Saturday 26 August 2017

10 khasiat terung ungu untuk kesihatan tubuh

Terung ialah sejenis sayuran berbentuk buah.  Terung memiliki rasa dan tekstur yang unik. Terung turut memiliki khasiat yang dikatakan mampu membantu tubuh daripada masalah kesihatan secara semulajadi.
Dikenali dengan nama botaninya solanum melongena, terung juga dikelaskan sebagai buah beri mengandungi biji yang kecil dan lembut.  Bijinya boleh dimakan tetapi rasanya pahit kerana mengandungi alkaloid nikotina.

Nasunin adalah sejenis antioksidan antosianin yang terdapat di dalam semua jenis terung dan ia adalah penyumbang kepada kebaikan kesihatan tubuh. Antioksidan di dalam terung mampu menentang kerosakan radikal bebas dalam tubuh.

Nasuanin yang terdapat di dalam terung ditemui di dalam kulitnya yang berwarna ungu. Oleh itu makanlah terung tanpa membuang kulitnya.

Banyak khasiat yang terdapat, di dalam terung ini atau dikenali sebagai brinjal,  aubergine dan eggplant ini.

Antara khasiatnya:

1. Menyihatkan Jantung
Terung penuh denfan serat,  vitamin B1, B3,B6, C, K dan zat fito. Dikatakan memakan sayuran yang penuh dengan flavoid perlu untuk merendahkan risiko penyakit jantung.

2. Menentang Kanser.
Delphinidin,  sejenis polifenol dalam terung dikatakan mampu melindungi se- sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.  Ia dikatakan mampu mencegah pembentukan tumor dan menghentikan sel- sel kanser daripada merebak.

Sebatian lain seperti antosianin dan asid klorogenik memiliki antioksidan dan antikeradangan yang hebat dalam memberi kesan pada tubuh. Asid klorogenik juga boleh membersihkan enzim dalam sel- sel yang akan menggalakkan kematian sel kanser dan menghalang penyakit virus lain.

3. Merendahkan Kolesterol Jahat. 
Membakar terung pada suhu 400 darjah boleh mengeluarkan rasa dan zat yang, terkandung di dalamnya. Ia dikatakan memiliki kuasa mengurangkan jumlah kolesterol jahat dalam tubuh anda. Namun begitu menggoreng terung tidak mengeluarkan sebarang khasiar kerana ia akan menyerap lemak daripada minyak yang, digunakan untuk menggoreng.

4. Memperbaiki Fungsi Otak. 
Zat fito dalam terung dikatakan mampu meningkatkan kebolehan kognitif dan keseluruhan kesihatan mental. Melalui cara melawan radikal bebas,  bahan ini melindungi otak terhadap penyakit dan toksin. Ia juga dikatan mampu merangsang, perderan darah ke otak. Lebih banyak peredaran darah lebih tinggi jumlah oksigen ke otak sekaligus meningkatkan daya ingatan dan analitis.

5. Darah Lebih Baik. 
Bioflavonoid dan kandungan vitamin K yang tinggi mampu mencegah darah beku dan menguatkan pembuluh darah.

6. Pencernaan Terbaik. 
Berikutan dengan lemak dan kolesterol yang sedikit di dalamnya membuatkan terung sesuai diambil bagi mengekalkan kesihatan pencernaan. Serat yang terdapat di dalam terung dan menyokong penyerapan zat melalui cara menghasilkan cecair gastrik di sekeliling perut.

7. Membantu Anemia. 
Penderita masalah kekurangan besi boleh mengambil terung bagi menguranfkan simptom - simptom anemia. Ini kerana terung memiliki meniral yang diperlukan termasuklah besi dan tembaga yang, mampu membantu dalam memperbaiki kesihatan sel-sel darah merah di sekeliling laluan darah. Memakan makanan ini penting bagi membantu merangsang, tenaga dan kekuatan serta membuang rasa letih dan risau.

8. Mengawal Diabetis
Kandungan tinggi serat dan karbohidrat mudah larut dalam terung menjadikan ia sesuai dimasukkan dalam hidangan pesakit diabetis yang sentiasa memantau tahap insulin dan glukosa dalam darah.

9. Membantu Perkembangan Kehamilan.
Asid folat dalam terung dikatakan amat penting dalam melindungi perkembangan otak bayi yang sedang dalam kandungan ibu hamil.

10. Baik Untuk Tulang. 
Terung menghasilkan sejumlah tembaga, vitamin K dan juga fenolyang mampu membantu mencegah osteoporosis,  meningkatkan  keoadatan tulang dan kekuatan keseluruhan kesihatan tulang.  Ini kerana tembaga mengandungi pembentukan kolagen untuk menyambung tisu dan tulang dalam tubuh.

~ sumber Mingguan Wanita~

Id : 1174411
FB: Saadiah Arbain
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827
Cod: Teluk Intan,  Hutan Melintang,  Bagan Datok,  Sabak Bernam,  Sg Besar dan Kg Gajah.
Postage: Seluruh Malaysia.

1 comment: