Sunday 7 July 2019

Kajian vitamin c shaklee kepada buah pisang

Kajian yang dilakukan kepada pisang

Dua bekas pisang yang telah dilecek



Satu bekas digaul dengan vit c dan satu bekas lagi tidak dicampur dengan apa2 vitamin. Dibiarkan seketika

Pisang yang digaul dengan vit c masih cantik dan tiada berlaku perubahan warna sementara pisang yang satu lagi berwarna agak gelap.

Ini menunjukkan vit c antioksidan mampu melindungi pisang dari pemcemaran radikal bebas.

Jadi begitu juga dengan tubuh manusia yang memerlukan vit c bagi melindungi sel2 tubuh dari serangan radikal bebas yang menyebabkan punca berbagai penyakit.

Tubuh manusia semakin berusia, semakin berkurangan vit c. Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan vit c sendiri. Jadi manusia perlukan vit c dari sumber lain.

Mana nak dapatkan vit c ni?

Bulan julai promosi beli 3 vit c dapat free cheweble vit c.



Free cheweble vit c yg berharga RM 51.25 jimat weyy 😉 sape nak bagi ....

Meh order roger kakyong
019-4961827




FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Sunday 7 April 2019

Promosi jom shaklee April hingga Jun 2019

Promosi jom shaklee telah kembali. Ini memberi peluang kepada mereka yang ingin penjimatan semasa membeli set vitamin shaklee.


Daily essential telah kembali dengan harga penjimatan sebanyak RM 736.20 jimat RM 81.80


Dengan pembelian 2 botol vivix dengan harga RM 684.00. Jimat sebanyak RM 76.00


Dengan pembelian set starter youth berharga RM 612.00 anda jimat sebanyak RM68.00 

Apakah produk yang hangat dan sedang menjadi rebutan?

Starter kit youth shaklee
Twinpack vivix
Set daily essential

Apakah keistimewaan dalam promosi jom shaklee?

Anda akan mendapat 10% diskaun
Free member
Free postage
Bonus sebanyak 5%




FB: Saadiah Arbain
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-4961827
Cod: kawasan teluk intan. Sg besar, Hutan Melintang
Postage: seluruh Malaysia

Saturday 15 December 2018



Assalamualaikum, selamat berhari minggu. Nak bagitau ni. Ada berita baik dari Management Shaklee

Kini, Renew keahlian dengan beli Voucher RM30. Kemudian anda dapat terus gunakan voucher 100%. Yer boleh beli mana-mana produk Shaklee dan tolak guna voucher RM30. Tak kisah berapa RM nilai produk anda. Best kan.



Boleh terus enjoy kelebihan sebagai ahli Shaklee seperti
✔dapat beli produk kesihatan terbaik pd harga ahli jimat hingga 25%
✔dpt nikmati promosi Shaklee eksklusif utk ahli setiap bulan
✔dapat beli menggunakan ID sendiri secara online atau di branch
✔dapat buat pemeriksaan kesihatan dan kulit PERCUMA di Branch Shaklee bersama Pakar Nutrisi Shaklee
✔dapat masuk group eksklusif untuk info kesihatan dan info promosi terkini

Ye hanya dengan BELI VOUCHER RM30 dan anda boleh terus tebus guna Voucher tersebut.

Dan untuk makluman jika anda tidak renew, keahlian anda akan expired dan selepas tempoh 12bulan nama akan hilang dari sistem. Rugi sangat!

Jadi JOM RENEW SEKARANG😍




FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Monday 10 December 2018

Cara meningkan tahap kesihatan anak- anak dengan cepat dan berkesan.

Cara meningkatkan tahap kesihatan anak-anak dengan cepat dan berkesan.

SUPLEMEN SHAKLEE PILIHAN TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK SIHAT

Anak- anak selalu demam dan tahap kesihatan selalu merosot. Seriap bulan pasti ada sahaja episod berulang-alik ke klinik atau hospital. Perkongsian dari Puan Lina Akhtar cara meningkatkan tahap kesihatan anaknya dengan cepat.Anak-anak ni rezeki kan.. apa pun kita lakukan adalah untuk kebahagian anak-anak. Tak kira la berapa orang anak..



Ingat lagi masa anak sulung saya usia 1 tahun 6 bulan macam tu.. kulit dan kesihatan sangat rendah. Sampai boleh dikatakan setiap bulan mesti ada je ke klinik yang berdekatan. Paling risau bila demam saat suami kerja luar dan tidak bersama kami kat rumah.
.

Selepas dah berapa kali mencuba dan nak yang terbaik. Alhamdulillah...

Ni pula si adiknya.. kulit makin putih dan kecerahan semakin buat ibu geram... dengan dia saya bermula 100% PRODUK SHAKLEE sedari hamil sampai la usia dia sekarang 2 tahun 9 bulan.
.


Bersyukur sangat.. terlalu jarang ke klinik. Bila badan dedah suhu 37'c macam tu.
.

Antara yang saya amalkan adalah up dose Omega.. Vita C Chewable paling dia suka dan cream Herbal Blend tu untuk sejukkan badan dia. Sangat menjadi sebab cream tu ada menthol mint dan sangat sesuai untuk seisi keluarga.
.

Nak kuatkan imun booster anak-anak? Saya pilih Nutriferon sekali sekala bila perlu.

Dan... mommies gojes nak tau.. ianya SANGAT JIMAT & BERBALOI dengan produk ni..
.

Mungkin ada anak-anak mommies yang cerewet dan sukar nak makan ubat klinik ... maka..

Inillah PENYELESAIANNYA!
.

Anak-anak pasti suka dan mommies yang berkerja tak perlu risau bila hantar anak ke taska. Pengasuh mahu pun anak-anak yang bersekolah.
.

Yang terbaik untuk dikongsi bersama. Dan pengalaman menjaga anak-anak tak sihat saat suami kerja luar dan berjauhan dari keluarga menbawa 1001 pengalaman untuk saya.
.

Saya rela tak belikan pakaian baru untuk mereka tiap bulan. Asalkan stok vitamin ni cukup untuk mereka anak-anak kesayangan saya.
.

Anda juga pasti terlalu sayangkan anak-anak dan nak yang terbaik untuk kesihatan anak-anak kan.

Buat pilihan yang terbaik. Mereka juga adalah pelaburan dan penyambung generasi kita di masa hadapan.

Alhamdulillah.

FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Wednesday 5 December 2018

11 Makanan punca sakit kepala dan magrain

11 JENIS MAKANAN PUNCA MIGRAIN DAN SAKIT KEPALA

Anda pernah mengalami sakit kepala? Sakit kepala dan magrain sering mengganggu tugas harian anda? Jadi, anda perlu ketahui makanan pun sakit kepala dan magrain. Hari ini saya kongsikan 11 makanan punca sakit kepala dan magrain.


1. PEMANIS TIRUAN (ARTIFICIAL SWEETENER)

Kebanyakan makanan segera mengandungi pemanis tiruan yang jarang anda sedari.Pemanis tiruan atau artificial sweetener banyak digunakan sebagai alternatif bagi mereka yang mengalami diabetes atau yang ingin berhasrat menguruskan badan. Namun menurut Mayo Clinic, aspartame yang menjadi kandungan utama pemanis tiruan ini disyaki menjadi punca sakit kepala.

2. COKLAT

Ramai yang tidak menyedari bahawa coklat adalah penyebab magrain dan sakit kepala.  Wanita terutamanya suka mengambil coklat yang dianggap boleh memberi ketenangan akibat stress. Anda harus menyedari terdapat beberapa bahan dalam coklat tersebut  yang menyebabkan sakit kepala seperti kafein, tyramine, dan phenythylamine.Amerika Migraine Foundation juga menyenaraikan coklat sebagai pemicu magrain yang kedua tertinggi selepas alkohol.

Jadi, jika anda penggemar tegar coklat dan sering alami sakit kepala, mungkin anda harus cuba mengehadkan pengambilannya dalam diet harian.

3. MSG DAN PENGAWET

Monosodium glutamat atau lebih dikenali sebagai MSG adalah sejenis asid glutamik yang sering ditambah dalam hidangan sebagai penyedap makanan. Walaupun ianya selamat untuk dimakan, sesetengah penyelidik mengaitkannya sebagai pencetus migrain.

