Thursday 24 August 2017

Resepi Mee Rebus moverlous

Bahan- bahan:

Bahan A (dikisar)
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 3 ulas
Seinci halia
5 tangkai cili kering- kalau nak pedas boleh tambah lagi.

Bahan B
Sekilo kentang
1/2 kilo keledek

Bahn C
2 batang serai diketuk.
Stok udang.
Sedikit garam, gula dan minyak masak.
2 kilo mee kuning - dicelur
Tauge secukupnya - dicelur
10 ketul tahu - digoreng dan dipotong dadu
Cucur udang secukupnya. Dipotong anggaran seinci.

Bahan D ( hiasan)
Sedikit daun sup dipotong halus
Cili dipotong nipis.
Limau kasturi dibelas 2
Telur rebus secukupnya dibelah 2

Cara membuat stok udang.
Senang je. Ambil kulit udang. Dibersihkan dan direbus dalam periuk diatas api. Setelah mendidih tutup api. Tunggu sejuk sedikit baru diblender bersama air rebusan dan ditapis airnya. Asingkan air dan sisanya dibuang jangan diambil pulak sisanya ye hehehe.

Kentang dan keledek dibuang kulit. Bersihkan. Kemudian rebus sehingga empuk. Bila sudah empuk atau lembut bolehlah diblender. Air rebusan jangan dibuang boleh digunakn untuk blender kentang dan keledek tadi.

Blender semua bahan A sehingga lumat.

Ambil periuk dan panasakan atas api
Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk.
Tumiskan bahan A yang telah dikisar dan serai sehingga terbit bau.
Bila dah masak masukkan air stok udang ke dalam periuk. Biar mendidih sekejap.
Kemudian masukkan bahan B kacau rata. Biarkan kuah mendidih sambil dikacau rata.
Bila dah masak tutup api.
Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Tada siap sudah kuah mee rebus.

Sediakan mee dalam mangkuk beserta bahan hisan dan tuangkan kuah kedalamnya. Dah boleh makan.



Sila la try pasti licin semangkuk.

SID No: 1174411
FB: Saadiah Arbain
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827
Cod: Teluk Intan,  Hutan Melintang, Bagan Datuk,  Sg Besar dan Sabak Bernam.
Postage: Seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment