Wednesday 5 December 2018

11 Makanan punca sakit kepala dan magrain

11 JENIS MAKANAN PUNCA MIGRAIN DAN SAKIT KEPALA

Anda pernah mengalami sakit kepala? Sakit kepala dan magrain sering mengganggu tugas harian anda? Jadi, anda perlu ketahui makanan pun sakit kepala dan magrain. Hari ini saya kongsikan 11 makanan punca sakit kepala dan magrain.


1. PEMANIS TIRUAN (ARTIFICIAL SWEETENER)

Kebanyakan makanan segera mengandungi pemanis tiruan yang jarang anda sedari.Pemanis tiruan atau artificial sweetener banyak digunakan sebagai alternatif bagi mereka yang mengalami diabetes atau yang ingin berhasrat menguruskan badan. Namun menurut Mayo Clinic, aspartame yang menjadi kandungan utama pemanis tiruan ini disyaki menjadi punca sakit kepala.

2. COKLAT

Ramai yang tidak menyedari bahawa coklat adalah penyebab magrain dan sakit kepala.  Wanita terutamanya suka mengambil coklat yang dianggap boleh memberi ketenangan akibat stress. Anda harus menyedari terdapat beberapa bahan dalam coklat tersebut  yang menyebabkan sakit kepala seperti kafein, tyramine, dan phenythylamine.Amerika Migraine Foundation juga menyenaraikan coklat sebagai pemicu magrain yang kedua tertinggi selepas alkohol.

Jadi, jika anda penggemar tegar coklat dan sering alami sakit kepala, mungkin anda harus cuba mengehadkan pengambilannya dalam diet harian.

3. MSG DAN PENGAWET

Monosodium glutamat atau lebih dikenali sebagai MSG adalah sejenis asid glutamik yang sering ditambah dalam hidangan sebagai penyedap makanan. Walaupun ianya selamat untuk dimakan, sesetengah penyelidik mengaitkannya sebagai pencetus migrain.

Sesetengah pengawet yang terdapat dalam makanan, terutamanya makanan segera atau makanan diproses juga boleh menjadi punca sakit kepala.

4. PISANG DAN AVOCADO

Pelik juga bila pisang dan avocado dikaitkan dengan punca migrain, sedangkan ia memiliki begitu banyak manfaat terhadap kesihatan.

Namun menurut Jennifer Kriegler dari Center for Neurological Restoration di Cleveland Clinic, kedua-dua buah ini mengandungi kadar tyramine yang tinggi.

Sekiranya tubuh seseorang kekurangan enzim monoamine oxidase (MAO) atau mengambil ubat antidepressant, ia boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lebih teruk lagi.

5. SOSEJ

Sosej dan daging-daging yang diperap lama untuk mengekalkan warna dan rasanya merupakan salah satu lagi punca sakit kepala. Makanan seperti ini dipercayai membebaskan nitrik oksida ke dalam darah, lalu menyebabkan pengembangan salur darah pada otak.

Menurut Reader’s Digest, terdapat bukti saintifik yang menyatakan bahawa nitrik oksida ini boleh menyumbang kepada migrain.



6. JERUK

Kandungan tyramine yang tinggi dan menyebabkan sakit kepala boleh terdapat dalam makanan yang melalui proses fermentasi seperti jeruk-jeruk dan kimchi.

Selain itu, keju parmesan, keju feta atau blue cheese turut mengandungi kandungan tyramine yang tinggi.

7. Makanan masin

Makanan yang ditabur banyak garam seperti kentang goreng atau kerepek boleh menjadi punca sakit kepala bagi sesetengah orang.

Garam atau sodium ini boleh menaikkan tekanan dalam darah lalu menyebabkan sakit kepala atau migrain.

"French Fries" tidak bagus untuk kesihatan

8. ROTI

Sakit kepala yang anda alami mungkin juga salah satu simptom alahan terhadap gluten. Gluten adalah produk makanan yang terhasil daripada gandum.

Selain roti, gluten juga biasanya terkandung dalam makanan lain seperti biskut, kuih atau pasta.

cara kurang masin
Foto Kredit: habitfresh.com

9. KOPI

Seperti yang kita tah, kopi mengandungi kafein yang boleh menjadi punca sakit kepala. Tapi mungkin anda terkejut kalau mengetahui bahawa kekurangan kafein juga boleh mendatangkan sakit kepala tersebut!

10. DAGING KAMBING

Orang kata kambinglah punca utama rasa pening kepala. Sebenarnya, pesakit darah tinggi yang selalu merasakannya kerana ia merupakan tindak balas daging akibat peningkatan isi padu darah apabila memakan daging kambing.

11. DURIAN

Memang ada orang yang tak boleh makan durian sebab senang kena pening kepala. Walaupun memiliki nutrisi yang berkhasiat. namun durian adalah buah yang tinggi kalori.

Kadar gula di dalamnya juga agak tinggi dan orang Malaysia memang tak cukup kalau makan seulas. Jadi, pengambilannya yang berlebihan secara tidak langsung meningkatkan kadar gula di dalam darah anda dan menyebabkan sakit kepala.



Call / wasap :019-4961827
FB: Saadiah Arbain 
IG : mamasaadiah 
Emel: saadiaharbain85@gmail.com 

No comments:

Post a Comment