Tuesday, 13 November 2018

Rahsia rawatan resdung secara semulajadi

Anda ada alahan dengan habuk dan seafood? Anda menderita resdung yang amat teruk?


Selama 5 tahun tidak pernah makan seafood kerana alahan dan resdung yang teruk. Pernah masuk hospital kerana makan seafood. Ini satu pengalaman yang amat mengerikan.

Kisah adik Musdalifah akan menceritakan bagaimana dia mengalami resdung yang teruk dan cara merawat resdungnya sehingga pulih.

DERITA RESDUNG SEMAKIN PULIH SELEPAS AMALKAN SET RESDUNG SHAKLEE
.

Saya Musdalipah binti Ariffin. Berumur 25 tahun. Bekerja sebagai juruwang kedai runcit.
.

2010
Pada tahun 2010, saya dimasukkan ke hospital  selepas makan udang. Baru tahu diri ada alahan seafood. Badan naik bintik-bintik merah dan gatal-gatal. Tekak rasa sakit, pedih perut dan muntah-muntah. Pihak doktor bagi rawatan segera. Injection dan tambah air. Alhamdulillah, malam tu juga dah boleh discharge.
.

2011
Pada tahun 2011, kejadian yang sama terulang lagi. Petang tu mak masak sambal udang kering. Makan bertambah-tambah sehingga lupa diri tu tak boleh makan udang. Saya rasa sesak nafas, batuk-batuk, pening, tekak rasa sakit, dan kali ni darah yang keluar dari tekak. Malam tu masuk hospital lagi kerana kedegilan diri sendiri.
.

2015
Hujung tahun 2015, masalah lain pulak timbul. Saya menghadapi masalah bersin pagi-pagi, mata berair, hidung berair, sakit kepala, tak boleh hidu habuk, dan tak boleh hidu asap rokok. Sebelum ni cuma bersin-bersin biasa ja. Ada ambil rawatan resdung tapi hanya pergi sekali. Lepas tu, tak pergi lagi sebab rawatan dia agak leceh.
.

2016
Bulan Februari 2016, saya mula ambil set resdung shaklee. Saya beli sebotol alfalfa complex dan sebotol vitamin c plus. Saya ambil 10 biji alfalfa complex dan 2 biji vitamin c setiap hari. Saya minum air masak sebanyak 2 liter sehari. Sebulan lebih saya konsisten pengambilan set resdung ni. Masalah bersin-bersin, hidung berair, mata berair dan sakit kepala dah berkurang hari demi hari.
.

Bulan demi bulan saya semakin yakin dengan set resdung ni. Pernah terbaca yang set resdung ni pun sesuai untuk alahan seafood. 5 bulan kemudian, mak ada masak udang. Saya cuba memberanikan diri untuk makan setelah hampir 5 tahun tak makan seafood. Alhamdulillah tiada kesan apa-apa masa makan udang tu. Lepas dari tu, saya semakin berani makan apa-apa pun jenis seafood.
.

Alhamdulillah, bersyukur sangat saya semakin pulih. Sesiapa yang ada masalah resdung teruk, ada alahan seafood. Boleh ambil set resdung shaklee, iaitu Alfalfa Complex dan Vitamin C Plus.
.

Terima kasih Shaklee dan Supermom Shaklee.




Bagaimana ingin mendapatkan set resdung shaklee?
Anda boleh contacts saya terus untuk sebarang pertanyaan atau untuk trmpahan set resdung shaklee di talian 019-4961827

Setiap pembelian vitamin dari kami,  anda layak free consultant dan kami akan guide anda cara makan yang betul.

Kami juga menyediakan perkhidmatan cod ke kawasan yang berhampiran hospital Teluk Intan, Anson Bay , Pekan Teluk Intan,  Hutan Melintang, dan Sabak Bernam.  Kami juga akan cod hingga ke pintu rumah anda .

Bagi anda yang jauh dari kami, kami juga menyediakan perkhidmatan pos laju, gdex dan ssbagainya keseluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.

FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Monday, 12 November 2018

DOA ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM

Kepada semua ibubapa yang anaknya akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM bermula
13/11/18 semoga mereka sukses dan berjaya dalam peperiksaan tersebut.



                      Gambar sekadar hiasan.

Marilah kita sama- sama mendoakn kejayaan anak- anak.
.
*بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاك نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

*بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
 اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
 وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

*Ya Allah,*
Pd 13hb. Nov ini anak2 kami, anak2 saudara kami, anak2 sahabat kami  akan menduduki peperiksaan SPM.
Kami bermohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak2 kami di sepanjang peperiksaan mereka berlangsung nanti YA ALLAH.... Permudahkanlah mereka menjawab semua soalan di dalam setiap matapelajaran yg mereka ambil nanti YA ALLAH.... Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

*YA ALLAH,*
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi YA ALLAH...., semoga mnjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah serta menghampiri diri mereka kepada Mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu agar akhlak anak2 kami diperbaiki..

*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak2 kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak2 kami untuk berada di bawah penjagaan Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat2 yang Engkau redhai. Jauhilah mereka berada di tempat2 yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka dari melakukan amalan2 yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau lalaikan mereka dengan perkara2 yang tidak berfaedah YA ALLAH.

*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.

   رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
   رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
   رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
   رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. ٱللّهم نجح لأبناءنا فى الإمتحان SPM هذا العام...،   وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.    سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
   وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

 امين يا رب العالمين.


FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Sunday, 11 November 2018

Punca tekanan darah rendah dan cara mengatasiinya.

Saya mula berminat ingin mengetahui punca tekanan darah rendah apabila mil saya kena warded sebab demam dan lelah.



Semalam mil demam, lelah dan badan terlalu lemah. Kami adik beradik sepakat untuk memujuk emak untuk buat pemeriksaan dihospital. pada mulanya emak tidak mau juga.

Sorang demi sorang memujuk akhirnya emak setuju. Kami bawa mak ke bahagian kecemasan. Disana berbagai prosedur dilakukan termasuklah xray.

Hasil xray Doktor mengesahkan ada jangkitan kuman di paru- paru emak. Emak kena warded. Doktor ambil darah dan dibawa kemakmal. Hasil kajian, Doktor menyatakan emak mengalami tekanan darah rendah. Emak diletakkan dalam bilik khas  untuk dipantau perkembangan seterusnya.

Hasil bacaan dari blog digoogle, saya dapati mil saya ada simptom- simptom mengalami tekanan darah rendah seperti demam dan dihidrasi iaitu kekurangan air  yang menyebabkan darah tidak lancar mengalir ke seluruh badan.

Kesan pengambilan ubat- ubatan. Mil saya juga ada mengambil ubatan untuk mengawal darah tingginya.

Jadi sebagai rujukan saya kongsikan artikel dari Utusan Online disini buat tatapan sahabat- sahabat yang memerlukannya seperti saaya.

Punca tekanan darah rendah

PERNAHKAH anda terasa hendak pitam atau pening ketika hendak bangun setelah duduk terlalu lama atau selepas menundukkan kepada?

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa keadaan tersebut terjadi dan pernahkah terfikir bahawa anda mempunyai masalah kesihatan?

Lazimnya apabila situasi tersebut berlaku, masyarakat hanya menganggap perkara tersebut hanyalah sesuatu yang biasa kerana ia tidak berpanjangan.
Tetapi tahukah anda, perkara yang dianggap sesuatu yang biasa itulah kadang kala mampu mengundang risiko di luar jangkaan.

Ini kerana senario di mana anda terasa hendak pitam atau pening ketika hendak bangun setelah duduk terlalu lama atau selepas menundukkan kepada menandakan tekanan darah ketika itu adalah rendah.

Dan tahukah anda bahawa sekiranya anda mengalami tekanan darah rendah, ia menandakan bahawa anda mungkin menghidap penyakit-penyakit tertentu yang boleh memudaratkan anda?
Menurut Perunding Kardiologi, Hospital KPJ Ampang Puteri, Datuk Dr. Ismail Yaakob, penyakit tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dalam kalangan masyarakat jika hendak dibandingkan dengan tekanan darah tinggi.
Tambah beliau, pesakit akan mengalami tekanan darah rendah di mana bermaksud sama ada salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut.

Tekanan darah rendah
Katanya lagi, tekanan darah rendah merupakan suatu situasi yang boleh dirawat dan apa yang penting adalah untuk mengetahui apakah punca sebenar berlakunya tekanan darah rendah.

Begitupun, Dr. Ismail mengingatkan bahawa tekanan darah sebenarnya dipengaruhi oleh banyak faktor seperti emosi, tahap tekanan, aktiviti fizikal, keadaan semasa (demam atau tidak), saiz tubuh badan, posisi badan, makanan yang diambil serta suhu persekitaran.
Dan disebabkan itulah bacaan tekanan darah boleh berubah-ubah dalam selang masa yang singkat dan kebiasaannya bacaan tekanan darah lebih rendah pada waktu malam.

Antara penyebab tekanan darah rendah adalah berlakunya kekurangan volum darah (cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal), dehidrasi (yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit), dan masalah jantung (denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah), kehamilan, dan sebagainya.

Dr. Ismail turut menjelaskan tekanan darah rendah adalah berpunca daripada pelbagai penyakit yang telah sedia ada seperti penyakit jantung koronari, lemah jantung, gangguan rentak jantung, masalah injap jantung, penyakit buah pinggang, kencing manis yang tidak terkawal, paras gula rendah, penyakit berkaitan sistem endokrin seperti penyakti adrenal dan tiroid, serta kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil selain faktor genetik.
Ia juga tidak terkecuali kepada mereka yang mengalami alahan yang teruk dan situasi ini boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.

“Tekanan darah rendah boleh mengakibatkan setiap organ daripada badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi dalam masa yang singkat dan akibat daripada ini timbulnya gejala atau simptom hipotensi.

“Dan sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak (tidak dapat bekalan darah yang diperlukan) pesakit boleh pitam atau pengsan.

“Tetapi perlu dinyatakan di sini bahawa tekanan darah boleh berubah-ubah dalam tempoh masa yang sekejap sahaja di mana ianya boleh naik ataupun turun dan mengukur tekanan darah amat penting bagi menunjukkan tahap kesihatan seseorang itu," ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.
Ujian tekanan

Berbicara lanjut mengenainya, Dr. Ismail menyatakan, ujian tekanan darah dilakukan dengan mengambil dua ukuran dengan bacaan dan bagi tekanan darah normal dan optimal adalah sekitar 120/80 mmHg.
Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik di mana jantung ketika ini mengecut dan nombor 80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman dipanggil diastolik dan ketika ini jantung mengembang dan apabila salah satu bacaan ini rendah, menandakan tekanan darah anda rendah.

Bagaimanapun Dr. Ismail memberitahu, masalah timbul apabila tekanan darah turun secara mendadak yang biasanya disebabkan oleh penyakit berkaitan dengan pendarahan akut, kurang darah (anemia), kandungan gula yang rendah atau jangkitan kuman.

Jika tekanan darah turun daripada 120/80 kepada 90/60 secara mendadak atau dikatakan sebagai perubahan akut, menunjukkan sesuatu yang tidak normal.
Keadaan ini amat berbahaya kerana akan menyebabkan kekurangan oksigen di tempat penting seperti jantung dan otak yang boleh menyebabkan pesakit pitam atau lebih teruk, pengsan.

Justeru, darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak dan situasi ini dipanggil hipotensi postural malah anda boleh juga terasa pening jika anda berbaring terlalu lama.

Katanya lagi, adalah dinasihatkan jika anda mengalami simptom tekanan darah rendah seperti rasa pening atau loya dan adalah sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor kerana ia bukan hanya untuk tahu kenapa tekanan rendah terjadi tetapi pesakit juga perlu tahu berapa cepat tekanan darah mereka menurun dalam satu-satu masa dan ini penting untuk mengelak perkara yang lebih serius terjadi.

Tekanan darah rendah juga boleh menyebabkan kematian dalam sesetengah keadaan, namun sebab-sebab lain mengapa anda mungkin berasa pening perlu diselidik.

Antara ujian yang doktor lakukan kepada pesakit yang mengalami tekanan darah rendah ialah ujian darah melihat kepada paras gula, kolesterol, hemoglobin, fungsi buah pinggang, ujian elektrokardiogram (ECG), echocardiogram iaitu ultrasound jantung, dan ujian tekanan (stress test).
Untuk kes-kes tertentu ujian yang lebih spesifik perlu dilakukan seperti ujian paras hormon, ujian ‘tilt table’, dan ujian menuver valsalva.

“Masyarakat hari ini tidak peka atau kurang kesedaran mengenai tekanan darah rendah kerana mereka tidak nampak risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang.

“Cuma sekiranya mereka mempunyai gejala atau tanda-tanda awal seperti cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap, pernafasan cepat dan pendek, berpeluh sejuk, dan cepat haus, segeralah berjumpa dengan doktor kerana ia pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan anda," tuturnya lagi.

Dr. Ismail juga menyatakan bahawa tekanan darah rendah ini sering terjadi kepada wanita-wanita hamil kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah dan menyebabkan tekanan darah menurun dan tekanan darah biasanya kembali normal selepas bersalin.

Jadi sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

(Sumber Utusan Online)




FB: Saadiah Arbain
iD:1174411
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827


Saturday, 10 November 2018

Rahsia wajah bebas jerawat dan kembali berseri

Rahsia bebas jerawat, parut hitam hilang dan wajah kembali bersih

Jerawat pasir akan tumbuh apabila liang pori terbuka dan bakteria akan membiak disitu. Jadi sangat penting menjaga kebersihan kulit wajah setiap hari.



Amat penting memilih produk skincare yang sesuai dengan kulit wajah anda. Akibat tersalah pilih akan mengakibatkan kulit wajah berjerawat dan meninggalkan parut hitam. Pilihlah skincare yang selamat dan bebas bahan mekanikal yang merbahaya dan ada kajian klinikal.

 Selain skincare, bagi memulihkan masalah jerawat dan menghilangkan parut hitam, anda juga perlu mengambil vitamin sebagai rawatan dalaman.

Set kecantikan shaklee mampu membantu masalah jerawat pasir dan jerawat batu serta memulihkan kesan parut hitam. Set kecantikan shaklee ialah ESP, VITAMIN C, GLA COMPLEX DAN ALFALFA.

Apa kata mereka yang telah mengambil set kecantikan shaklee bagi ikhtiar masalah kulit wajah dan jerawat.
.
.
Assalamualaikum.. Saya yaya. Saya nak kongsikan testimoni saya sendiri tentang masalah jerawat yang telah 'menyerang' saya tahun lepas. Dan saya bersyukur sangat² sebab shaklee banyak sangat membantu memulihkan dengan cepat.
.

Sebelum tu nak bagi tahu, kulit saya memang tak ada masalah jerawat ni. pernah jerawat dulu pun masa sekolah. itu pun tak berapa teruk sangat.

Perlunya Pemakaian Toner Selepas Mencuci Muka

Masa bulan jun 2017 kulit saya dah menampakkan jerawat² pasir. Silapnya bila saya pakai nutriwhite tanpa toner. saya hanya pakai pencuci, makeup remover dan nightcream je. baru saya tahu betapa pentingnya toner ni. memang best sangat pakai nutriwhite ni. memang dia bersihkan sampai kedalam pori tau. tapi sebab bila dah cuci tak 'tutup' dengan toner so kulit tu macam terdedah dengan bakteria. ni bukan sebab nutriwhite tau tapi sebab lepas habis saya pakai nutriwhite. Masa pakai nutriwhite tu hanya keluar jerawat pasir tapi mati balik dah jerawat tu. masih ok lagi.
.
TERSILAP PILIH SKINCARE

lepas tu saya dah gabra sebab nutriwhite habis. Silap saya lagi, patut saya top up la lagi nutriwhite kan..tapi tak, tergoda pulak nak pi pakai pulak produk lain. (menyesal sangat² 😔) . baru pakai 2 hari kulit jadi bertambah teruk, mula tumbuh jerawat banyak. satu ni pun tak reda lagi dah keluar yang lain. terus buang. ( ni la akibatnya kan. padan muka sendiri! ) aduhaii.. betapa menyesalnya daku.
.


Kulit makin teruk, masa tu dah masuk puasa dah. kena pulak batuk yang kronik. sampai sesak nafas. muscle bengkak. rusuk sakit ya amat. tak boleh tarik nafas dalam². memang teruk sangat masa tu.
.

bayangkan nak raya masa tu, memang takde mood raya la jawabnya. rasa tak nak keluar rumah jumpa orang. nak bagi suami tengok muka ni pun rasa malu. Memang jiwa merudum masa tu. down sangat².
.
Amalkan VITAMIN C, GLA, ESP DAN ALFALFA SHAKLEE

Start muka jerawat tu saya makan Vitamin C, Gla complex, Alfalfa pun ada makan juga masa tu kalau tak silap, Garlic pun saya makan. siap up dose lagi. sebab antibiotik semulajadi kan, Esp pun saya minum. Masa nak raya tu saya tambah lagi Vivix. Sebab batuk pula tu kan. Jadi saya memang ikhtiar dengan shaklee je.






.

Alhamdulillah sangat², kulit dah mula berubah. dari jerawat nanah tu dah terus mati. jadi parut² merah. masa ni saya amal pakai masker buat sendiri dari bahan² alami ni. letak vivix juga buat masker . dan ada juga letak bawang putih ( letak kat jerawat tu )
.

Bayangkan dari kulit yang teruk tu tak sampai beberapa bulan je saya dah pulih. hanya dengan makan vitamin shaklee. tak pakai yang lain, tak makan benda lain pun.
.

bulan November 2017 tu dah licin dah kulit. tinggal parut hitam je. cepat kan. padahal teruk tau. satu muka kena. tapi pulih dah. memang vitamin² tu sangat² membantu. serius!
.

Tapi masa tu tak terfikir nak ambil gambar. hanya ambil bila dah reda sikit je. boleh tengok gambar ni, ni kira dah ok sikit kalau tak lagi teruk muka. jerawat besar² dan bernanah. ada yg jerawat batu juga.
.

oh ya! batuk pun dah ok. lepas minum vivix tu, memang ok sangat lepas tu. bila bangun pagi selalu batuk² dulu. tapi masa tu perasan bangun pagi relax je. suami pun perasan juga batuk dah banyak kurang. kalau tak silap yang batuk ni tak habis lagi sebotol vivix tu ok dah.
.

Cuma tang jerawat je amik masa sikit beberapa bulan macam tu. nak pulih balik dari dalam. kita tak nak baik luaran je kan. so memang start tu takut nak pakai skincare sebarangan. hanya pakai produk shaklee saja. lagi bertambah percaya & yakin la kan dengan shaklee ni.


Sekarang, dah licin. parut pun dah hilang. kalau keluar jerawat tu, memang saya tak akan picit la..biarkan je. tapi kadang² tu die keluar sekejap pastu hilang balik. haha..macam malu² nak keluar gituu..
Nak beli balik nutriwhite dah takde stok. sedihnya.. kena la tunggu youth.
.

Ni dah masuk skincare Youth. Terus grab full set. Kulit memang bertambah² elok. sangat² suka. hihi. nampak banyak perubahan. pori mengecil. kulit lembut. dulu ada garis kat bawah mata ni. sekarang ni takde dah.. memang banyak sangatlah perubahan. mungkin sebab saya tambah lagi dengan makan Set Cantik shaklee kan. keperluan nutrisi tu dibekalkan dari dalam juga.
.

Konklusinya, saya memang dah yakin dengan produk shaklee ni. banyak membantu. kalau orang nak tanya pasal set jerawat shaklee ni memang saya lagi terror la kan..haha sebab dah pernah kena dah dah pulih dengan shaklee. lagi confident nak cerita kat orang. Dan orang tengok kita pun orang percaya.

Alhamdulillah..syukur sangat².






FB: Saadiah Arbain IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019 jah

Friday, 9 November 2018

Lala goreng berlada

Pagi tadi pergi pasar hajat dihati hendak membeli ikan dan sayur. Ternampak pulak ada orang jual lala. Sepinggan RM 5.00 lupa nak snap gambar tadi masa kat pasar. Walaupun lala tu kecik- kecik, saya beli juga, dah lama tak makan lala ni. Tengok lala tu masih segar dan masih hidup, saya belilah sepinggan.

Lala yang masih segar hasil tangkapan kat pasar pagi tadi hehehe..

Sudah dapat lala mesti nak pulak. Tak tau nak masak apa yang special maka saya masaklah “lala goreng berlada”

Bahan- bahan untuk masak lala goreng berlada

Lala
Bawang merah
Cili padi
Serai dititik/ diketuk
Asam keping
Garam
Minyak untuk menumis


Cara- caranya

1. Bersikan lala terlebih dahulu
2. Bawang dan cili dikisar. Terpulanglah nak kisar kasar atau kisar halus
3. Panaskan minyak dan gumiskan bahan yang dikisar tadi hingga naik bau.
4. Masukkan serai dan asam keping. Kacau rata hingga bahan tadi menjadi garing.
5. Kemudian masukkan lala kedalam bahan tadi . Kacau rata. Masukkan garam seculup rasa. Tidak perlu masukkan air sebab lala akan keluarkan yang banyak. Kacau hingga lal masak.
6. Bila sudah masak bolehlah dihidang.

Lala yang sudah siap dimasak

Saya guna bahan-  bahan yang ada saja. Dan lagi satu saya suka campak- campak tidak guna sukatan. Sekiranya suka pedas letaklah banyak cili.

Bagi anda yang ada penyakit gout kena berhati- hati bila memakan lala. Lala salah satu makanan yang bercenkerang yang boleh menyebabkan gout.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

FB: Saadiah Arbain
ID: 1174411
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Thursday, 8 November 2018

Rahsia berpantang cara moden dan sihat.

Rahsia berpantang cara moden dan sihat.

Berpantang adalah satu pengalaman yang terindah bagi ibu-ibu selepas bersalin. Sama ada berpantang secara traditional atau modern.

Hari ini kak yong nak kongsikan bersama anda cara berpantang yang sangat berkesan  dan telah diterima oleh ibu-ibu muda.

Mereka telah memilih berpantang cara moden dan masih lagi mengamalkan cara cara tradisional.



Berikut adalah set berpantang daripada Shaklee

1) Bcomplex dengan Asid Folik


- Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.


- Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.


-  Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty..


2) Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi


- Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.

- Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran

- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.


3) Vitamin C

- Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.  Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren.

- Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.

4) Energizing soy Protein-  ESP

- Ramai yang tidak mengendahkan tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai jika makan ikan, daging, telur serta minum air soya.

- Tahukah anda, protein cuma bertahan pada suhu tidak lebih 36°c . Jadi bila kita goreng dan memasak tentu suhunya lebih tinggi dari suhu tersebut.Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protein tadi.

- Ramai yang tidak tahu, pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepatdan anak akan kenyang bila menyusu dan tidak meragam.

- Orang yang mengidap GOUT menjalani proses penyembuhan dengan ESP. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil

5) Alfalfa

- Untuk pengetahuan ibu-ibu diluar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.

- Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang

- Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita

- Melegakan sembelit bagi ibu berpantang

- Membantu membanyakkan susu ibu.

- Membuang angin dalam badan dan

- Memulihkan urat selepas bersalin


Mari kita lihat apa kata mereka yang telah menagambil set menyusu shaklee ini

Sebelum bersalin 3 kali push baby dah keluar. Kekal cergas selepas bersalin dan dalam masa berpantang.








FB: Saadiah Arbain
ID: 1174411
IG : mamasaadiah Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827

Wednesday, 7 November 2018

Anak bebas dari astma dan batuk berkahak

Ramai sudah anak- anak mereka yang mengambil omega guard bebas dari astma dan batuk berkahak. Sebelum itu ibubapa terpaksa selalu berulang alik ke klinik kerana kesihatan anak- anak sering terganggu. Anak- anak mereka sering diserang demam, aatma dan batuk berkahak.


Omega guard minyak ikan yang berkepakatan tinggi mampu mencairkan kahak dan meningkatkan imun anak- anak dari mudah diserang demam dan batuk berkahak.

Ibubapa gembira melihat tahap kesihatan anak semakin baik setelah makan omega guard shaklee

Testimoni 1
Selepas amalkan 2 biji omega guard setiap malam,Jannah sudah jarang diserang astma.

Testimoni 2
Anak sihat dan tiada lagi nibulizer selepas ambil omega guard.

Testimoni 3
Selepas ambil omega guard selama 3 bulan Yaya bebas astma.
Testimoni 4
Sudah 9 bulan anak tidak diserang selsema selepas diberikan omega guard dengan konsisten

Testimoni 5
Batuk hilang selepas ambil omega guard dengan konsisten.

Testimoni 6
Humaira sering diserang astma ketika berusia sebelum setahun. Apabila ibunya memberikan omega guard selepas berumur setahun, tiada lagi astma menyerangnya.

Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi dan ingin membuat tempahan boleh terus call/ wasap klik link wasap dibawah
http://www.wasap.my/60194961827

Setiap pembelian vitamin dari kami,  anda layak free consultant dan kami akan guide anda cara makan yang betul.

Kami juga menyediakan perkhidmatan cod ke kawasan yang berhampiran hospital Teluk Intan, Anson Bay , Pekan Teluk Intan,  Hutan Melintang, dan Sabak Bernam.  Kami juga akan cod hingga ke pintu rumah anda .

Bagi anda yang jauh dari kami, kami juga menyediakan perkhidmatan pos laju, gdex dan ssbagainya keseluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.

FB: Saadiah Arbain
ID:1174411
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827