Sesetengah pengawet yang terdapat dalam makanan, terutamanya makanan segera atau makanan diproses juga boleh menjadi punca sakit kepala.

4. PISANG DAN AVOCADO

Pelik juga bila pisang dan avocado dikaitkan dengan punca migrain, sedangkan ia memiliki begitu banyak manfaat terhadap kesihatan.

Namun menurut Jennifer Kriegler dari Center for Neurological Restoration di Cleveland Clinic, kedua-dua buah ini mengandungi kadar tyramine yang tinggi.

Sekiranya tubuh seseorang kekurangan enzim monoamine oxidase (MAO) atau mengambil ubat antidepressant, ia boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lebih teruk lagi.

5. SOSEJ

Sosej dan daging-daging yang diperap lama untuk mengekalkan warna dan rasanya merupakan salah satu lagi punca sakit kepala. Makanan seperti ini dipercayai membebaskan nitrik oksida ke dalam darah, lalu menyebabkan pengembangan salur darah pada otak.

Menurut Reader’s Digest, terdapat bukti saintifik yang menyatakan bahawa nitrik oksida ini boleh menyumbang kepada migrain.



6. JERUK

Kandungan tyramine yang tinggi dan menyebabkan sakit kepala boleh terdapat dalam makanan yang melalui proses fermentasi seperti jeruk-jeruk dan kimchi.

Selain itu, keju parmesan, keju feta atau blue cheese turut mengandungi kandungan tyramine yang tinggi.

7. Makanan masin

Makanan yang ditabur banyak garam seperti kentang goreng atau kerepek boleh menjadi punca sakit kepala bagi sesetengah orang.

Garam atau sodium ini boleh menaikkan tekanan dalam darah lalu menyebabkan sakit kepala atau migrain.

"French Fries" tidak bagus untuk kesihatan

8. ROTI

Sakit kepala yang anda alami mungkin juga salah satu simptom alahan terhadap gluten. Gluten adalah produk makanan yang terhasil daripada gandum.

Selain roti, gluten juga biasanya terkandung dalam makanan lain seperti biskut, kuih atau pasta.

cara kurang masin
Foto Kredit: habitfresh.com

9. KOPI

Seperti yang kita tah, kopi mengandungi kafein yang boleh menjadi punca sakit kepala. Tapi mungkin anda terkejut kalau mengetahui bahawa kekurangan kafein juga boleh mendatangkan sakit kepala tersebut!

10. DAGING KAMBING

Orang kata kambinglah punca utama rasa pening kepala. Sebenarnya, pesakit darah tinggi yang selalu merasakannya kerana ia merupakan tindak balas daging akibat peningkatan isi padu darah apabila memakan daging kambing.

11. DURIAN

Memang ada orang yang tak boleh makan durian sebab senang kena pening kepala. Walaupun memiliki nutrisi yang berkhasiat. namun durian adalah buah yang tinggi kalori.

Kadar gula di dalamnya juga agak tinggi dan orang Malaysia memang tak cukup kalau makan seulas. Jadi, pengambilannya yang berlebihan secara tidak langsung meningkatkan kadar gula di dalam darah anda dan menyebabkan sakit kepala.



Call / wasap :019-4961827
FB: Saadiah Arbain 
IG : mamasaadiah 
Emel: saadiaharbain85@gmail.com 

Tuesday 4 December 2018

Asma sejak kecil kian pulih dan tiada lagi ulangalik ke hospital

Asma sejak lahir kian pulih dan tidak perlu ubat hospital lagi.

Anak anda menghidap asma? Sering berulang alik ke hospital disebabkan asma? Namum asma tiada berkurang?Kanak- kanak yang menghidapi asma tidak dapat disembuhkan tetapi ia hanya mmpu dikawal. Penyakit asma akan menyerang semula kanak- kanak tersebut pada masa akan datang. Kawalah asma dari sekarang.


Apa itu asma?

Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi:
  • Merah.
  • Bengkak.
  • Menghasilkan lendir berlebihan.
  • Mudah terangsang (hypersensitive).
Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas.
Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.
Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana Puan Noriza binti Salleh mengawal asma yang dihidapi anaknya sejak kecil  bayi lagi.
.

Muhammad Dayyan Zafran. Anak lelaki seorang tapi senang semasa mengandung, diuji pula dengan kesihatannya. Hah, pernah dengar kan ayat tu? Ada yang diuji semasa mengandung, tapi senang membesarkan anak-anak. Zafran dari kecil doctor sudah sahkan dia ada asma. Lahir tahun 2010 dan semakin teruk setelah hampir lemas pada tahun 2012.
.

Macam macam saya buat ikut petua yang diberikan oleh orang orang tua atau kawan-kawan. Siap pergi bawa berurut lagi. Kurang sekejap je, tapi asma tu kerap juga datang. Malahan doktor kata kena tau apa punca yang menyebabkan dia mudah sangat asma. Mungkin dari pemakanan yang dia alergik, persekitaran yang berhabuk atau berjangkit dengan kawan kawan di nursery.
.

Hampir setiap bulan memang perlu ke klinik atau ke hospital dan saya juga terpaksa ambil cuti setiap bulan untuk menjaga Zafran. Payah juga. Walaupun Zafran masih menyusu badan, tapi dia mudah sangat jatuh sakit. Bermula dengan batuk batuk, selsema dan diakhiri dengan asma yang kekadang berlanjutan sehingga seminggu. Boss pun bising asyik cuti je. Cuti jenis mengejut pula tu. Yerlah, sakit pun bukan kita tau nak datang bila kan.
.

Sehingga kemuncak pada tahun 2013, dia warded sebab asma dan doktor sahkan dia ada kuman di dalam peparunya. Saya jadi stress bila kena duduk hospital ni sebab Zafran asyik menangis dan tak nak makan ubat. Saya tengok dia nangis, saya pun nak nangis. Hahaha!. Ya Allah, tiba tiba saya terfikir, kenapa saya tidak berinya supplemen Shaklee sedangkan saya sendiri mengamalkannya.
.

Jadi, selepas keluar dari hospital, saya berikan dia Omega Guard sebiji sehari (hari pertama dia makan Omega Guard, dia muntah! Kahak berlendir lendir keluar). Saya kuatkan hati paksa dia ambil juga Omega setiap hari sehingga asma dia reda. Omega ni akan cairkan kahak dan dibuang samada melalui muntah atau buang air besar.
.

Selepas dia sihat, saya beri dia susu Mealshake hari-hari dan bagi juga Chewable Vita-C. Mealshake ni multivitamin untuk berikan tenaga kepada anak anak dan pulihkan badan selepas tidak sihat. Chewable Vita-C untuk beri perlindungan pada badan dan kuatkan antibody badan dari mudah dijangkiti oleh kuman atau virus. Zafran suka sebab sedap katanya
.

Sehingga sekarang, dia ambil Mealshake (dah pandai dah buat air sendiri letak Mealshake), ambil Chewable Vita-C hari-hari dan akan ambil Omega bila dia rasa dia nak semput. Pandai kan? Dia dah tahu yang supplemen dia ambil tu akan buat dia sentiasa sihat dan dia juga sangat aktif bermain. Dia tahu kalau dia tidak sihat atau asma, dia tak boleh nak bermain. Jangan tak tahu, Omega Guard ni juga membantu perkembangan sel sel saraf otak untuk berfungsi dan buat anak anak lebih mudah menerima ilmu semasa belajar dan berkomunikasi
.



Oh Ya! Lagi satu, Saya dah banyak kali apply medical card atau takaful tapi susah nak lepas sebab saya declare Zafran ada asma. Sehinggalah saya berjumpa Puan Siti Hajar  (0192307055), dan dia kata dia akan bantu sebab dah lama Zafran tak warded hospital. Alhamdulillah, akhirnya lulus walaupun saya declare yang Zafran ada asma. Bukanlah minta sesuatu terjadi pada Zafran kan, tapi ia langkah untuk kita berjaga-jaga. Sediakan payung sebelum hujan gitu.
.

Kini, sejak tahun 2013 selepas kali terakhir Zafran warded, dia dah tak perlu lagi ke klinik atau hospital. Ada sesekali pergi ke klinik untuk amik neb, tapi doctor senyum sebab dia nampak aktif je. Doktor kata : "ni tak yah buat follow up dah. Dah boleh balik main bola dah". Syukurr. Cuti sekolah pun takdelah kerap seperti tahun-tahun sebelumnya. Kita gembira bila ada anak anak sihat dan aktifkan? Jadi kita usaha untuk pastikan kesihatan mereka berpanjangan.
.


Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi dan ingin membuat tempahan boleh terus call/ wasap klik link wasap dibawah
http://www.wasap.my/60194961827

Setiap pembelian vitamin dari kami,  anda layak free consultant dan kami akan guide anda cara makan yang betul.

Kami juga menyediakan perkhidmatan cod ke kawasan yang berhampiran hospital Teluk Intan, Anson Bay , Pekan Teluk Intan,  Hutan Melintang, dan Sabak Bernam.  Kami juga akan cod hingga ke pintu rumah anda .

Bagi anda yang jauh dari kami, kami juga menyediakan perkhidmatan pos laju, gdex dan ssbagainya keseluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.

FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Usah Aib Anak

USAH AIB ANAK
PERJELAS KESALAHAN DILAKUKAN SECARA BERHEMAH

            Ketika anak kita melakukan kesalahan seperti menunjukkan dia tidak berselerah menjamah makana, rasa marah mula 'menyala'. Lalu diherdik anak itu dengan kata-kata seperti, "Boleh tak jangan buat aku marah! Kacau 'mood' orang kamu ni!"
            
             Niat ibu bapa mungkin untuk mengajar anak kebaikan tetapi boleh jadi anak menerima mesej itu berlainan. Dia belajar mengenai benar atau tidak perbuatannya ditentukan 'mood' atau suasana hati orang tua ketika itu. Kadangkala dia 'disambut' dengan kemarahan tanpa belas kasihan. Akibatnya, anak menjadi bingung kerana hidup tidak memahami keadaan serta tidak mengizinkannya mengambil keputusan.

            Fikiran dan jiwanya akan berkecamuk dan lama-kelamaan dia ada kecenderungan untuk memberontak, melawan, keras kepala, lemah pendirian, ragu-ragu dan mudah terikut-ikut kerana penakut.  Jangan sampai terjadi begitu. Pujuklah kesabaran diri dengan petunjuk Nabi SAW "Tidaklah satu keluarga diberi kelembutan melainkan akan memberi manfaat pada mereka. Dan tidaklah sebaliknya melainkan akan memberi mudarat pada mereka." (Diriwayatkan oleh al-Thabrani dengan sanad sahih) 

              Yakinlah kesabaran itu tidak sia-sia. kita pasti akan beroleh manfaatnya. Imam Ghazali berkata: "Anak kecil apabila dilalaikan pada awal pertumbuhannya, biasanya dia akan membesar dengan memiliki akhlak buruk: suka berdusta, pendengki, suka mencuri, mengadu domba, suka mencampuri urusan orang lain, suka melecehkan orang lain dan suka menipu. Semua itu boleh dihindari dengan pendidikan yang baik." (Rujuk buku Prophetic Parenting, Dr Muhammad Nur Abdul Hafiz Suwaid)

              Sebelum memilih kaedah dan hukuman, tanyalah diri sejauh mana kita menunaikan hak anak kita? Nabi SAW sangat menjaga hak anak.
           
               Daripada Sahl Bin Saad, Rasululah SAW pernah diberikan minuman. Baginda meminumnya sedikit. Di sebelah kanan Baginda ada seorang anak kecil manakalah di sebelah kirinya ada orang tua. Baginda bertanya kepada anak kecil itu, " Adakah engkau rela jika minuman ini aku berikan kepada mereka (terlebih dahulu)? " Anak kecil itu menjawab "Aku tidak rela ya Rasullullah. Demi Allah, aku tidak mengizinkan siapa pun merebut bahagianku dadaripadamu." Rasulullah meletakkan minuman itu di tangan anak kecil berkenaan. (Riwayat Bukhari Muslim) 

               Lihat bagaimana sikap Rasulullah SAW dalam memberikan hak kepada yang berhak. Bahkan, menjadikan anak itu berasa dirinya berharga. Apabila diri anak itu dihargai, dia akan membesar dengan lebih posotof, seterusnya mengembangkan potensinya. Tidak hairanlah, anak-anak yang terdidik dalam didikan Nabi SAW mempunyai peribadi menakjubkan sepanjang sejarah kemanusiaan.
           
                Anak-anak yang dihormati haknya akan belajar menghormati hak orang lain manakala anak yang kurang penghargaan apabila meningkat remaja, mereka sanggup melakukan perkara pelik semata-mata mahukan orang dewasa menyedarinya. Misalnya, remaja lelaki suka mengubah suai motosikal supaya berbunyi bingit. Remaja perempuan pula suka menghias diri dengan pakaian sendat dan perhiasan tidak selari adat dan syariat.

                Mereka tidak kisah dimarahi asalkan diberi perhatian. Sebelum semua itu terjadi, bagaimana sikap kita dalam memberikan hak anak seperti yang dipamerkan Rasulullah SAW? Adakah kita kerap merampas dan menyorok barang kesayangan mereka atas alasan memberi pengajaran? Ketika kecil, mereka akan mengalah kerana tidak berdaya. Namun apabila dewasa, jiwa mereka akan menunjukkan sikap keras kepala. Ahli psikologi dan penulis buku Uncoditional Parenting, Alfie Kohn menegaskan cinta yang tulus lebih berkesan untuk mengasuh, mengarah, mendidik dan mendorong anak untuk lebih bertanggungjawab.

                Anak lebih hormat ibu bapa apabila wujud kepercayaan kepada orang tuanya. Sehubungan itu, pamerkan cinta setulusnya kerana cinta akan selalu menang! Anak yang merasai hukuman selepas diberikan kasih sayang, menyedari indahnya nilai kelembutan dan kasih sayang yang dinikmati sebelum ini. Dia juga dapat merasai kesalahannya sesuatu yang serius lalu memahami erti ketaatan dan berakhlak mulia.

              Sebaliknya, anak yang menerima hukuman tanpa merasai kelembutan dan kasih sayang merasakan hidupnya penuh hukuman dan tidak adil. Al-Kasani dalam kitab al-Bada'ius Shana'I berkata, "Anak dihukum kerana pendidikan, bukan seksaan. Nabi SAW bersabda, "Perintahkanlah anakmu solat apabila mencapai tujuh tahun., dan pukullah mereka (jika meninggalkan solat) pada usia 10 tahun."

             Memukul anak berusia 10 tahun kerana tidak solat jangan sampai menyeksa seolah-olah tubuh kecil itu dijadikan tempat melepas geram. Pendidik seperti itu wajar menerima balasan. Jaga adab kemanusiaan terhadap anak supaya tindakan merotan itu memberi maksud mendidik bukan menghukumnya yang belum ditaklifkan lagi dosa pahala kepadanya.

             Nabi SAW menunjukkan cara mencegah serta mengisi keperluan emosi, akal dan jasad anak. Bagaimanapun, apabila anak masih lewa melakukan kesalahan setelah diberikan nasihat dengan nada lembut, apa yang perlu kita lakukan? Di sinilah baru kaedah hukuman diperlukan antaranya:

  • Jelaskan niat kita menghukum  
Minta perlindungan Allah SWT daripada api kemarahan yang berasal daripada syaitan. Hukuman bukan seksaan atau luapan emosi. Tindakan daripada niat yang jelas akan dibimbing Allah SWT supaya tidak melampaui batas.


  • Hukuman mampu membuatkan anak mengenali mana yang betul dan salah
Setiap perbuatan ada sebab dan akibat. Apabila anak menerima maaf, tunjukkan sikap positif dan jangan berlebihan memberikannya tekanan.
  • Jaga aib dan harga diri anak
Walaupun dia baru berusia tiga tahun, usah malukan dirinya di hadapan orang lain.
  • Hukum dengan berpada-pada
Ibu bapa boleh menghukum anak tetapi jangan dicederakan jiwa dan fizikalnya dengan kesakitan.
  • Dahului dengan kasih sayang dan akhiri dengan hukuman

Beritahu anak kita terpaksa menghukumnya kerana sayang. Selepas menghukum, usah biarkan dia tidur dalam kesedihan tanpa diakhiri episod bermaaf-maafan. 




FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827