Sunday 6 November 2016

Panduan jimat wang cara suri


Bahan bacaan yang akak suka baca adalah Majalah Mingguan Wanita. Semalam akak baca artikal mengenai Panduan Jimat Wang Cara Suri.



Tip ini  sangat bersesuaian dengan keadaan ekonomi negara masa kini. Akak akan kongsikan tip ini untuk sahabat fb yang membaca status ini. Semoga memberi manfaat kepada korang semua.

Ada 14 tip atau panduan yang boleh kita ikuti.

1. Menu mingguan ikut harga diskaun
Suri rumah bileh menyediakan menu mingguan mengikut harga diskaun di pasaraya.

2. Berdikari terhadap kewangan
Salah satu tanggungjawab ibubapa adalah menerima hakikat untuk melindungi keluarga terutamanya berkaitan kewangan masa hadapan.

3. Bayar lebih hutang rumah
Bayaran tambahan hutang rumah ini dpt mengurangkan bayaran penuh rumah. Cara ini  boleh membuatkan anda bayar hutang rumah drngan cepat dan jimat untuk bayar kadar bunga.

4. Pastikan stok makanan sentiasa penuh
Cara ini akan membolehkan anda masak dgn mudah,tepat dan jimat wang.

5. Berkata 'ya' pada barangan yg diberi orang
Terimalah barangan terpakai yg diberi orang kerana ia dapat memjimatkan wang anda.

6. Beli barang dengan banyak
Belilah sebanyak mana yg anda mahu semasa jualan murah.

7. Periksa semula troli barang yg dibeli
Periksa semua yg anda beli sebelum buat pembayaran. Letak semula barang yang agak tidak perlu.

8. Bayar diri anda terlebih dahulu
Bayar diri anda dgn cara melabur dalam stok saham.

9. Bawa anak ke perpustakaan yg berhampiran.
Cara ini dapat menjimatkan dari membeli buku utk anak2
10. Berbincang dengan anak mengenai kewangan.
Pendidikan kewangan peribadi boleh bermula dari rumah.

11. Beri elaun pada anak.
Cara ini membolehkan anak2 membeki barangan kesukaan mereka dan jika meteka tiada wang mereka bolehlah menunggu elaun seterusnya.

12. Beli barang selepas habis perayaan.
Beli barang selepas habis perayaan adalah cara terbaik utk mendapatkan harga yg murah.

13. Jual semula barang anak yg masih elok.
Jual semula barangan anak yg masih elok.

14. Beli insuran hayat.
Hal kecemasan boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ambillah langkah perlu bagi memastikan anda dan orang tersayang dilindungi.

Akak pun buat bisnes online untuk menambah ekonomi keluarga. Korang yang nak  join bisnes seperti akak meh roger akak k.

019-4961827


FB: Saadiah Arbain
 IG : mamasaadiah
 Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827
Cod:teluk intan,hutan melintang,bagan datoh,sg besar dan sabak bernam

No comments:

Post a Comment