu sembelit?

Rasa sakit setiap kali ingin membuang air besar pasti menyeksakan sesiapa saja, malah menyebabkan pelbagai implikasi. Sembelit memang amat menyakitkan dan dialami orang dewasa mahupun bayi dan kanak-kanak. Bagaimanapun, cara hidup sihat dan aktif boleh membantu melegakan dan mengurangkan sakit akibat sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali seminggu dan golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih berisiko mengalami sembelit.

Najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan najis.

Sembelit menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap sakit perut.

Ia juga boleh menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan selain sukar menumpukan perhatian, mudah mengantuk, malas, kelesuan yang kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.


RISIKO PENYAKIT TERMASUK KANSER

Jika tidak diatasi dengan betul, sembelit menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai. Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan dengan sempurna dari tubuh secara cekap. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks mengalami keradangan.

Selain itu, mengalami masalah sembelit yang berpanjangan turut menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh

Cara mengatasi sembelit

1. Minum banyak air
2. Ambil makanan yang berserat
3. Amalkan gaya hidup sihat
4. Bersenam
5. Ambil suplemen bagi memenuhi nutrien harian tubuh dan juga bagi melancarkan pembuangan setiap hari.

Cadangan suplemen dari shaklee herba lax, ostematrix dan alfalfa


Herblax
Ekstrak herba yang bertindak sebagai laksatif (julap) semulajadi, meransang pembuangan dengan lebih lancar, agen detoks berkuasa yang mencuci kerak-kerak usus dan toksin dalam usus.


Ostematrix
Ostematrix adalah supplement yg mengandungi Calcium, Magnesium & Vitamin D.
Antara fungsi Magnesium:
– mampu menormalkan ketegangan pada dinding kolon.
– bertindak melonggarkan otot di dalam usus.
– jugak membantu mengekalkan air dalam usus.
– membantu najis menjadi lembut.
– menggalakkan pergerakan usus lebih lancar.
Alfalfa
Mengandungi Banyak Serat
Bertindak Sebagai Detox
Membantu Masalah penghadaman

Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi dan ingin membuat tempahan boleh terus call/ wasap klik link wasap dibawah
http://www.wasap.my/60194961827

Setiap pembelian vitamin dari kami,  anda layak free consultant dan kami akan guide anda cara makan yang betul.

Kami juga menyediakan perkhidmatan cod ke kawasan yang berhampiran hospital Teluk Intan, Anson Bay , Pekan Teluk Intan,  Hutan Melintang, dan Sabak Bernam.  Kami juga akan cod hingga ke pintu rumah anda .

Bagi anda yang jauh dari kami, kami juga menyediakan perkhidmatan pos laju, gdex dan ssbagainya keseluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.


FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Friday 23 November 2018

Kelebihan membaca surah al lkahfi pada hari Jumaat

Buat ingatan diri sendiri dan juga sahabat alam maya. Saya simpan kelebihan membaca ayat 1-10  dan 100-110 surah alkahfi setiap hari Jumaat. Sebaiknya membaca surah. Al kahfi bermula selepas waktu asar hari Khamis sehingga selepas waktu maghrib hari Jumaat. Jadi marilah kita sama-sama amalkan surah ini supaya terpelihara dari fitnah dajjal.




Salah satu tanda akan berlaku kiamatnya dunia adalah turunnya seorang makhluk yang disebut Dajjal yang akan bermaharajalela di dunia sebelum kiamat dunia. Ketibaan Dajjal adalah satu daripada tanda-tanda dunia akan kiamat. Fitnah Dajjal disebut oleh Nabi S.A.W sebagai fitnah yang terbesar akan menimpa manusia.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda (yang bermaksud) : “Sejak penciptaan Adam sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)





Antara Manfaat Mengamalkan Surah Al-Kahfi:

1. Terhindar dari Fitnah Dajjal
Nabi Muhammad bersabda bahawa sesiapa yang rajin membaca surah ini pada hari Jumaat akan terhindar dari fitnah dajjal. Dajjal merupakan salah satu tanda-tanda kiamat. Fitnah dajjal sangat kejam dan mampu membawa kepada kesesatan dan seksa neraka Jahanam.

“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapat zaman dajjal) hendaknya Ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.” (HR Muslim)
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR Muslim)

2. Memperoleh Pengampunan Dosa Diantara Dua Jumaat
Jaminan setiap dosa akan diampunkan, bermula pada hari Jumaat surah Alkahfi dibaca sehingga pada hari Jumaat yang berikutnya.

“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)

3. Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Kaabah
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul’Atiq (Kaabah).”
(Sunan Ad-Darimi, no. 3273)

4.Dipelihara Daripada Gangguan Syaitan
Salah satu usaha mendekatkan diri pada Allah SWT adalah dengan membaca dan mengamalkan Al Qur’an dan membaca surat Al Kahfi termasuk di dalamnya. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal, menyatakan bahawa sebuah rumah yang selalu dibacakan surat Al-Khafi dan surat Al-Baqarah maka rumah itu tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam tersebut.

Tip Mudah Habiskan Bacaan Surah Al-Kahfi:
Surah Al Kahfi ini agak panjang dan agak memerlukan masa untuk dihabiskan secara berterusan.Pasti rasa agak ‘berat’ untuk membaca surah sebanyak 110 ayat ini. Rasa seperti tak mampu nak habiskan baca sekali gus.

Antara tip & cara mudah untuk lengkapkan bacaan Surah Al Kahfi ini adalah dengan membahagikan 110 ayat surah Al Kahfi ini kepada beberapa sesi. Satu sesi hanya perlu membaca 20-30 ayat sahaja. Kalau mulakan selepas Asar hari Khamis, bacaan dapat dilengkapkan sebelum Asar hari Jumaat. Jadi setiap sesi hanya memerlukan masa yang singkat. Mudah bukan?

Selamat Mengamalkannya dan  turut menyampaikannya kepada orang lain.


FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Thursday 22 November 2018

Rahsia kulit kembali cerah dan tiada lagi masalah peluh berbau

Rahsia kulit cerah dan tiada lagi masalah peluh berbau.

Kalau dulu kulit sangat gelap, muka kelihatan pucat dan kaki berpeluh dan berbau busu. Selalu menjauhkan diri dari dari kawan- kawan takut kawan- kawan merasa rimas. Alhamdulillah kini semuanya tiada lagi

Baca perkongsian umie dan pengakuan dirinya mengenai masalah ini.

Assalamualaikum.......

Umie nak share testimoni sendiri perbezaan sebelum dan selepas consume Shaklee. Untuk pengetahuan semua gambar sebelum tu waktu umie langsung tak makan apa2 suplemen. Make up pun tak hihihi... Kulit umie dulu sangat kusam, pucat,kelam ( erti kata lain gelap) dan eye bag boleh tahan gelapnya...

Selain tu umie jugak kerap kena pecah-pecah kat lidah. Pedih pulak tu. Kaki pulak kerap sangat berpeluh yang jenis berbau. Memang merimaskan uhuhu.... Risau pun ada takut kawan-kawan rimas bau busuk kakiku.

Umie mula consume Shaklee bermula dengan set lengkap Pantang dan penyusuan. Bermula dengan itu sedikit demi sedikit umie mula dapat effect. Kulit umie makin cerah dan tak kusam walaupun umie tak makeup langsung. Dan umie pun dah boleh perlahan-lahan kurang bermakeup. Sampaikan kawan-kawan tanya apa rahsia kulit makin cerah 😂😂😂.



Dan guess what lidah umi dah takde pecah-pecah lagi. Kaki dah tak berpeluh melampau macam dulu lagi 😍😍.

Ini lah Shakleeeffect umie. Skang umie consume ESP, Vitamin C, B Complex,, Vita Lea,Omega Guard, Vivix dan Alfalfa.

Feel free to share 😊


FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Wednesday 21 November 2018

Makanan dan vitamin bertenaga bagi ibu hamil yang alahan teruk

Set hamil shaklee

Apakah set hamil shaklee?

Set hamil antaranya:

Esp, vitalea, vit c, gla complex,B complex dan ostematrix


Set hamil shaklee boleh terus diambil oleh ibu hamil sebaik sahaja mereka menetahui dirinya telah hamil. Set hamil ini membantu ibu- ibu hamil dari mengalami alahan yang teruk, membantu memberi tenaga, membekalkan nutrien yang cukup bagi ibu dan juga bayi, mengelakkan kecacatan bayi, membekalkan kalsium kepada ibu dan bayi dan untuk perkembamgan otak bayi. Set ini juga mampu mengawal GDM ketika ibu hamil.

Kebaikan set ibu hamil shaklee

VITA-LEA IRON FORMULA




Vitalea  memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama sebagai pelengkap nutrisi bagi ibu hamil dan bayi.

OMEGA GUARD SHAKLEE


Membekalkan spectrum luas asid lemak penting mega 3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.

Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin serta membantu perkembangan memori. DHA adalah nutrein utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan.

B COMPLEX SHAKLEE





Membantu tunbesaran  yang sihat dan dan normal bagi bayi dan kanak- kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel- sel baru serta mengurangkan kecacatan  otak dan tulang belakang.

SUSTAINED RELEASE VITA C 500mg


Vitamin C semulajadi merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, rangka dan tulang rawan.

ENERGIZING SOY PROTEIN



Minuman berasaskan Non GMO soya yang menyediakan 9 asid amino dan diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Membantu mengawal tekanan gula dalam darah, membantu tumbesaran bayi dalam kandungan serta membekalkan tenaga bagi ibu hamil.

OSTEMATRIX


Ostematrix shaklee bukan sekadar pil kalsium malah ia kaya dengan mganesium, fosforus dan vitamin D,zink kuprum, manganes dan boron.

Membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat, meribgankan stress serta membantu kekejangan ( simpul biawak) bagi ibu hamil.

Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi dan ingin membuat tempahan boleh terus call/ wasap klik link wasap dibawah
http://www.wasap.my/60194961827

Setiap pembelian vitamin dari kami,  anda layak free consultant dan kami akan guide anda cara makan yang betul.

Kami juga menyediakan perkhidmatan cod ke kawasan yang berhampiran hospital Teluk Intan, Anson Bay , Pekan Teluk Intan,  Hutan Melintang, dan Sabak Bernam.  Kami juga akan cod hingga ke pintu rumah anda .

Bagi anda yang jauh dari kami, kami juga menyediakan perkhidmatan pos laju, gdex dan ssbagainya keseluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.

FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Tuesday 20 November 2018

Biodata Rasulullah SAW

Sempena sambutan Maulidur Rasul, saya ingin abadikan bioadata Rasullah saw disini sebagai ingatan khasnya untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang ingin membacanya.



💖BIODATA RASULULLAH S.A.W💖

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim.

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agung

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

Aku melihat cahaya dari lidahnya.

Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.

Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

Wajahnya seperti bulan purnama.

Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.

Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.

Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.

Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

Janggutnya penuh dan tebal menawan.

Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

Rambutnya sedikit ikal.

Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.

Rambutnya terbelah di tengah.

Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.

Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.

Seimbang antara kedua bahunya.

Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.

Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.

Warna putihnya lebih banyak.

Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

Warna kulitnya putih tapi sihat.

Kulitnya putih lagi bercahaya.

Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

Badannya tidak gemuk dan tidak kurus.

Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.

Perutnya tidak buncit.

Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Monday 19 November 2018

Kelebihan serum muka Youth Activing Serum

Keistimewaan Krim muka serum /Youth Activiting Serum

Youth Activiting Serum mengandungi  10 kali ganda kepekatan untuk mempercepatkan pembaharuan sel kulit.

Ia memperbaharui pada kadar optimum dan menghasilkan semua kolagen dan elastin yang anda perlukan untuk kulit yang lembut ,gebu serta berseri.

Tetapi dengan meningkatnya usia kita, keserian itu akan hilang. Pembaharuan sel kita akan menjadi perlahan, kolagen dan elastin yang dihasilkan akan berkurangan.

Bahan utama dalam Youth Activiting Serum.

Apple Stem.Cell Extract

Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut serta lebih lama.

Lotus Japonicus

Lotus Japonicus mengaktifkan protein Youth yang penting untuk penjagaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schinsandra Chinensis Fruit Extract yang memberikan lebih banyak nutrein dan tenag kepada kulit secara berstruktur.

Serta mengandungi Vitamin A berkapsul dalam bentuk retinol dan asid retenoid terbukti melawan kedutan dan memerangi tanda- tanda penuaan.

Cara menggunakan Youth Activiting Serum

1. Putarkan pam

2. Tekan satu pam ke atas jari. Kemudian sapukan secara lembut ke kulit wajah anda.

3. Gunakan 2 kali sehari selepas sapu -Perfecting Skin Toner.

Memang best pakai Youth Activiting Serum ini. Kulit wajah akan kelihatan lebih anjal, sihat, berseri lebih muda dari usia anda.

Rasailah sendiri kesan Youth Activing serum dari Shaklee. Rangkaian penjagaan kulit yang akan meremajakan kulit anda.

Untuk mengetahui dengan lebih detail lagi, anda boleh klik terus link wasap saya
http://www.wasap.my/60194961827

Setiap pembelian vitamin dari kami,  anda layak free consultant dan kami akan guide anda cara makan yang betul.

Kami juga menyediakan perkhidmatan cod ke kawasan yang berhampiran hospital Teluk Intan, Anson Bay , Pekan Teluk Intan,  Hutan Melintang, dan Sabak Bernam.  Kami juga akan cod hingga ke pintu rumah anda .

Bagi anda yang jauh dari kami, kami juga menyediakan perkhidmatan pos laju, gdex dan ssbagainya keseluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.

FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Sunday 18 November 2018

KEHAMILAN ANGGUR


KEHAMILAN ANGGUR


         Tidak semua kehamilan berjaya seperti yang diidamkan. Kadangkala kegagalan bermula dari awal percantuman benih lelaki dan wanita lagi.Antaranya ialah kehamilan molar atau dikenali juga sebagai kehamilan anggur. Kehamilan molar adalah kehamilan yang tidak berjaya atau gagal, yang mana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang.


         Dalam kehamilan biasa, plasenta memberikan khasiat kepada bayi yang sedang membangun dan sedang membuang bahan buangan. Plasenta terdiri daripada berjuta-juta sel dikenali sebagai sel trofoblastik. Dalam kehamilan molar, sel-sel ini bertindak tidak normal sebaik saja telur disenyawakan oleh sperma mengakibatkan jisim sel-sel yang tidak normal tumbuh seperti pundi berisi cecair (sista) dengan kemunculan anggur jernih.

          Sel-sel ini berkembang pesat dalam rahim daripada berkembang menjadi bayi. Pengalaman pahit akibat kehamilan molar lebih traumatik bagi pasangan bukan saja wanita kehilangan kandungannya, malah kandungan itu mesti di cuci dan ia memerlukan rawatan susulan yang lebih teliti serta berpanjangan.

          Kehamilan molar disebabkan ketidakseimbangan genetik (kromosom) ketika hamil. Ini biasa berlaku apabila telur yang tidak mengandungi maklumat genetik disenyawakan oleh sperma menyebabkan kehamilan molar lengkap atau apabila telur biasa disenyawakan oleh dua sperma dikenali sebagai kehamilan molar separa.

          Dalam kehamilan molar lengkap, embrio tidak berkembang sama sekali. Dalam kehamilan molar separa, janin boleh berkembang tetapi biasanya tidak menghasilkan perkembangan bayi dengan sempurna disebabkan oleh ketidakseimbangan di antara kromoson lelaki dan kromosom perempuan.


SIMPTOM

Kehamilan molar mungkin bermula sama dengan kehamilan biasa seperti masalh mual pada waktu pagi, tetapi mungkin dialami lebih ekstrem. Apabila usia kandungan bertambah, tanda/kesan lanjut yang boleh dialami atau menjadi ketara seperti:

  • Masalah sukar bernafas
  • Pendarahan atau kehilangan cecair coklat merah dari faraj
  • Tekanan darah tinggi ( pre-eklampsia ) 
  • Muntah-muntah berlebihan atau mungkin lebih teruk dibandingkan dengan masalah kehamilan normal 
  • Hipertiroidlisme (fungsi kalenjar tiroid menjadi hiperaktif) 
JENIS -JENIS KEHAMILAN ANGGUR

Ada dua jenis kehamilan anggur:

1. Kehamilan anggur lengkap (complete hydatidiform mole): Jika ovum itu kosong i.e tidak mempunyai salinan kromosom, 2 sperma yang membawa 2 salinan kromosom bapa bercantum dan akibatnya ialah kehamilan anggur yang lengkap. dalam kes ini , tidak ada embrio, kantung amnion, atau mana-mana tisu plasenta yang normal. Sebaliknya, plasenta membentuk massa sista yang kelihatan seperti satu kelompok anggur. Jenis ini lebih  merbahaya dan berisiko tinggi untuk merebak ke organ badan yang lain seperti barah.


molar pregnancy 5

2. Kehamilan molar paling separa (partial mole): telur disenyawakan mempunyai set biasa kromosom daripada ibu (23) dan dua set daripada bapa (46) , jadi terdapat 69 kromosom dan bukannya 46 biasa. (Ini boleh berlaku apabila kromosom daripada sperma yang disalin atau apabila dua sperma mensenyawakan telur yang sama. Jenis kelainan ini, ada beberapa tisu plasenta biasa dan sebahagian embrio di kalangan kelompok tisu yang tidak normal. Jenis ini kurang merbahaya.


 MEREKA YANG BERISIKO

       Lazimnya, umur adalah faktor berisiko kehamilan molar. Kehamilan molar lengkap adalah lebih biasa dalam kalangan wanita remaja dan wanita berusia lebih 45tahun.
       Sebaliknya umur tiada kesan atau cuma sedikit berisiko terhadap risiko kehamilan molar separa. Seorang wanita yang pernah mengalami kehamilan molar juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk  ia berulang berbanding mereka tang tidak pernah mengalaminya.
        Bagaimanapun, peluang anda untuk mempunyai risiko berulang adalah sekitar satu hingga dua dalam 100 berbanding 600 bagi wanita yang tidak pernah mempunyai kehamilan molar.
         Jika anda mempunyai dua atau lebih kehamilan molar, risiko anda melaluinya lagi adalah sekitar 15 hingga 20 di dalam 100. Etnik Asia adalah dikesan lebih banyak kehamilan molar berbanding etnik lain.

RAWATAN

Kehamilan molar biasanya perlu dibuang menerusi pembedahan. Ini dilakukan dengan pemindahan sedutan (suction & curettage) oleh pakar sakit puan.
        Ia sama dengan proses rahim dicuci atau D&C dan prosedur ini memerlukan pembisuan penuh. Pendarahan berlebihan boleh berlaku sewaktu prosedur ini dilakukan, kadangkala ia memerlukan pendermaan darah.
         Bergantung pada keadaan fizikalnya, pesakit kebiasaannya dibenarkan pulang dalam masa satu atau dua hari selepas diberi nasihat tertentu.
         Dalam beberapa kes, kehamilan molar boleh dirawat dengan membuang rahim (histerektomi), tetapi ini biasanya hanya jika anda tidak lagi mahu mempunyai anak.
          Rawatan susulan adalah perkara penting yang perlu difahami dan dipatuhi oleh pasangan. Ia bertujuan memastikan kehamilan molar sembuh sepenuhnya sebelum memulakan kehamilan baharu dan ia tidak bertukar menjadi kanser. Kanser yang dimaksudkan adalah choriocarcinoma.
          Choriocarcinoma adalah malignan yang dikesan pada plasenta. Ia berkait rapat dengan ketumbuhan yang terhasil daripada proses kehamilan yang tidak normal membabitkan uri atau plasenta.
          Bagaimanapun, risiko kanser ini adalah rendah bagi kedua-dua jenis kehamilan molar ini. Walaupun ia bukan kanser, anda mungkin tetap menjalani rawatan kemotrapi bagi memusnahkan sel-sel molar ini unruk beberapa pusingan sehingga aras hormon kembali normal dan peluang pulih sepenuhnya adalah lebih positif.


FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Saturday 17 November 2018

Cara menurunkan berat badan dengan semulajadi

Sukar turunkan berat badan? Berat badan tetap tidak turun walau sudah ambil ubat kurus? Sudah berdiet tetapi masih juga belum turun berat badan.

Tips cara turunkan berat badan
1. Makan makanan yang kaya dengan serat
2. Banyakkan makan buah dan sayur dati karbohidrat
3. Amalkan gaya hidup sihat dan bersenam 3 kali seminggu
4. Kurangkan ambil fastfood dan junkfood
5. Banyakkan minum air kodong sekurabgnya 2 liter sehari
6. Ambil suplement untuk top up kekurangan nutrien dalam badan.

Disini saya cadangkan anda mengambil suplement set asas kurus iaitu lecithin,herba lax dan alfalfa shaklee
Lecithin : Memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan. Ini yang bestnya, bila makan je, mana-mana lemak yang tidak diingini akan dibuang oleh lecithin ni.
Alfalfa : Khasiatnya yang membantu melawaskan pembuangan dan mengangkut keluar lelemak yg dipecahkan oleh lecithin. Yang best nya, alfalfa ni menghilangkan keputihan dan merapatkan miss V juga mengelakkan ‘kering’ ketika bersama.
Herblax : Agen pencuci usus. Mana-mana saki baki bahan yang tidak diingini pada usus akan dibersihkan. Bukan tu saja, herb-lax ni sangat best sebab boleh mengempiskan perut yg buncit dan membuang lemak2 degil yg tersimpan berkurun lamanya dalam badan kita.

Pengalaman seorang sahabat yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan setelah bersalin anak ketiga.
BERAT BADAN BERKURANGAN DAN MAINTAIN DENGAN SET KURUS ASAS SHAKLEE

Assalamualaikum W.B.T. Saya Nurazren bt Muhamed, berusia 33 tahun dan berasal dari negeri Cik Siti wan kembang. Saya bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di Kota Damansara, Selangor. Saya amat cintakan kerjaya saya. .

 Disini saya ingin berkongsi cerita tentang bagaimana saya nekad berikhtiar untuk mendapat berat idaman walaupun telah memiliki 4 org cahaya mata. Pada zaman anak dara, berat badan saya hanya 47kg sahaja.

Setelah berkahwin dan melahirkan anak yang pertama dan kedua, berat semakin bertambah kpd 54 Kg. Saya masih tidak endah tentang berat tu sebab ketinggian saya tidak menampakkan susuk badan saya berisi walaupun berat sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Saya mmg seorang yang suka mkn. Asal lalu depan mata apa-apa yang sedap, memang saya akan beli. Saya memang layan nafsu makan tu tanpa alasan. .

 Masa mengandungkan anak ketiga, berat saya dah mencecah 64 Kg selepas bersalin. Walaupun peha dah memberi signal (bergesel antara 1 sama lain), namun, ianya tetap tak mempengaruhi amalan 'makan sedap' saya sehinggalah saya mengandungkan anak yang keempat, pada tahun 2016 yang lalu. Jumlah kenaikan berat saya selama mengandung 9 bulan ialah 21 Kg. Setiap kali jumpa nurse semasa check up, confirm mereka akan tulis berat gunakan  pen merah. .

 Setelah bersalin, berat saya 71 Kg. Masa tu, saya dah mula risau sebab ramai juga yang menegur dengan mengatakan saya agak berisi walaupun dah bersalin. Dengan itu, lepas tempoh berpantang, saya terus beli Set Kurus Asas iaitu Lecithin, Alfalfa dan Herblax.

Saya nekad untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat dgn Shaklee. Alhamdulillah, setelah konsisten dalam masa kurang dr 4 bulan selepas berpantang 60 hari, saya telah dapat menurunkan berat badan sebanyak 7 Kg. Saya kawal makan dan lakukan senaman ringan juga. Sangat membanggakan. Saya sangat gembira. Saya kongsi cerita saya dengan beberapa orang rakan dan mereka turut terinspirasi untuk menurunkan berat badan mereka. .

 Sekarang, berat badan saya yang terkini ialah 63 Kg. Saya masih konsisten amalkan 3 vitamin yang telah saya sebutkan tadi. Saya lakukan senaman zumba sekali seminggu demi mengekalkan berat badan yang saya impikan. Paling best, byk baju-baju lama saya yang dulu disimpan rapi, telah dapat disarungkn semula ke badan saya. Syukur sangat. Saya masih berusaha utk turunkn berat saya sebanyak 2 Kg lagi. Doakan saya ye.

Inilah #shakleeEffect saya. Siapa-siapa yang punyai masalah seperti saya, jom amalkan apa yang telah saya lakukan. Sama=sama kita upgrade kesihatan kerana nilai sihat amatlah mahal.



Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi dan ingin membuat tempahan boleh terus call/ wasap klik link wasap dibawah
http://www.wasap.my/60194961827

Setiap pembelian vitamin dari kami,  anda layak free consultant dan kami akan guide anda cara makan yang betul.

Kami juga menyediakan perkhidmatan cod ke kawasan yang berhampiran hospital Teluk Intan, Anson Bay , Pekan Teluk Intan,  Hutan Melintang, dan Sabak Bernam.  Kami juga akan cod hingga ke pintu rumah anda .

Bagi anda yang jauh dari kami, kami juga menyediakan perkhidmatan pos laju, gdex dan ssbagainya keseluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.

FB: Saadiah Arbain
ID: 1174411
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-4961827

Friday 16 November 2018

Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelas Tahun 5 dan 6 Srar Taqiuddin


Jamuan akhir tahun murid Tahun 5 dan 6 SRAR Taqiuddin

Alhamdulillah sampai juga hajat anak murid ingin buat jamuan akhir tahun mereka. Walaupun gurunya terlalu sibuk dengan tugasan. Kami ambil kata sepakat buat majlis ala kadar. Mereka inginkan suasana luar waktu sekolah.

Kami pun ambil kata putus malam ini iaitu Jumaat malam Sabtu. Kami tempah kedai makan Aziah Tomyam sebagai lokasi jamuan akhir tahun Srar Taqiuddin.

Mereka nampak gembira dan ceria sekali. Inilah wajah anak- anak kampung. Mereka semua bukan dari keluarga yang berada. Tetapi itu bukan halangan bagi mereka menikmati keseronokan bersama rakan sebaya. Mencipta kenangan dialam kanak- kanak.



Menu yang mereka minta hanya ingin makan chicken chop. Saya offer lagi nak makan apa order saja. Mereka kata “ustazah kami dah kenyang, dah tak larat nak makan lagi” Subhanallah betul ke mereka sudah kenyang? atau malu dengan gurunya. 🤔


Ini anak murid saya yang rajin menolong kawan- kawannya disekolah. Ada sifat kepimpinan dan tanggungwab terhadap kawan- kawan dan adik- adiknya. Siap tapau  chicken chop untuk adik-adiknya dirumah. Dia menggunakan duit yang dikumpulnya sendiri.  Dia juga mahu adiknya merasa chicken chop yang dia makan dikedai tadi. 😭

Pesanan buat Murid Tahun 6 2018. “Apabila kalian keluar dari Srar Taqiuddin teruskanlah amalkan apa yang telah kalian pelajari. Jangan tinggalkan solat dan membaca alquran walau dimana kalian berada. Hormati ibubapa dan guru, jagalah auratmu dan jagalah budi pekerti mu.”

Sedih dan  sebak didada, 😭 kalian akan melangkah alam remaja diluar sana. Dan banyak lagi yang perlu kalian pelajari. Ustazah doakan” semoga kalian semua menjadi anak soleh dan solehah serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT selalu hendaknya” aamiin

Berakhir sudah majlis jamuan akhir tahun bagi murid Tahun 5 dan 6 Srar Taqiuddin 2018.
Maafkan ustazah kerana terpaksa simpan foto kalian didalam ini sebagai kenangan.

Salam sayang
Ustazah Saadiah
G.B Srar Taqiuddin

FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Thursday 15 November 2018

Kebaikan DTX Complex

DTX COMPLEX

DTX complex berfungsi sebagai detok untuk hati.  Hati juga perlu detok kerana ia adalah tempat terkumpulnya toksin. Seumur hidup, kita makan makanan yang mengandungi toksin dan tidak pernah membunagnya. Ini juga salah satu  punca berbagai penyakit.


KELEBIHAN DTX COMPLEX

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama dalam DTX Complex ialah ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel hati.

DTX complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan- bahan yang digabungkan secara unik dan sainstifik. Ekstrak daripada Shizandra dan cendewan Reshi ( herba yang kaya anti oksida) dan ekstrak daripada dandelian, kunyit dan articok ( herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)



APAKAH FUNGSI

1. Rembesan Hempedu
Cecair rembesan hempedu ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak. Ia memecahkan kepada lapisan yang lebih kecil( small globule) Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak: A,D.,E, F,K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A.

2. Bertindak Sebagai Detoksifikasi
Metabolisme protein dan penapisan bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasilan oleh hati. Hati mengawal metabolismse protin. Untuk detoksifikasikan amonia, hati juga menggabungkan bahan- bahan toksid termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan- bahan lain yang kurang toksik. Bahan- bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

3. Mengawal Paras Gula Dalam Darah.
Dengan menukarkan tiroksima- hormon tiriod ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewunudkan GTF( faktor toleransi glukosa)dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras fula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian dirukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.

4. Penting Dalam Metabolisme Lemak
Penting dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iairu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospholipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Dimana mkanana berlebihan akan ditukarkan kepada lemak didalam hati, yang kemudian diangkat ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Apakah bahan utama dalam DTX Complex Shaklee

Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel ( Milk thistle seed)
Prose ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin-kaya dengan bahan antioksida. Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.
Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alcohol.
Membantu mencegah dan merawat masalah batu bakang.
Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema.

Dandelion
Membantu fungsi hati, sangat berguna kepada berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jondis.
Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu;  membantu mencegah batu karang.
Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit.
Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi - melawan anemia.
Melawan tumor dan kanser.
Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembangan dan lebihan air.

Reishi mushrooms (Ling zhi)
Membina imun - membantu dalam mencegah atau merawat kanser.
Mengurangkan maslaah bronkitis, sinusitis,.
Merawat sindrom keletihan yang kronik
Membantu mencegah penyakit jantung

Articok (Artichoke) 
Membina semula sel-sel hati
Merangsang pengaliran hempedu

Kunyit (Turmeric)
Mengandungi curcumin : bahan anti- oksida
Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

Schizandra
 Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
Ia juga barkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin

Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi dan ingin membuat tempahan boleh terus call/ wasap klik link wasap dibawah
http://www.wasap.my/60194961827

Setiap pembelian vitamin dari kami,  anda layak free consultant dan kami akan guide anda cara makan yang betul.

Kami juga menyediakan perkhidmatan cod ke kawasan yang berhampiran hospital Teluk Intan, Anson Bay , Pekan Teluk Intan,  Hutan Melintang, dan Sabak Bernam.  Kami juga akan cod hingga ke pintu rumah anda .

Bagi anda yang jauh dari kami, kami juga menyediakan perkhidmatan pos laju, gdex dan ssbagainya keseluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.

FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827