Saturday 1 December 2018

cara menguruskan masa dengan baik

Adakah Anda Telah Mengurus Masa dengan baik ?
Ramai pelajar yang bertanyakan cara untuk mengurus masa dengan baik. Mereka menjadi panim apabila waktu peperiksaan semakin hampir. Mereka seolah-olah kehilangan punca bagaimana untuk menyusun masa yang terbaik untuk mereka.

Seelum anda mengetahui tentang kemahiran pengurusan masa yang ada dalam diri, anda perlu bertanya beberapa soalan ini. Pertama, adakah anda rasa bahawa anda telah bekerja kuat tetapi pada masa yang sama, anda rasa usaha itu tidak berhasil? Kedua, adakah anda rasa anda tertekan dengan kesuntukan masa? Ketiga, adakah anda rasa hilang arah atau anda tidak tahu hendap buat apa? 
          Jika jawapan anda banyak "ya" , ini bermakna pengurusan masa anda belum berada pada tahap yang berkesan. Untuk itu, di bawah ini di berikan beberapa tip untuk menguruskan masa anda dengan berkesan.

1. Gunakan Segala Alat Yang Ada
Anda perlu mempunyai beberapa alat seperti JWA (Jadual Waktu Aktiviti), LM(Log Masa) dan CST (Catatan Senarai Tugasan). Selain daripada itu, jika anda menggunakan program e-mail seperri g-mail, yahoo, webmail, dan seumpamanya, anda boleh menggunakan organiser yang ada dalam program tersebut untuk membantu anda mencatat dan merekod senarai aktiviti anda. Gunakan kemudahan dan alat-alat ini untuk membantu anda mengesan dan mengurus masa anda dengan cekap serta berkesan.

2. Elakkan Daripada Terlalu Banyak Bersembang
      Dewasa ini, ramai pelajar yang mempunyai akaun atau alamat e-mel. Ramai dalam kalangan anda sedang mengakses laman sesawang akan diganggu dengan kehadiran e-mel atau ajakan pengguna lain yang mahu bersembang.
      Untuk memastikan tiada gangguan, pastikan bahawa komputer anda tidak disambunh ke talian internet. Jika anda terpaksa juga menggukan internet untuk melayari laman-laman diperlukan untuk tujuan pendidikan, pastikan anda mematikan sistem peringatan emel atau chat dalam komputer anda.
        Periksa inbox anda sehari sekali dan jangan terlalu leka membaca semua emel yang tidak penting. Uruskan sistem fail yang baik untuk menyimpan emel yang diperlukan dan buang emel yang tidak penting. Gunakan kaedah baca, balas dan tekan kekunci next, kemudian terus tutup. Teruskan membuat tugasan anda.

3. Catatan Masa Yang Sering Anda Abaikan
        Ada ketikanya anda terlalu sibuk dengan tugasan sehingga anda tidak ada masa untuk melakukan kerja-kerja lain. Adakah kesibukan anda itu disebabkan oleh anda memang sibuk membuat kerja atau tugasan yang diberi?
          Atau adakah anda sibuk tetapi sebenarnya tiada kerja yang anda selesaikan? adakah anda hanya membuang masa dengan kesibukan yang anda cipta sendiri? Jadi, anda perlu kenal pasti manakah masa yang terbuang kerana melakukan kerja yang tidak mendatangkan hasil dan masa yang telah digunakan untuk kerja-kerja yang berfaedah.
             Dengan menggunakan catatan, anda akan dapat mengetahui masa yang manakah telah dibuang dengan sia-sia dan masa manakah yang telah anda gunakan secara optimum.

4. Tentukan Matlamat Pemggunaan Masa Anda 
          Anda hanya mempunyai 24jam sehari. Tugas anda bukan untuk menambah masa tetapi perlu menggunakan masa dengan berkesan. Ingat, anda tidak akan dapat mengubah masa, tetapi anda boleh mengubah tingkah laku dan aktiviti anda agar sesuai dengan peruntukan masa yang ada.
           Jika anda telah membuat JWA(Jadual Waktu Aktiviti), anda akan memahami bagaimana masa anda telah terbuang. Di sinilah peranan anda untuk menentukan matlamat tingkah laku dan aktiviti yang perlu dibuang juga tingkah laku serta aktiviti yang perlu ditambah.

5.Rancang Aktiviti Anda
           Aktiviti anda perlu mempunyai ruang masa yang tertentu. Tidak ada kerja yang tidak ada permulaan dan penghujung. Semua kerja atau aktiviti mempunyai ruang masa tertentu. Semua aktiviti, projek, tugasan, kerja rumah, laporan dan seumpamanya memerlukan perancangan untuk dilaksanakan.
            Sediakan buku catatan untuk anda melakar perancangan terhadap tugasan yang diterima. Bila anda akan laksakan, apakah bantuan yang anda perlukan, dengan siapa anda dapatkan bantuan dan berapakah perbelanjannya. Semua ini anda perlu rancang dengan teliti agar anda mendapat panduan bagaimana untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan sempurna.












FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

No comments:

Post a Comment