Monday 5 June 2017

Resepi wadai kiping

Wadai kiping atau bubur candil adalah makanan tradisional yang masih ada hingga kini. Bubur ini berasal dari Banjar Masin Kalimantan. Bubur ini terkenal dikalangan orang banjar suatu ketika dulu, tapi kini terkenal kepada semua bangsa di Malaysia sesuai dengan rakyat majmuknya. Maka makanan ini juga disukai ramai tak kira bangsa. 

                        

Wadai kiping atau bubur candil ini sangat disukai oleh orang- orang lama. Ramai anak muda sekarang tidak pandai makan apatah lagi untuk menyediakan hidangan ini.

Disini saya kongsikan resepi wadai kiping atau bubur candil ini.

Resepi wadai kiping atau bubur candil.

• Sekilo tepung pulut (tak kita jenama apa pun)
• 2 sudu makan tepung gandum
• sedikit air garam(secukup rasa)
• air untuk menguli (secukupnya)
• sekilo santan  ( mengikut keperluan,  sskiranya nak berasa lemak boleh tambah lagi)
• gula pasir ( terpulang nak manis atau kurang manis)
• 200 gm gula merah.
• isi durian untuk dimasukkan kedalam bubur tadi. (terpulang nak bubuh atau tak nak bubuh)

                        
           
Cara membuatnya.

~ campurkan tepung pulut dan tepung gandum ke dalam magkuk.
~ masukkan air garam secukupnya. ( jangan masin ye.)
~ masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati dan sehingga boleh dibentuk bulat.
~ sekiranya adunan masih keras boleh tambah sedikit air lagi dan uli semula.
~ lepas tu buatlah bentuk bulat sebesar guli. Jangan buat besar sangat. Nanti susah nak menelannya. Tercekik pulak nanti hehehe... Buatlah sehingga habis adunan tadi.
~ dah siap buat bentuk bulat bolehlah terus dimasak.
~ masukkan santan,  isi durian, gula merah dan gula pasir ke dalam periuk. Masaklah guna api sederhana dan sentiasa di kacau atau di godek- godek ( betul ke, bahasa tu  ðŸ˜€) supaya santan tidak pecah minyak .
~ masak sehingga santan mendidih.
~ bila santan sudah mendidih, masukkan adunan yang telah dibulatkan secara perlahan- lahan.
~ kacau lagi sehingga santan mendidih lagi atau tepung tadi timbul.
~ bila dah timbul itu tandanya sudah masak. Jangan lupa bubuh sedikit, garam kuah tadi.
~ tutup api dah sedia dihidang dan dinikmati bersama keluarga.

                       

Sebelum anda makan bubur wadai kiping atau bubur candil ini, sebaiknya anda mengambil suplemen lecithin dan omega guard shaklee selepas makan. Cara, ini adalah bagi anda, berjaga-jaga dari  kolesterol dan lemak terkumpul punca darah tinggi dan diabetis. Si kembar ini bertindak membakar lemak dalam tubuh supaya lemak makanan ini tidak melekat didinding usus dan ia akan dikeluarkan melalui pembuangan bahan kumuhan.  Maklum lah bubur wadai kiping ini banyak mengandungi lemak dan manisan.😊😀

                    

Untuk info lanjut dan sebarang tempahan vitamin boleh pm/ wasap 019-4961827.

FB: Saadiah Arbain
IG : mamasaadiah
Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827
Cod: Teluk Intan,  Hutan Melintang, Bagan Datuk, Sg Besar Sabak Bernam.
Postage : Seluruh Malaysia, Singapore  dan Brunei

No comments:

Post a Comment