Friday 10 August 2018

Cara mengatasi penyakit hypertiroid dengan selamat

Tiroid terjadi apabila kelenjer tiroid membengkak dan berbentuk seakan kupu- kupu dileher pesakit.  Namun tiroid ini tidak sakit. Sebab itu ramai mereka yang mengalami pembengkakan di leher lewat membuat rawatan.


Sekiranya penyakit tiroid ini dibiarkan tanpa rawatan, ia akan menjejaskan kesihatan pesakit dan akan membawa maut. Kalenjer tiroid berfungsi menghasilkan tenaga dan mengawal metabolisme tubuh .

Penyakit tiroid terbahagai kepada dua iaitu hypertiroid dan hypotiroid.

Tanda- tanda hypertiroid

Hypertiroid membuatkan badan penghidapnya kurus walaupun banyak makan, badan terasa panas walaupun berada di bilik yang tidak panas, kulit lembap dan berpeluh terutama tapak tangan, rambut nipis dan berkerinting, rasa gementar pada tangan dan jari tangan, jantung berdebar laju dan mudah lelah.

“Penghidapnya juga mengalami gangguan emosi seperti gugup, lekas marah, cemas, gelisah untuk tidur, cirit-birit, bola mata agak menonjol, kelopak mata turun dan haid menjadi tidak teratur,” kata Prof. Dr. Rohaizak Muhammad, Pakar Perunding Kanan dan Pembedahan Payudara dan Endokrin, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Dalam situasi kecemasan, jelas beliau, perkembangan ini boleh membawa maut.

Hipertiroid yang melampau menyebabkan tekanan darah tinggi, suhu badan meningkat, pernafasan laju, loya, muntah, kadar denyutan jantung yang laju, dehidrasi, keliru dan koma.

Katanya, hipertiroid lebih mudah dirawat dengan hanya memberikan ubat-ubatan kepada pesakit.

Namun, jika tidak dirawat boleh mendatangkan bahaya seperti mendapat lemah jantung dan ada kes pesakit meninggal dunia

Saya ingin berkongsi dengan anda semua Pengalaman dari Puan Norhasnida Mohammad Nayan yang telah menderita penyakit Hypertiroid sejak tahun 1999  . Beliau kini telah stabil dan tidak lagi bergantung dengan ubatan hospital.

.

Saya, Norhasnida Mohamad Nayan atau lebih mesra dengan panggilan Nieda. Saya disahkan menghidap penyakit tiroid atau lebih tepat lagi hyperthyroid sejak tahun 1999.
.

Banyak komplikasi akibat penyakit hyperthyroid ni terpaksa saya tanggung sampai sekarang. Penyakit tiroid ni biasanya berpunca daripada keturunan dan ia akan kekal dengan kita seumur hidup. Cuma tahap keseriusan tu je boleh berbeza-beza. Kadang-kadang boleh jadi teruk dan kadang-kadang pesakit tiroid ni akan sihat seperti biasa.
.

Bagi saya, saya alami masalah rambut yang sangat kronik dan terus botak, saya juga jadi sangat kurus akibat penurunan berat badan yang mendadak kerana ketidakstabilan hormon, muka nampak cengkung, period tak teratur dan selalu letih, bernafas sampai tercungap-cungap akibat degup jantung yang terlalu laju.
.

Pada peringkat awal dulu, saya memang tiada pilihan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat untuk tiroid dan ubat untuk stabilkan degupan jantung. Bayangkan degup jantung saya melebihi 100 beat seminit dalam keadaan saya duduk saja tanpa buat apa-apa aktiviti! Kalau keadaan ni dibiarkan, saya mungkin akan mendapat kegagalan jantung sebab jantung bekerja lebih daripada yang sepatutnya.
.

Penyakit tiroid ni banyak menjadikan hidup saya agak huru-hara tapi apa yang saya nak kata ini adalah miracle dari Allah. Syukur sangat sebab saya pun dah tak perlu lagi bergantung hidup dengan ubat.
.

Pernah suatu malam tu saya ambil ubat untuk selsema dan asthma sebab saya memang kena selsema teruk dah seminggu. 3 hari lepas kena selsema, saya batuk pulak. Bila dah batuk maka bermulalah episod nak start kena asthma. So doktor bagi pulak ubat asthma. Sebelum tu kat klinik dah kena nebulizer dah. Ini kali pertama saya kena nebublizer semula selepas lebih kurang 3 tahun saya berjaya mengelak.
.

Lepas makan ubat-ubat tu, saya terus rasa menggigil. Jantung jadi laju... Allahuakhbar!. Ini lah masalah saya yang ada penyakit tiroid (hyperthyroid) ni. Walaupun penyakit tiroid (hyperthyroid) saya dah stabil tapi penyakit ini jenis yg kekal dengan kita seumur hidup tau. Sebab tu masih banyak hal berkaitan yang perlu dijaga rapi. Penyakit ini boleh berulang bila-bila masa saja dan dia datang tanpa sebarang signal pun. Jadi ada beberapa pantang-larang yang perlu dipatuhi oleh orang yang menghidap penyakit tiroid macam saya ni sebenarnya.
.

Bila jantung jadi laju, badan gigil saya pun mulalah penat. So saya tidur awal malam tu. Pukul 5.00 pagi dah terbangun. Langsung tak boleh tidur sebab masih menggigil dan jantung masih laju. Tak selesa sungguh.
.

Saya terus ambil megadose Vivix & NutriFeron. Lebih kurang 30 minit lepas saya dah boleh rasa degup jantung saya semakin sekata & reda dan slow semula.
.

Orang yang hyperthyroid macam saya ni, sistem imun kami sangatlah tipis dan rapuh. Masa saya mula-mula kena hyperthyroid ni dulu, sakit, demam, selsema tu memang jadi rutin lah. 2 atau 3 bulan sekali mesti kena. Itu belum termasuk dengan alahan yang macam-macam tu. Alahan dengan seafood, dengan cahaya matahari lah. Saya dulu tak boleh kena cahaya matahari lebih-lebih tau. Kalau kena, confirmed lepas tu mata saya akan jadi merah yg teruk dan bengkak sampaikan saya terpaksa dapatkan rawatan khas daripada pakar mata masa tu. Kalau makan seafood pulak habis gatal sana sini. Bibir pun jadi bengkak.
.

Kalau kena gigit dengan serangga sikit pun saya boleh jadi bengkak-bengkak yang teruk sampai berminggu-minggu menanggung. Saya jadi super sensitive. Tapi semuanya berubah sekelip mata bila saya disahkan menghidap hyperthyroid. Sistem pertahanan badan saya roboh. Askar-askar yg menjaga benteng semuanya tewas.
.

Lama-lama bila saya kenal Shaklee, saya start amalkan pengambilan suplemen. Antaranya Vitamin C, B-Complex, Ostematrix, ESP & Vivix. ini antara yang paling konsisten saya ambil.
.

Selain daripada semua tu saya jugak ambil NutriFeron. NutriFeron ini lah yang bantu bangunkan benteng pertahanan badan saya danbantu kukuhkan balik sistem imun saya.
.

Saya bersyukur sangat sebab kenal Shaklee. Kalau tidak mungkin sampai ke hari ni saya bergantung hidup dengan ubat. Ubat bukanlah tak bagus, tapi kalau saya ada pilihan yang lebih semulajadi, berkesan pula tu, kenapa tidak kan?
.

Saya juga pernah terpaksa jalani 4 kali pembedahan untuk buang breast lump. Setiap 2 tahun lump tu akan berulang dan setiap kali tu lah saya terpaksa lalui pembedahan untuk buang dan ultrasound yang saya buat pada tahun 2014 menunjukkan masih banyak lagi ketulan yang berpotensi untuk menjadi lump tapi Alhamdulillah semuanya hilang.
.

Sekarang saya dah lebih sihat, bacaan TSH, T3 & T4 saya juga dah lama stabil, asthma pun dah jarang sangat menyerang, tiada lagi alahan kecuali pada habuk, kepala yang dulunya botak pun dah dipenuhi dengan rambut semula dan berat badan pun dah ideal. Tak lagi kurus kering macam dulu dan saya juga dah tak perlu keluar masuk bilik bedah untuk buang breast lump lagi.

Anda atau ahli keluarga anda ada mengalami masalah seperti diatas,  cubalah dengan set tiroid dari shaklee. Vitamin yang dijamin berkesan, selamat dan semulajadi .

Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi dan ingin membuat tempahan boleh terus call/ wasap klik link wasap dibawah
http://www.wasap.my/60194961827

Setiap pembelian vitamin dari kami,  anda layak free consultant dan kami akan guide anda cara makan yang betul.

Kami juga menyediakan perkhidmatan cod ke kawasan yang berhampiran hospital Teluk Intan, Anson Bay , Pekan Teluk Intan,  Hutan Melintang, dan Sabak Bernam.  Kami juga akan cod hingga ke pintu rumah anda .

Bagi anda yang jauh dari kami, jangan risau kami juga mebgadakan perkhidmatan pos laju , g dex dan sebagainya ke seluruh Malaysia.

FB: Saadiah Arbain
NO ID :1174411
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

1 comment: