Saturday, 1 December 2018

cara menguruskan masa dengan baik

Adakah Anda Telah Mengurus Masa dengan baik ?
Ramai pelajar yang bertanyakan cara untuk mengurus masa dengan baik. Mereka menjadi panim apabila waktu peperiksaan semakin hampir. Mereka seolah-olah kehilangan punca bagaimana untuk menyusun masa yang terbaik untuk mereka.

Seelum anda mengetahui tentang kemahiran pengurusan masa yang ada dalam diri, anda perlu bertanya beberapa soalan ini. Pertama, adakah anda rasa bahawa anda telah bekerja kuat tetapi pada masa yang sama, anda rasa usaha itu tidak berhasil? Kedua, adakah anda rasa anda tertekan dengan kesuntukan masa? Ketiga, adakah anda rasa hilang arah atau anda tidak tahu hendap buat apa? 
          Jika jawapan anda banyak "ya" , ini bermakna pengurusan masa anda belum berada pada tahap yang berkesan. Untuk itu, di bawah ini di berikan beberapa tip untuk menguruskan masa anda dengan berkesan.

1. Gunakan Segala Alat Yang Ada
Anda perlu mempunyai beberapa alat seperti JWA (Jadual Waktu Aktiviti), LM(Log Masa) dan CST (Catatan Senarai Tugasan). Selain daripada itu, jika anda menggunakan program e-mail seperri g-mail, yahoo, webmail, dan seumpamanya, anda boleh menggunakan organiser yang ada dalam program tersebut untuk membantu anda mencatat dan merekod senarai aktiviti anda. Gunakan kemudahan dan alat-alat ini untuk membantu anda mengesan dan mengurus masa anda dengan cekap serta berkesan.

2. Elakkan Daripada Terlalu Banyak Bersembang
      Dewasa ini, ramai pelajar yang mempunyai akaun atau alamat e-mel. Ramai dalam kalangan anda sedang mengakses laman sesawang akan diganggu dengan kehadiran e-mel atau ajakan pengguna lain yang mahu bersembang.
      Untuk memastikan tiada gangguan, pastikan bahawa komputer anda tidak disambunh ke talian internet. Jika anda terpaksa juga menggukan internet untuk melayari laman-laman diperlukan untuk tujuan pendidikan, pastikan anda mematikan sistem peringatan emel atau chat dalam komputer anda.
        Periksa inbox anda sehari sekali dan jangan terlalu leka membaca semua emel yang tidak penting. Uruskan sistem fail yang baik untuk menyimpan emel yang diperlukan dan buang emel yang tidak penting. Gunakan kaedah baca, balas dan tekan kekunci next, kemudian terus tutup. Teruskan membuat tugasan anda.

3. Catatan Masa Yang Sering Anda Abaikan
        Ada ketikanya anda terlalu sibuk dengan tugasan sehingga anda tidak ada masa untuk melakukan kerja-kerja lain. Adakah kesibukan anda itu disebabkan oleh anda memang sibuk membuat kerja atau tugasan yang diberi?
          Atau adakah anda sibuk tetapi sebenarnya tiada kerja yang anda selesaikan? adakah anda hanya membuang masa dengan kesibukan yang anda cipta sendiri? Jadi, anda perlu kenal pasti manakah masa yang terbuang kerana melakukan kerja yang tidak mendatangkan hasil dan masa yang telah digunakan untuk kerja-kerja yang berfaedah.
             Dengan menggunakan catatan, anda akan dapat mengetahui masa yang manakah telah dibuang dengan sia-sia dan masa manakah yang telah anda gunakan secara optimum.

4. Tentukan Matlamat Pemggunaan Masa Anda 
          Anda hanya mempunyai 24jam sehari. Tugas anda bukan untuk menambah masa tetapi perlu menggunakan masa dengan berkesan. Ingat, anda tidak akan dapat mengubah masa, tetapi anda boleh mengubah tingkah laku dan aktiviti anda agar sesuai dengan peruntukan masa yang ada.
           Jika anda telah membuat JWA(Jadual Waktu Aktiviti), anda akan memahami bagaimana masa anda telah terbuang. Di sinilah peranan anda untuk menentukan matlamat tingkah laku dan aktiviti yang perlu dibuang juga tingkah laku serta aktiviti yang perlu ditambah.

5.Rancang Aktiviti Anda
           Aktiviti anda perlu mempunyai ruang masa yang tertentu. Tidak ada kerja yang tidak ada permulaan dan penghujung. Semua kerja atau aktiviti mempunyai ruang masa tertentu. Semua aktiviti, projek, tugasan, kerja rumah, laporan dan seumpamanya memerlukan perancangan untuk dilaksanakan.
            Sediakan buku catatan untuk anda melakar perancangan terhadap tugasan yang diterima. Bila anda akan laksakan, apakah bantuan yang anda perlukan, dengan siapa anda dapatkan bantuan dan berapakah perbelanjannya. Semua ini anda perlu rancang dengan teliti agar anda mendapat panduan bagaimana untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan sempurna.












FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Friday, 30 November 2018

Kesihatan semakin meningkat dan tiada lagi kulit kusam dengan vitamin shaklee

LEBIH YAKIN DENGAN PENAMPILAN DAN KESIHATAN KULIT

Dalam usia 4 siri, kulit wajah sudah mula timbul masalah kulit, garis-garis halus dan penuaan. Masalah ini jika tidak dikawal atau tudak dirawat akan menyebabkan kulit wajah lebih tua dari usia sebenar.



Kini skincare YOUTH shaklee mampu memulihkan masalah kulit wajah anda dalam masa sebulan. YOUTH  akan menjadikan kulit wajah anda muda 10 tahun dari usia sebenar. Ini telah diakui oleh pengguna YOUTH sendiri.

Marilah ikuti cerita dari Puan Raizaulrishah bt Mohd Shaharuddin, bagaimana beliau merawat kulit wajah kusam dan parut jerawat semakin pudar serta turun berat badan.

Alhamdulillah. Itulah ayat pertama yang dapat diungkap apabila bertanyakan bagaimana kehidupan saya dengan Shaklee. Syukur dengan nikmatNYa kerana asbab dengan bertemankan Shaklee saya dapat menikmati kesan yang baik dan sangat mempengaruhi kehidupan kini.
.

Saya Rizatulrishah bt. Mohd Shaharuddin seorang isteri berumur 44 tahun merupakan seorang ibu kepada 3 anak perempuan comel yang berbagai peringkat usia dari umur 13thn, 3thn dan 1thn 7 bulan. Kehadiran permata hati ini memerlukan saya memiliki kecergasan dari segi mental dan fizikal yang sihat untuk menjadi ibu atau ummi yang hebat untuk mereka serta mengimbangi kehidupan seharian mereka yang sentiasa cergas serta masih menyusukan anak ketiga.
.

Jika saya lemah, cepat letih, tidak bertenaga bagaimana saya perlu menjaga mereka di samping kerjaya hakiki saya yang juga memerlukan komitmen yang tinggi. Dari situlah saya belajar tentang produk Shaklee yang dapat membantu saya dalam mendapatkan keperluan nutrient serta menjadikan penampilan saya yang lebih sihat selepas saya dikurniakan lagi dua orang anak kecil yang comel dan bijak.
.

Anak sulung juga sangat menyokong kerana melihat Ummi yang nampak dah macam makcik makcik bawang....hahahaha....serabai, mula gemuk dan kusam. “Ok...Ummi have to do something.”....AND now...” I made it girls”


.

YOUTH Skincare...yes!!!! Memang fall in love lah kata orang. Saya memang mencari-cari produk yang selamat dan bebas dari bahan-bahan kimia yang berbahaya. Saya sangat berhati-hati dalam memilih produk skincare kerana kulit saya jenis yang sensitive dan dalam masa yang sama masih menyusu.
.


Pernah di zaman remaja masa belajar saya terjebak dengan produk yang akhirnya membuatkan kulit saya asyik naik jerawat dan berminyak. Nyesal tau masa tu. Dengan YOUTH Skincare kulit kusam, jerawat saya dapat dipulihkan. Parut jerawat pon dan pulih. Jeragat yang dah mula melambai-lambai nak menghiasi kulit pun dah tiada.
.

Bila dan masuk usia 44 tahun dah tentu garis-garis penuaan atau wrinkle dah mula wujud kan....Alhamdulillah dengan Youth keadaan ini dapat diatasi. Saya dapat lihat perbezaan dengan ketara. Memang tidak salah saya memilih YOUTH tambahan saya pula jenis spesies yang tidak suka bermekap tebal untuk menutup cela. Kini dah 1 bulan lebih saya menggunakan YOUTH. Jika ada yang tercari-cari set skincare bagi saya YOUTH lah jawapannya.
.

Well...apa yang boleh saya katakan keperluan vitamin atau supplement  itu perlu untuk menampung kekurangan nutrient yang kita dapat dari makanan. Dapatkan panduan yang betul dan Shaklee adalah pilihan saya.
.

Alhamdulillah saya dah berjaya turunkan berat 3.5kg, kulit yang lebih sihat, kulit wajah yang berseri, tidak lagi kusam, kasar dan naik jerawat lagi, minda cergas dan bertenaga.
.

Saya juga belajar gaya hidup yang lebih sihat serta berpengetahuan tentang kesihatan. Terima kasih Allah atas segala-galanya. Terima kasih Shaklee kerana jadi ‘teman nutrient’ saya.

LOVE by RIZZ💖


FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Thursday, 29 November 2018

Berjaya hamil dan turunkan berat badan dengan set kesuburan shaklee

Berkongsi pengalaman Puan Nur Atiqah Zaaba, bagaiamana beliau berjaya hamil dan turunkan berat badanya setelah berikhtiar dengan set kesuburan shaklee.

Kisah saya dengan shaklee bermula dari tahun 2013 lagi.. Tapi set yang sangat terkesan pada saya ialah set ikhtiar hamil yang saya ambil selepas saya bernikah.
.


Kisahnya bermula bila lebih dari 48 hari selepas nikah saya tak period. Mulanya dah gembira kononnya hamil. Tapi bila buat ujian kehamilan keputusannya negatif..Lebih dari 10 ujian saya cuba.Dari murah hingga lah mahal..Pertama kalikan teruja lebih.
.

Selepas mendapat pandangan dari rakan sekerja, mereka cadangkan saya cuba buat pemeriksaan doktor pakar sakit puan.Beberapa ujian di jalankan antaranya ujian ultrasound dan ujian darah.
.

Hasil daripada kedua-duanya mengesahkan saya mendalami Polysistic ovarian cyst (pcos) dimana punca utama daripada berat badan yang meningkat secara tiba-tiba yang mengganggu hormon di dalam badan.
.

Lebih hormon  luteinising (LH) dihasilkan berbanding hormon perangsang folikel (FSH), yang menyebabkan folikel-folikel pada ovari menghasilkan lebih banyak hormon testosteron (hormon lelaki) berbanding hormon wanita iaitu estrogen.
.

Kelenjar adrenal juga mula meningkatkan penghasilkan testosteron.Terlalu banyak testosteron menghalang ovulasi, di samping simptom-simptom lain yang berkaitan dengan sindrom ini.
.

Estrogen masih lagi dihasilkan, tetapi oleh kerana folikel-folikel yang dihasilkan tidak mencapai tahap kematangan yang mencukupi sewaktu progesteron mula meningkat, ia menyebabkan wanita yang mengalami PCOS akan mendapati mereka kekurangan hormon progesteron.Sekaligus sukar untuk hamil.
.

Doktor mensarankan saya untuk mengambil ubat bagi membetulkan semula hormon dalam badan. Tapi salah satu akibatnya period takkan datang selagi ubat itu di ambil. Selain itu doktor juga mensarankan saya mula menjaga makan juga bersenam secara berkala.
.

Disebabkan oleh ubat itu akan memberi kesan sampingan lain, saya cuba berikhtiar dengan set kesuburan shaklee. Alhamdulillah berkat usaha, menjaga makan kebetulan bulan puasa masa itu saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg.
.

Usaha yang tidak putus asa disamping berdoa semoga dipermudahkan semuanya.. 2 minggu selepas raya result ujian kehamilan saya positif.Kalau ikutkan tak habis lagi set kehamilan yang saya ambil tu saya sambung makan sepanjang tempoh hamil.



FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Wednesday, 28 November 2018

10 fakta tentang Anggur Muscadine

Kebaikan anggur muscadine

Anggur Muscadine mengandungi resveratrol dan tinggi antioksidan. Antioksidan sangat diperlukan untuk melawan serangan radikal bebas penyebab pelbagai penyakit. Jadi kita perlu memakan makanan yang mengandungi tinggi antioksidan dari sekarang, jangan tunggu sudah sakit baru kita ambil makanan ini,



Dimanakah untuk mendapatkan Anggur Muscadine ini? Anggur muscadine adalah salah satu ramuan dalam VIVIX SHAKLEE.


10 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG ANGGUR MUSCADINE( SALAH SATU RAMUAN UTAMA DI DALAM VIVIX)

🍇Tumbuh di kawasan PANAS & LEMBAP

Anggur muscadine tumbuh semulajadi ditempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.

Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik dan cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak resveraterol dan polifenol. Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati dapat hidup dalam cuaca yang ekstrem. Semakin buah anggur terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resveraterol yang tinggi.

🍇SAIZ SEBESAR BOLA GOLF

Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sebesar BOLA GOLF! Saiz yang lebih besar berbanding anggur biasa yang berdiameter sekitar 5cm atau seakan-akan sebiji buah plum.

🍇MEMPUNYAI KULIT YANG BESAR & KERAS

Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .

🍇BOLEH MELINDUNGI DIRI DARIPADA BAKTERIA & KULAT

Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia  kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.

Hal ini kerana anggur ini mengandungi resveraterol yang merupakan phytoalexin di mana ia dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa jenis tumbuhan apa diserang pathogen seperti bakteria dan fungi.

🍇 MEMPUNYAI 20 PASANG KROMOSOM

Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom , anggur muscadin mempunyai 20 pasang lebih 1 kromosom daripada biasa yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan burung.

Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis antipenuaan khas. Malah kandungan kompaun polifenol dalam buah anggur ini adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah. Ianya menyediakan lebih banyak faedah kepada kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan bersifat antioksidan yang tinggi.

🍇TIDAK MEMERLUKAN SEMBURAN RACUN PEROSAK

Bukan itu sahaja kerana ia merupakan satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak!!

🍇MEMPUNYAI ORAC PALING TINGGI

Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham , Massachusetts pada tahun 2003, anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding BLUEBERRIES

🍇KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN

Kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins(OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.

🍇MENGANDUNGI RESVERATEROL 6X LEBIH TINGGI

Ia mempunyai kadar RESVERATROL  6x lebih tinggi dari anggur merah.

🍇ANTIKANSER & ANTIRADANG

Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – antikanser dan antiradang.

🌹 Kalau anda nak tahu, sekilo buah anggur muscadine ni mencecah ratusan ringgit. Sebab tu la Vivix ni agak mahal harganya. Walau pun harganya mahal, masih ramai yang mengamalkannya kerana kesannya terhadap tubuh badan sangat SUPERB

Vivix mampu tembusi hingga keperingkat sel DNA.
.
Badan kita, terdiri dari berbillion2 sel yang membina tissue, kemudian membina otot dan organ. Begitu juga dengan darah, terbina dari berbillion sel darah merah, sel darah putih, dan sebagainya.
.
Sel sel yang rosak dan abnormal jika tidak dirawat dan dibaiki akan menyebabkan ia merebak dan menjadi semakin teruk. Ini lah yang mengakibatkan penyakit-penyakit kronik seperti pelbagai jenis kanser, kerosakan buah pinggang, jantung dan lain lain lagi.
.
4 cara vivix bertindak dengan sel DNA
🍇Melindungi Sel
🍇Membaiki Sel
🍇Tingkatkan prestasi sel
🍇Memberikan tenaga kepada sel
.


FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Monday, 26 November 2018

Alternatif rawatan masalah saraf dengan vivix shaklee

Cara atasi masalah saraf dengan berkesan tanpa pembedahan

Saraf yang sihat membolehkan anggota tubuh bekerja dengan baik, tetapi jika saraf ada masalah semua kerja tidak dapat dilaksanakan dengan mudah. Dalam anggota tubuh manusia mempunyai beribu- ribu saraf yang melengkapi antara satu sama lain.



Ikuti  cerita kawan saya ibunya telah mengalami saraf melekat . Akibat dari itu jari manis ibunya tidak dapat digerakkan dan kakinya pun tidak dapat bergerak dengan nomal.Doktor telah menyarankan membuat pembedahan untuk membetulkan saraf tersebut.

Beliau tidak mahu ibunya menjalani sebarang pembedahan dan sebaliknya beliau mengambil altenatif untuk memberikan vivix shaklee kepada ibunya.

Alhamdulillah selepas 2 minggu amalkan vivix dengan konsisten, ibu beliau sembuh dan jarinya dapat digerakkan seperti biasa.

Testimoni masalah saraf ibu sembuh dengan ikhtiar vivix dari Puan Abidatul Mu’tadillah binti Motolani.

[KESIHATAN IBU SEMAKIN MENINGKAT SELEPAS AMALKAN VIVIX SHAKLEE]
.

Pada 1 September 2016 kami sekeluarga dilanda kebimbangan apa bila mak saya tidak sihat. Mak tiba-tiba jadi lemah sebelah badan sebelah kiri. Berjalan pun seret kakinya. Hati mana yang tak risau. Macam-macam benda difikirkan.
.

Pada keesokan hari adik bawa mak jumpa doktor. Alhamdulillah tidak serius. Mula-mulanya mak ada bagi tahu jari manis sebelah kirinya tak boleh dibengkok. Ingat biasa-biasa je lah. Rupanya dia melibatkan sarafnya melekat. Bila dah jumpa doktor jadi kita tahulah kan apa sebabnya.
.

Saya yang duduk di Gopeng ni bergegas pergi branch Ipoh pergi beli sebotol Vivix. Tak fikir lain dah. Nak mak sihat. Terus hantar kat mak. Disamping itu kami hantar mak berurut 3 hari berturut -turut untuk membetulkan urat-urat yang bermasalah.
.

Alhamdulillah selepas 2 minggu mak dah nampak cergas. Muka yang sebelum ni nampak mcm turun pipinya dah kembali asal balik dan yang seronok nya mak dapat pergi berjalan-jalan ke Pulau Pinang.
.

Selepas kejadian tu saya usaha untuk bagi mak konsisten minum Vivix. Alhamdulillah hari ini jari mak dah boleh lipat sepenuhnya tanpa sebarang pembedahan dan cucuk seperti yang disarankan doktor.
.

Hari ini mak punya muka merah pink je,ceria dan cergas. Mak ni pantang sihat suka lah dia berkemas di tepi rumah sambil membelai pokok-pokok bunganya.
.

Terima kasih Vivix, terima kasih Shaklee. Alhamdulillah.



FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Sunday, 25 November 2018

10 cara lindungi anak daripada rabun jauh

10 CARA LINDUNGI ANAK DARIPADA RABUN JAUH
SEPTEMBER lalu, VISTA Eye Specialist telah mengadakan program Pengawalan Miopia bagi menyedarkan ibu bapa terhadap risiko dan cara mengawal perkembangan miopia dalam kalangan anak-anak.
Ia berikutan statistik yang menganggarkan, menjelang 2050, dianggarkan 50 peratus masyarakat dunia dijangka bakal mengalami miopia atau dikenali sebagai rabun jauh.



          Miopia atau rabun jauh merupakan masalah yang disebabkan pembentukan imej di hadapan retina. Bagi mata normal, imej sesuatu objek  akan terbentuk tepat di atas retina,membuatkan imej terhasil dengan jelas.
         Dr. Vienne Tai Pih Yih, Pakar Perunding Oftalmologi di VISTA Eye Specialist yang ditemui di majlis pelancaran program tersebut menyatakan, antara punca perkwmbangan miopia ialah penggunaan gadjet berlebihan, postur yang salah ketika membaca dan kekurangan tidur.
           Selain itu, kornea mata juga boleh rosak apabila anda menggosok mata dengan kasar, membaca di dalam gelap, pemakaian cermin mata yang salah dan tidak mengambil nutrisi yang cukup.
            Bagi kanak-kanak yang telah mengalami miopia, mereka disarankan manjalani rawatan khusus untuk mengawal perkembangan rabun tersebut. Antaranya ialah dengan menggunakan ubat titis mata Atropine setiap malam sebelum tidur.
            Melalui program pengawalan miopia, ahli oftalmologi VISTA Eye specialist akan mempreskripsikan kanta kaca mata kawalan rabun jauh atau kanta lekap Ortho-K yang dipercayai dapat melewatkan perkembangan miopia sehingga 40peratus.
             Dr. Tai turut menyarankan kanak-kanak untuk beraktiviti di luar rumah bagi mendapatkan cahaya matahari. Hal ini kerana cahaya matahari dapat memberi manfaat kepada mata dan kesihatan keseluruhannya.
             Anda boleh mencuba tip-tip di bawah, walaupon tidak mampu memulihkan penglihatan seperti asal, tetapi mungkin mampu mengelakan penglihatan anak anda daripada menjadi lebih teruk.

1. Melakukan aktiviti luar
         Dalam satu kajian yang diterbitkan ResearchGate terhadap pelajar berbangsa Cina di Singapura dan Australia, 29 peratus pelajar berbangsa Cina di Singapura mengalami miopia manakala hanya 3 peratus pelajar Cina di Australia mwngalami masalah sama.
          Hal ini disebabkan pelajar-pelajar di Australia lebih kerap melakukan aktiviti luar berbanding pelajar-pelajar di Singapura. Melalui aktiviti luar, mereka terdedah kepada cahaya matahari yang merangsang pelepasan hormon Dopamin ke kawasan retina lantas mengurangkan risiko miopia.
            Dalam satu kajian klinikal di Guangzhou, 25peratus kes baru miopia dapat dikurangkan dengan menambah 45minit kepada masa yang telah dikhususkan untuk aktiviti luar setiap hari. Oleh itu, pastika  anak anda memperuntukkan masa mereka untuk bermain di luar rumah dan tidak melayari Internet sepanjang masa.

2.Hadkan penggunaan gajet
          Berdasarkan kajia  oleh Pew Research Center pada tahun 2016, Malaysia merupakan negara yang kesembilan dengan pemilikan telefon pintar tertinggi dengan 65peratus daripada golongan dewasa negara ini memiliki telefon pintar. Pemilikan telefon pintar di Malaysia mengatasi Jerman (60 peratus) dan Rusia (45peratus).
           Selain ketagihan, penggunaan gajet bagi jangka masa lama boleh menyebabkan Sindrom Penglihatan Komputer (CVS) yang mengakibatkan sakit kepala, sakit mata, penglihatan jarak jauh menjadi kabur dan mata menjadi kering. Oleh itu, pastikan anda memantau penggunaan gajet anak anda dengan mngehadlan penggunaan maksimum dua jam sehari.

3. MAGIS 20-20-20
          Apakah yang dimaksudkan dengan magis 20-20-20? Mudah sahaja. Setiap 20minit anak anda  melihat skrin atau membaca buku, pastikan mereka rehatkan mata selama 20saat dan alihkan pandangan kepada objek yang terletak 20 kaki jauh.
          Supaya lebih mudah, anda bokeh  memasang aplikasi Eye Care 20 20 20 dalam telefon pintar untuk mengingatkan anak anda agar berehat setiap 20minit. Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi Pomodoro yang bertindak sebagai pembahagi masa untuk rehat dan bekerja setiap 25minit.
          Aktiviti ini memberi peluang kepada otot mata untuk relaks setelah tertumpu pada objek dekat terlalu lama. Bukan itu sahaja, teknik ini juga membantu anak agar lebih fokus untuk mengulang kaji setelah mendapat rehat yang cukup. Oh ya, pastikan juga skrin komputer ataupon gajet yang digunakan bersih daripada kotoran kerena skrin yang kotor akan membebankan mata.

4.Jarak dan postur yang baik
             Postur tubuh juga memainkan peranan yang penting untuk mengelakkan miopia. Menariknya di China, ada sekolah yang memasang pengadang besi di atas meja untuk mengelakkan para pelajar membaca buku terlalu dekat.
             Postur yang paling baik semasa membaca buku atau menggunakan komputer adalah dengan menegakkan badan dan meletakkan kedudukan bahan bacaan pada paras mata. Jika perlukan sokongan, gunakan bantal yang sesuai dengan lengkungan tulang belakang.
             Jarak mata dengan skrin juga haruslah tidak kurang daripada 20 inci. Secara mudahnya, luruskan tangan ke arah skrin dan pastikan skrin gajet berada di luar capaian tangan. Lebih besar skrin gajet, lebih besar jarak mata dengan skrin.

5. Pencapaian yang baik  
             Elakkan membaca di kawasan yang malap. Kurangnya pencahayaan ketika membaca akan membuatkan pupil mata membesar dan memberi tekanan kepada mata untuk bekerja lebih keras. Situasi ini menyumbangkan kepada risiko miopia.
              Sebaliknya, dapatkan pencahayaan optimum dan lembut pada mata sama ada dengan cahaya semula jadi mahupun lampu meja yang teduh. Jika menggunakan lampu meja, pastikan ia diletakkan pada kedudukan yang iaitu atas aras mata.
             “ Sumber cahaya sebaiknya tidak dapat dilihat secara terus,” kata Paul Marantz, perunding pencahayaan di Jules Fisher & Paul Marantz Inc. di Manhattan.
             Tambahnya lagi, untuk mengelakkan terjadinya bayang semasa menulis dan membaca, letakkan lampu di sebelah kanan meja jika anak anda kidal dan di sebelah kiri meja jika sebaliknya.

6.Jangan gosok mata
             Sedar atau tidak tindakan menggosok mata mempunyai risiko yang tersendiri. Apabila mata digosok, salur darah di sekitar permukaan mata boleh pecah dan menyebabkan mata menjadi merah. Selain itu, bakteria pada tangan boleh menyebabkan jangkitan pada mata.
             Seperti organ lain, kecederaan pada kornea juga bersifat kekal. Gosokan kasar ke atas mata  juga boleh mencalarkan dan menipiskan kornea. Penipisan kornea ataupun keratokonus boleh menjejaskan penglihatan dengan mengubah imej sebenar sesuatu objek. Sebagai alternatif, gunakan kain yang dibasahkan dengan air sejuk bagi mengurangkan kegatalan.

7. Pakai cermin mata sesuai 
         Pemakaian cermin mata yang salah mungkin tidak bebahaya bagi penglihatan orang dewasa, kanak-kanak, pemilihan lensa yang salah boleh menjejaskan penglihatan mereka.
         Pemilihan lensa amat penting untuk mengelakkan miopia kanak-kanak menjadi semakin teruk. Hal ini kerana perkembangan bebola mata mereka masih berlaku sehingga mencapai usia baligh.
         Lensa yang salah akan memberi tekanan kepada mata lantas mengganggu proses tumbesaran tersebut. Akibatnya, miopia menjadi semakin teruk.

8. Tidur yang mencukupi 
          Pastikan anak anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti kerana ia mempengaruhi tumbesaran yang baik termasuklah perkembangan mata anak-anak. Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, pastikan persekitaran tempat tidur bersih dan selesa.
           Di samping itu, hentikan penggunaan gajet anak-anak sejam sebelum waktu tidur untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Hal ini kerana cahaya biru daripada gajet akan mengahalang penghasilan hormon melatonin yang berfungsi untuk memberi tidur berkualiti dengan mengatur kitaran waktu tidur mengikut jam biologi.

9. Nutrisi
            “Pernah tengok arnab pakai cermin mata? Kalau tak pernah, makan lobak jika tak mahu rabun” “kalau nak mata cantik macam arnab makan lobak”
            Ayat-ayat ini sering diucapkan ibu bapa yang ingin memastikan si anak makan sayur. Sejauh mana kebenarannya? Adakah omong kosong semata?
             Lobak merah kaya dengan beta-karoten, sejenis pigmen yang diperlukan untuk menghasilkan vitamin A. Vitamin A pula membantu menukar cahaya kepada isyarat untuk dihantar ke otak, membolehkan kita melihat walau kekurangan cahaya. Jadi, memang benar lobak merah boleh membantu meningkatkan daya penglihatan. Bahkan, sayuran lain yang mengandungi vitamin A juga boleh memberi kesan yang sama.
            Antara nutrisi lain yang penting untuk kesihatan mata ialah vitamin C, vitamin E, zink, kromium, selenium, omega-3 dan lutein serta zeaxanthin. Zat-zat ini berupaya melindungi mata daripada rabun malam, katarak dan kerosakan retina. Antara makanan yang melindungi zat-zat ini ialah jagung, kekacang, bayam beras perang dan ikan salmon.

10.Rawatan Intensif miopia 
               Akhir sekali, jika anak anda mengalami miopia yang berkembang dengan cepat, anda boleh membawa mereka untuk rawatan komprehensif khusus untuk merawat masalah ini. Doktor akan memberikan ubat titis mata atropine untuk dipakai setiap malam.
               Selain itu, anak anda akan diberikan cermin mata khusus bagi  mengawal miopia atau kanta lekap Ortho-K yang bertindak merawat dan membentuk semula kornea ketika tidur. Program selama setahun ini akan memantau perkembangan kesihatan mata dan melambatkan proses perkembangan miopia daripada menjadi semakin teruk.
               Sepanjang tempoh itu, ujian mata akan dibuat setiap kali lawatan untuk memastikan perkembangan miopia terkawal.


SARANAN PEMERIKSAAN MATA 

  • Kanak-kanak (6bulan-12bulan) - Pemeriksaan bermula pada usia enam bulan, diikuti pemeriksaan tahunan apabila usia tiga tahun ke atas.
  • Remaja (13 tahun - 18 tahun) - setiap tahun atau seperti disarankan ahli aftalmologi
  • Dewasa (18 tahun ke atas) 
  • 18-60 -setiap dua atau satu tahun seperti yang disarankan ahli oftalmologi 
  • 61 tahun ke atas - setiap tahun atau seperti yang di sarankan ahli oftalmologi



FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Saturday, 24 November 2018

Rawat sembelit sebelum menular menjadi kanser usus

Sembelit punca kanser usus

Sembelit jangan dipandang remeh. Walau ia perkara biasa- biasa je. Sekiranya anda mengalami sembelit 2@3 hari tidak membuang, kena ambil inisiatif supaya pembuangan kita lancar setiap hari.


Apa itu sembelit?

Rasa sakit setiap kali ingin membuang air besar pasti menyeksakan sesiapa saja, malah menyebabkan pelbagai implikasi. Sembelit memang amat menyakitkan dan dialami orang dewasa mahupun bayi dan kanak-kanak. Bagaimanapun, cara hidup sihat dan aktif boleh membantu melegakan dan mengurangkan sakit akibat sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali seminggu dan golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih berisiko mengalami sembelit.

Najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan najis.

Sembelit menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap sakit perut.

Ia juga boleh menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan selain sukar menumpukan perhatian, mudah mengantuk, malas, kelesuan yang kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.


RISIKO PENYAKIT TERMASUK KANSER

Jika tidak diatasi dengan betul, sembelit menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai. Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan dengan sempurna dari tubuh secara cekap. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks mengalami keradangan.

Selain itu, mengalami masalah sembelit yang berpanjangan turut menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh

Cara mengatasi sembelit

1. Minum banyak air
2. Ambil makanan yang berserat
3. Amalkan gaya hidup sihat
4. Bersenam
5. Ambil suplemen bagi memenuhi nutrien harian tubuh dan juga bagi melancarkan pembuangan setiap hari.

Cadangan suplemen dari shaklee herba lax, ostematrix dan alfalfa


Herblax
Ekstrak herba yang bertindak sebagai laksatif (julap) semulajadi, meransang pembuangan dengan lebih lancar, agen detoks berkuasa yang mencuci kerak-kerak usus dan toksin dalam usus.


Ostematrix
Ostematrix adalah supplement yg mengandungi Calcium, Magnesium & Vitamin D.
Antara fungsi Magnesium:
– mampu menormalkan ketegangan pada dinding kolon.
– bertindak melonggarkan otot di dalam usus.
– jugak membantu mengekalkan air dalam usus.
– membantu najis menjadi lembut.
– menggalakkan pergerakan usus lebih lancar.
Alfalfa
Mengandungi Banyak Serat
Bertindak Sebagai Detox
Membantu Masalah penghadaman

Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi dan ingin membuat tempahan boleh terus call/ wasap klik link wasap dibawah
http://www.wasap.my/60194961827

Setiap pembelian vitamin dari kami,  anda layak free consultant dan kami akan guide anda cara makan yang betul.

Kami juga menyediakan perkhidmatan cod ke kawasan yang berhampiran hospital Teluk Intan, Anson Bay , Pekan Teluk Intan,  Hutan Melintang, dan Sabak Bernam.  Kami juga akan cod hingga ke pintu rumah anda .

Bagi anda yang jauh dari kami, kami juga menyediakan perkhidmatan pos laju, gdex dan ssbagainya keseluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.


FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827