Friday 3 March 2017

Pengalaman cod vitamin

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog kak yong. Semoga semua sihat - sihat hendaknya. Kak yong ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman cod vitamin yang tidak dapat dilupakan

Sebenarnya bila cod ke sesuatu tempat memerlukan kekuatan dan keyakinan dalam diri kita.

Bila sebut sahaja cod mestila kena bayar sesuai dengan chase of delivery. Setiap perjalanan kena nilai sejauh mana nak cod. Bukan kita jalan kaki saja. Apa pulak yang kak yong merepek ni... Kata nak cerita pengalaman....

 Saja nak tulis hehehe.. Sebab ramai yang tak faham maksud cod. Bila kita hantar barang,  nak minta kurang harga pulak. Sekarang nih semua duit. Nak buang air pun kena duit ye tak?

Ni kisah kak yong malam tadi.

Pada petang semalam akak dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Akak pun angkat dan bagi salam. Seorang lelaki telah memberi salam  dan bertanyakan adakah akak agent shaklee. Akak pun jawap ye.

Akak diminta cod vitamin pada petang, tu jugak tapi akak  tidak dapat nak cod petang tu, akak pun buat co pada malam harinya.

Dalam gelap,  dah lah hujan jenuh nak mencari alamat customer tersebut. Hampir sejam lebih baru jumpa.

Sebelum tu akak ada juga bertanyakan alamat kat kedai berhampiran. Yang peliknya mereka pun tak tahu juga.

Akak try call customer akak tapi tak dapat juga. Dah lama sesat tak jumpa juga rumah customer, hati mula berfirasat yang bukan- bukan.

Akak pun bacalah selawat dan macam-macam doa. Mohon Allah mudahkan urusan cod tu.

Alhamdulillah tidak lama lepas tu customer akak call. Baru la lega sikit. Rupanya bateri phonenya habis,  dia tak perasan bateri habis dan terlupa janji malam tu. Tapi tidak mengapa segalanya telah dimudahkn oleh Allah. Kami bertemu di sebuah restoran yang berhampiran dengan kawasan rumahnya.

Alkisahnya customer ni tinggal di kawasan baru yang tiada dalam Google map. Hehehe... Dan restoran tu pulak memang selalu akak singgah minum.

Moral of story janganlah berperasanka buruk kepada orang lain. Dan janganlah jadi katak bawah tempurung.

Tempat yang dicari tidak la jauh sangat tapi tak tau di mana letaknya. Lepas ni kak yong kena la rajin meninjau kawasan perumahan yang baru hehehe...

Lupa pulak nak  snap pic semalam sebab hari hujan..

Korang ada yang nak cod vitamin,  boleh kak yong hantarkan sampai depan pintu rumah... In sya Allah.

Sebarang pertanyaan dan tempahan vitamin hubungi kak yong di 019-4961827

Celoteh
Kak yong



FB: Saadiah Arbain
IG : mamasaadiah
 Emel: saadiaharbain85@gmail.com Call/Whatsapp : 019-4961827
Cod: Teluk Intan, Hutan Melintang, Bagan Datuk, Sg Besar dan Sabak Bernam
Postage: Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment